⚜️ BAB 31

761 93 15
                                    

"ABANG memang saja kan, tinggal Aira sorang-sorang."

Entah masuk ke berapa kali, Aira bangkitkan ayat yang sama. Geram ditinggalkan sendiri masih bersisa. Dahlah dia menangis dekat tempat umum. Syah pula datang kononnya macam ala-ala prince charming la, semata-mata nak bagi pick up line senget dia tu aje.

Tapi dia syukur juga Syah yang tegur dia. Bayangkan kalau tadi tu orang lain tegur. Boleh pengsan sebab malulah dia.

"Ish sayang ni, asyik marah je!"

Syah hentikan kereta di bahu jalan. Dia berpaling memandang Aira lama. Serentak  matanya membalas jelingan tajam itu.

"Benda kecil je, buat apa sampai berhenti tepi jalan?" perli Aira.

Terus Syah bulatkan mata dan tutup mulut yang ternganga. Sengaja buat-buat muka terkejut.

Setelah itu dia rapatkan wajah ke arah Aira. Atas bawah matanya bergerak melihat Aira. Satu persatu dia scan pada muka cemberut Aira.

Bila nampak Syah menghampirinya, laju saja dia mengesot rapat ke tingkap kereta. Syah apa lagi, lebarlah sengihan gaya mengejek dia.

"Tahu pun kecil, kenapa sampai ulang banyak kali? Sayang..." Syah kecilkan mata sedikit.

"Merajuk eh?"

"Mana ada!"

Aira palingkan wajah ke sebelah. Masa nilah dia rasa macam semua darah merah dalam badan serbu naik ke kepala. Dia yakin, jangankan telinga je, pipi dia pun dah naik rona merah jambu!

"Tu kenapa pipi merah tu? Malu eh?" sakat Syah lagi 

"Mana adalah! Aku pakai blusher tadi. Kau tahu apa fasal make up?"

Aira cuba tutup rasa malu dengan nada memerli. Walhal dia langsung tak bawa blusher dalam beg. Hanya bedak kompak dan lipmatte sahaja.

Ni kalau Syah minta bukti, memang dia akan kantoi habislah. Confirm malu sampai tujuh keturunan der!

"Betul ke...?"

Aira putarkan biji mata sebelum dengan beraninya dia menolak bahu Syah agar terdorong semula ke tempat duduk memandu. Banyak bunyi betul suami dia, kalau mengaku saja dengan kenyataan dia awal tadi, apa susah. Habislah ceritanya.

"Sayang ni, tahu juga malu eh? Kiranya pick up line abang tadi jadi la kan?" soal Syah dengan nada riang.

Aira hanya diam tanpa membalas apa-apa. Malas nak melayan lebih-lebih, nanti makin menjadi-jadi pula Si Syah ni. Bukan boleh kira sangat suami dia tu.

Selepas beberapa minit jeda, tiba-tiba tangan Aira ditarik oleh Syah. Tersentak jugalah Aira bila tiber aje tangan kena tarik. Tapi yang lagi terkejut besarnya, kekura tangan dia dicium berkali-kali oleh Syah. Nak menolak, tapi entah kenapa dia rasa selesa pula diperlakukan begitu.

Rasa macam disayangi sangat. Malas merosakkan mood Syah, Aira hanya membiarkan sahaja Syah dengan dunianya. Jangan sampai telan tangan dia tu sudahlah. Suka, suka juga!

Aira larikan pandangan ke luar tingkap di sebelah. Rasa segan pula pandang Syah lama-lama. Jantung pun satu hal, masa inilah dia nak aktif pam darah laju-laju. Tadi elok aje pam biasa, ni lain maciam!

"Hmm... macam tak muat jari ni..." omel Syah perlahan.

Tiba-tiba Aira rasa jari tengahnya terikat sesuatu. Lantas dia berpaling memandang semula ke arah Syah.

Serentak dengan itu matanya terbuka sedikit luas. Dia terkesima. Kini, sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian halus tersarung kemas di jari tengah miliknya.

"Cincin?"

"Cuba sayang bagi tangan kiri sayang dekat abang."

Kening Aira berkerut lebat. Wajah Syah dipandang lama sebelum dia menghulur pula sebelah lagi tangannya.

Laju saja lelaki itu menanggalkan cincin yang berada di jari tengah tadi, lalu disarungkan pula pada jari manis tangan kiri Aira. Melebar senyuman Syah bila cincin berlian itu padan dengan jari manis Aira.

