⚜️ BAB 34

764 83 30
                                    

"MANA abang?" soal Aira usai pulang saja ke rumah. Ikram dan Afiq saling berpandangan. Dahi masing-masing berkerut seribu bila dengar saja soalan yang meluncur dari bibir Aira.

"Oi! Akak tanya ni, mana abang?" soal Aira lagi.

Kali ini dengan riak yang berang. Tanya sekali, pergi buat muka toya pula. Mahu tak angin dia yang tengah panas balik sekolah ni.

"Sejak bila pula kita ada abang?"

Dengar saja soalan tak berapa cerdik daripada Ikram, Aira tampar dahi sendiri. Keluhan dilepaskan dengan kepala menggeleng kecil.

"Abang mana lagi korang ada kalau tak suami kakak?"

"Sejak bila kakak panggil Abang Syah, abang?"

Kali ini Afiq memangkas mereka. Pandangan Aira dan Ikram terhala ke arah Afiq.

"Ha itulah aku pelik tu," tambah Ikram dengan kerutan kening.

Aira putarkan biji mata ke atas. Malas melayan lama-lama budak tiga suku dekat depan dia ni. Karang mahu mengamuk tak sudah dia melayan bengap sorang-sorang adik dia.

"Kakak tanya fasal Syah ke?"

Pandangan tiga beradik itu beralih pula kepada umi. Bulat terus mata Aira bila mendengar soalan Puan Hazila begitu. Alah, biasalah soalan macam tu maksudnya Puan Hazila tahu di mana Syah berada sekarang.

Tak tunggu lama, laju aje kepala anak perempuannya itu mengangguk. Puan Hazila ukir senyuman tipis sebelum melabuhkan duduk di atas sofa.

"Syah cakap dia pergi kedai kejap. Lama tak pergi, rindu kerja katanya."

Untuk kali keduanya mata Aira membulat seluas-luasnya. Tapi kali ini reaksi wajahnya jelas terkejut. Dengan mulut ternganganya, Afiq pandang pun seram!

"Apa! Dia pergi kerja? Kenapa umi tak halang?"

Belum sempat uminya membalas, Aira sudah laju menerpa ke arah Ikram. Laju aje tangan wanita itu menolak bahu adik lelakinya. Dengan cerlungan tajam, Ikram nak balas pandangan kakak dia pun rasa kus semangat!

"Kau pun satu! Rapat dengan Syah kemain, dah tahu dia sakit. Kau bagi dia blah lagi apa hal? Ha! Aku tanya ni jawablah! Dah bisu ke?"

Ikram hanya diam, dia langsung tak berpaling memandang wajah kakaknya sekarang.

Tolak pun tolak la, asal kau puas, kak. Itu monolognya sendiri.

"Macam ni kakak, umi dah suruh rehat, jangan kerja lagi. Nanti kakak risau, tapi Syah cakap dia nak pergi juga. Paling tidak tengok sekejap. Umi ada juga suruh Ikram hantar pergi dan ambil balik, tapi dia tak nak. Sedar-sedar dah tak ada kat rumah," jelas Puan Hazila perlahan.

"Kau satu hal! Macam mana boleh terlepas Si Syah tu? Padahal kau yang kena hantar dia pergi balik. Kau tahu dia demam kan! Kalau dia kena apa-apa nanti macam mana? Sapa nak jawab nanti, aku juga kan?" bebel Aira berjela.

Afiq yang menjadi penonton hanya melihat dengan tenang. Drama cerekarama kakak dan abang dia bergaduh itu dah biasa sangat. Yalah, Ikram tu memang sejak azali lagi nakal dan aktif, berbeza dengan dia yang lebih pasif dan mendingin.

Tak suka ambil campur hal orang. Asal diri sendiri bahagia!

"Apa susah, kakak pergilah kedai Abang Syah. Mesti abang tengah tunggu kakak datang."

Cadangan bernas dari Afiq mendiamkan huru-hara kecil tersebut. Dengan senyuman dan pandangan herot yang dihadiahkan oleh Aira, Ikram sudah dapat agak apa yang bermain di minda Aira. Mesti nak jadikan dia kuli bataknya!

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now