TANPA memandang Aira, Syah bangun persis robot. Baju dalam almari dicapai, lalu kain tuala pula ditarik. Tanpa rasa segan dan mempedulikan kehadiran Aira, dia buang baju yang tersarung. Kain tuala dililit pada pinggang lalu seluar tiga suku pula dicabutnya.
Mata Aira membutang dan rahang wanita itu terjatuh luas. Masih terpana dengan aksi berani maut lelaki di hadapannya.
Mentang-mentang tengah merajuk marah, bukan main naik kepala dibuatnya. Geram juga Aira tengok perangai Syah. Sejak dari kes tamparan sulung berbisa dia pagi itu, dia makin berani buat perkara-perkara ekstrim.
Tambah pula mereka di rumah tok nek. Nak atau tak, Aira kena tahan dan diamkan diri. Kalau bergaduh nanti mahu kantoi dengan tok nek. Tak memasal dia kena paksa rela pakai baju-baju pelik tok nek.
Membayangkan dirinya memakai pakaian aneh itu hanya untuk diperagakan kepada Syah saja sudah buat bulu roma berdiri terpacak. Tak kuasa!
Dalam diam, mata Aira masih meratah separuh badan Syah. Tak dinafikan, Syah memang ada pakej yang... lengkap?
Dadanya bidang dihias dengan enam ketulan yang menjadi kegilaan ramai wanita. Tetapi yang membuat Aira suka melihatnya ialah badan Syah tak terlalu besar dan tak juga terlalu kecil. Mudah cerita, sedang-sedang.
Tak berketak macam pemain gusti atau bina badan. Tapi bahunya tegap dan postur tubuhnya segak.
Satu lagi buat Aira terpegun dengan Syah ialah kakinya suci bersih tanpa sebarang bulu. Dibandingkan dirinya, kaki dia seperti kaki kebiasaan orang, agak berbulu sedikit tapi tidaklah terlalu lebat.
"Patutlah bela bulu dekat muka, sebab kaki bersih sangat."
Seminit. Dua minit. Mata Aira membulat luas, terus bibirnya dikatup dengan sebelah tangan. Tak perasan pula dia akan tersasul kata.
Syah yang berura-ura hendak keluar bilik terhenti. Kepalanya dipalingkan memandang wajah si isteri dengan kerutan kening.
"Apa sayang cakap?"
Aira membelakangi Syah. Mukanya perlahan-lahan memerah. Kalau boleh dia nak tampar kepala bagi berpusing cukup 40 kali pusingan. Paling tidak pun, campak muka ke luar tingkap.
"Tak ada apa-apa. Kau tu cepat sikit mandi, nanti nak makan pula."
Kalau dia jujur apa dia cakap tadi, memang confirm Syah akan cop dia gatal. Mana tidaknya, bukan main scan badan lelaki macam tak pernah nampak orang.
Syah mendecit sebelum bibirnya memuncung sedikit. Baru saja tadi hatinya sedikit berbunga dengar panggilan Aira. Tak sampai lima minit, dah berubah 'kau aku'.
Masuk sahaja dalam bilik air, pancuran air dibuka. Syah pejamkan mata sambil muka di hala ke arah paip hujan.
'Abang...' desis hatinya.
Terbayang semula saat-saat Aira bangunkan dia sekejap tadi. Syah koyak senyuman lebar, kalau boleh dia nak melompat dan menjerit-jerit suka. Tapi mengingatkan kedudukan bilik air dan dapur itu hanya sejengkal kera. Niat itu dikuburkan saja.
Tapi bibir Syah masih dengan kuluman senyuman. Berbunga-bunga hati tu usah dikata, mengalahkann taman beraja bunganya.
Dalam pada masa yang sama dia berdoa agar Allah lenturkan hati Aira supaya terus memanggilnya dengan gelaran abang.
Dia tak minta lebih. Bukan hubby, manja, bie, darling yang dia pinta. 'Abang' saja. Tapi kalau dapat lebih kaw dan wow dari "Abang" pun dia berbesar hati menerima!
Membayangkan Aira sedang memanggil dia dengan gelaran abang pun boleh buat Syah angau, otak melayang berangan sampai ke petala langit ketujuh. Jangan nanti ayah pin dekat kerajaan langit pun boleh terkejut beruk nampak tingginya angau Syah terbang.
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...