⚜️ BAB 22

625 87 32
                                    

"YA. Dulu orang panggil abang, Aril. Itupun masa zaman persekolahan saja. Hubungan antara abang dengan Hakim dah macam keluarga. Kami membesar sama-sama, berkongsi semua benda bersama dan dah macam kembar."

"Macam mana kau boleh rapat dengan Hakim?" soal Aira. Matanya tajam merenung wajah mendung Syah.

"Hakim tu anak kawan papa dan masa Hakim umur 10 tahun, dia kehilangan mak dan ayah dia. Jadi papa ambil sebagai anak angkat. Sebab tu abang dan Hakim rapat... rapat yang sangat rapat."

Aira mengangguk faham. Mereka jeda seketika sebelum Aira menyoal Syah lagi.

"Kalau kau kenal Hakim, mesti kau kenal aku, kan?"

Syah pasang senyuman lebar. Bersinar-sinar matanya memandang Aira.

"Mestilah kenal! Crush abang kut!" jawab Syah tanpa berselindung. Buat apa nak tutup kalau itu kenyataan.

"Crush?"

Aira tayang muka meluat. Dah boleh agak yang nanti Syah akan keluarkan ayat-ayat cringe dia lagi.

"Ya la. Crush. Abang crush dekat sayang lama dah tau. Sayang je tolak abang, pergi terima Si Hakim tu. Padahal Hakim bukan nak pun dekat say-"

Sontak tangan kanan Syah naik menutup mulut. Membutang matanya bila dia tersedar yang dia hampir pecahkan satu lagi rahsia besar antara mereka.

"Apa?"

Syah sengih tak bersalah. Laju kepalanya menggeleng lalu berpusing menghadap kek coklat. Kek dipotong dan dia masukkan ke dalam pinggan. Soalan Aira dipulaukan.

"Syah! Pandang aku."

Keras arahan dari Aira. Syah diam tak berkutik, dia masih dengan dunianya. Menternak lemak bersama kek!

Geram melihat perangai tak endah Syah, Aira tarik kasar pinggan kek tersebut. Muka lelaki itu dipusing menghadap wajahnya. Kalau sekali pandang, dah macam nak mula babak bercium pun ada.

Masakan tidak, wajah mereka hampir dalam beberapa inci sahaja.

"Cerita dekat aku semua rahsia yang kau simpan. Se. Mu. A. Faham?"

Syah mengangguk dalam keadaan yang masih terkejut. Terkedu dibuatnya kalau sekali Aira ambil langkah drastik begitu. Senakal-nakal dia mengurat Aira, mereka tak pernah serapat ini. Mahu kena lempang dia kalau rapatkan muka dalam dua atau tiga inci dengan wajah Aira tu.

"Boleh tapi satu syarat."

Aira mendegus kasar. Syah ni memang pandai cari peluang. Tadi dia, sekarang Syah pula mainkan trick sama. Nak atau tak, dia kena setuju juga.

"Apa?"

"Panggil abang, 'abang' walaupun kita berdua. Tak kiralah sayang suka atau tak, abang nak suruh panggil abang as abang juga. Kalau tak, abang tak nak bagitahu!"

Besar kecil besar kecil saja Syah di mata Aira. Sudahlah dibangkitkan semula isu panggilan abang itu. Kalau ikutkan hati dia, nak aje dia smack down Syah. Geram dengan perangai mengada-ngada lelaki itu.

"Yalah, yalah abang. Cepatlah cerita, bang."

Syah tersenyum lebar. Serta merta rasa gugup tadi hilang seketika.

"Tapi abang nak jam dulu," pinta Syah. Kiri dan kanannya dipandang persis orang mencari sesuatu penting.

Aira lepaskan keluhan kasar, poket seluar diselup. Telefon dikeluarkan dan jam yang tertera pada skrin itu dipandang.

"Pukul lima! Dah sambung cepat. Kau... Eh! Abang tak habis lagi cerita."

"Tak nak, abang nak jam dulu!" tegas Syah. Makin naik anginlah Aira dibuatnya.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now