Dua-dua tangan Aira digenggam lalu dia melabuhkan ciuman berkali-kali pada sepasang tangan tersebut. Cincin kahwin dan cincin pemberiannya dipadang bersilih ganti.

"Cantiknya! Bidadari abang dah makin cantik! Yeay!" jeritnya suka.

Melihat senyuman lebar dan sorakan kecil daripada sang suami buat bibir Aira koyak dengan senyuman lebar. Dia tak dapat nafikan, telatah Syah sekarang sangat melucukan dan... comel?

"Kenapa abang habiskan banyak sangat duit ni? Membazir tahu tak..." Keluhan halus terpacul dari ulas bibirnya.

Dia menggeleng kepala melihat Syah yang masih dengan duniannya. Bukan niatnya nak hancurkan suasana bahagia Syah sekarang, tapi bila terkenangkan jumlah wang yang yang dilabur hari ini boleh mencecah lebih dari ribuan ringgit. Rasa bersalah dia sekarang ni bukan sampai tahap Gunung Everest dah, ini sudah sampai ke petala langit ketujuh.

Bukannya dia tak ada duit langsung untuk bayar barang keperluannya sendiri. Malah dia lebih dari mampu kalau sekadar untuk dirinya. Tapi itulah, setiap kali dia hendak keluarkan wang, Syah mesti tolak dia jauh-jauh. Sudahnya, memang Syah la menang.

Tak dapat dinafikan. Bila ada orang belanja, siapa aje tak suka. Dapat hadiah, sapa aje tak nak, bukan? Tapi kalau dah sampai habis ribu-ribu, itu menempah rasa bersalah dan hutang budi namanya!

"Lah, nak cantikkan isteri pun salah ke?" soal Syah dengan bibir yang memuncung. Tangan Aira makin kemas digenggamnya, tak mahu langsung lepas!

"Tak salah. Tapi ni sampai cincin emas, pakaian, skin care apa semua. Dahlah mahal-mahal, padahal Aira ada je baju dengan skin care yang tak habis guna lagi."

Syah jatuhkan pandangan ke bawah. Dengar suara garang Aira buat dia rasa nak merajuk pula. Alah, bukan selalu dia berbelanja besar macam ni untuk Aira.

Dulu, dia selalu belanja keluarganya sahaja. Asal untung banyak atau dia berjaya dalam perniagaan, habis semua ahli keluarganya diajak ber'shopping'. Iyalah, dengan siapa lagi nak habiskan duit kalau tidak pada diri dan keluarga sendiri bukan?

Kali ini, Syah akui. Tak ada untung apapun. Biasa sahaja perniagaan dia. Cuma, angin nak shopping tu datang, nak-nak pula untuk isteri kesayangan dia.

Lagipun nanti kalau Aira cantik, untuk siapa lagi kalau bukan dia, kan? Alah, Aira kan bidadari Syah.

Aira lepaskan keluhan perlahan bila nampak wajah muram Syah. Genggaman lelaki itu dibalas semula sebelum tangan Syah ditarik ke ribanya pula.

"Bukan Aira nak marah sangat. Tapi berpada-padalah dalam berbelanja. Abang mungkin berlatar belakangkan keluarga yang berduit. Tapi Aira tak, bang. Aira dari keluarga yang susah, untuk keluarga kami stabil macam sekarang tak mudah."

Syah kemam bibir, tiba-tiba dia pula rasa bersalah. Diangkat wajahnya lalu tatapan Aira dibalas. Pandangan mereka bersambung lama.

"Apa Aira boleh pesan, bukan senang nak senang. Tapi, nak susah tu senang. Faham?"

Syah angguk laju. Taubat dah dia kali ni. Lain kali tak nak jadi boros! Nanti kena ceramah dengan Aira.

"Sayang marah abang?"

Aira geleng dan serentak dengan itu dia tersenyum lebar.

"Sayang sayang abang tak?" Senyuman Aira mati.

"Tak!" Aira balas laju pakej dengan bebola mata dinaikkan ke atas sekali. Syah hanya tahan senyum sebelum pandangannya melorot jatuh pada genggaman kemas daripada tangan Aira.

"Kalau tak sayang, kenapa tak nak lepas tangan abang?"

Sontak, tawa Syah terlepas kuat bila melihat tindakan drastik Aira yang menolak tangannya menjauh dari ribaan wanita itu.

Bersambung...

hmmm agaknya Aira ni suka ke tak suka kat Syah ni?

Otw study untuk dapatkan pointer 4.00 hahahaha doakan!
13 November 2021,
07:11 p.m.
Liamysrh.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now