AIRA yang masih bertungkus-lumus menghadap kertas-kertas peperiksaan di meja ruang tamu dihampiri oleh Syah. Dia melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Aira. Mata menjeling pada timbunan kertas dan plastik lut sinar yang tertera nama kelas tingkatan empat dan lima.
"Penat?" soalnya sepatah. Kalau tanya banyak patah kan mahu kena penumbuk.
Yalah, tengok saja muka berkerut dan mata penat Aira itu. Dia dah boleh agak yang wanita itu sedang dilanda stres yang amat.
Nak pula tengah menanda kertas mata pelajaran bahasa Melayu. Azabnya menanda kertas karangan itu tuhan sahaja tahu. Dia nak tolong pun, dia tak tahu bagaimana cara.
Ingat tanda kertas peperiksaan ni senang macam buat kek ke? Kalau senang macam buat kek aje, power la dia. Dah kerjanya buat kek, kalau tidak, tak adalah dia wujudkan cawangan Plathora Sweet Cake tu.
"Biar abang tolong tanda paper ni, boleh?"
Timbunan kertas ditunjuknya. Aira jeling sekilas sambil berfikir-fikir.
"Abang tanda bahagian A je. Sebab bahagian tu je ada soalan objektif dan subjektif."
Kertas-kertas itu ditolak menghala Syah. Satu lagi kertas A4 di sebelahnya ditarik lalu dihulur ke arah Syah.
"Ni skema. Soalan subjektif tu abang tengok je berdasarkan skema ni. Kalau lain dia jawab, kira salahlah," pesan Aira.
Syah mengangguk laju sambil tersenyum sipu. Suka bila dengar Aira panggil dia abang. Seeloknya biarlah begitu selamanya.
Aira yang menangkap senyuman melebar Syah hanya buat-buat tak tahu. Malas nak melayan atau tegur. Dia faham sangat dah, mesti mamat itu suka bila dia gelarkan Syah sebagai 'abang'.
Dia malas nak bertekak dengan Syah soal benda kecil macam ini. Nak-nak pula, Syah tengah baik hati nak tolong dia. Eloklah dia ikutkan saja apa kemahuan Syah. Kira kosong-kosong la.
Diam membaluti suasana antara mereka selama sejam. Malam ini barulah Syah tahu, kerjaya seorang guru itu bukan mudah.
Ya, kerja Syah memang senang. Yang jadi susah tu bila dia gelojoh nak siapkan cepat sehingga akhirnya berlaku kecuaian dalam penandaan.
Sekali kena membebel dengan Aira sebab kecuaian Syah, satu hal pula dia kena padam kesan tanda pen merah tadi. Sudahlah Aira mengajar tiga kelas tingkatan lima dan dua kelas tingkatan empat. Satu kelas ada dalam 30 pelajar, memang mahu tercabut biji mata dia menanda seratus lebih manuskrip peperiksaan.
"Apa ni Syah, tadi abang cakap nak tolong tanda. Ni dah macam menyusahkan lagi je..."
Syah dijelingnya tajam, sudahlah dia penat. Lepas isya hingga sekarang dia masih lagi menghadap kertas-kertas tersebut. Penat usah katalah, tak terkata!
Gila tak penat kalau menanda kertas dari pukul lapan setengah hingga pukul sebelas setengah. Memang kemetu habis pinggul. Urat-urat badan pun dah macam nak putus, belakang tak payah cakaplah, macam dah patah dua rasanya.
"Sorry, sayang. Abang mengantuk sangat. Jap, abang tengok soalan nombor lima ni A ke B."
Kertas skema jawapan diambil lalu diangkat merapati wajahnya. Mata dicelik seluas mungkin. Aksara A hingga D menjamu mata.
Tiba-tiba idea nakalnya datang. Dia tersengih sebelum muka dibetulkan untuk beriak serius. Kertas yang menutup muka dijatuhkan lalu wajah isterinya dipandang dengan muka yang tertanya-tanya. Saja dia mengurut dagu dan buat-buat confius.
"Sayang, bila tengok balik soalan ni kan. Sayang rasa jawapan dia apa? A ke B ke C ke... atau D?"
Untuk lagi sekali, Syah dijelingnya tajam. Tanda ajelah kertas tu sampai siap, banyak tanya pula! Dia tak tahu ke yang Aira ni nak pecah biji mata menghadap dengan berbagai bentuk tulisan budak-budak dia.
YOU ARE READING
Sweet Choco
Storie d'amore"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...