⚜️ BAB 27

614 77 6
                                    

SYAH hulurkan tangannya ke arah Aira. Wajah cemberut Aira dihadiahkan senyuman paling lebar. Tak ada sedikit pun niat mengejek di sebalik lengkungan yang terbentuk pada bibirnya.

"Malas ah salam. Aku balik pukul dua. Jangan lambat!" Aira memberi amaran.

Pagi-pagi Syah dah bikin dia panas. Mana taknya kalau dia bukan main paksa lagi Aira untuk tidak memandu. Lagi sekali Aira kalah bila Syah libatkan umi di dalam hal mereka. Mena nak menang kalau umi berada di sebelah pihak Syah!

Paling geramnya, Syah parkin kereta mereka di dalam ruangan sekolah. Padahal dia dah warning awal-awal supaya tinggalkan saja dia di luar pagar. Dia tak nak orang nampak yang dia datang dengan suami.

Entah apalah yang dirisaukan, Syah pun tak pasti. Apa ingat dia sorang ada keras kepala, Syah pun ada keras kepalanya juga. Jadi dia buatlah cara dia.

Keluar sahaja Aira dari perut kereta, sontak Syah matikan enjin. Berkerut dahi Aira memandang lagak Syah. Selamba saja suaminya itu keluar kereta lalu bahagian kerusi belakang dihampiri. Timbunan kertas peperiksaan diangkat dan dia tayang senyuman paling lebar kepada Aira.

"Syah! Tak payahlah angkat. Biar aku panggil mana-mana budak untuk tolong. Abang pergilah kerja sana!" ujar Aira separuh berbisik.

Kiri dan kanannya dipandang takut. Bila ternampak saja budak-budak yang lalu, laju dia larikan mata agar tidak bertentang  dengan sesiapa.

"Tak kira. Kalau sayang tak nak bagi abang hantarkan kertas ni sampai meja sayang. Abang cari mana-mana budak, lepas tu suruh budak tu tunjukkan laluan. Biar padan muka sayang, malu sorang-sorang kat sini," ejek Syah sambil menjelirkan lidahnya sedikit.

Aira tahankan saja hati yang disambar api sekarang. Nak aje dia pulas lemak-lemak dekat tepi perut Syah supaya pecah semuanya.

Malas melawan, Aira mula melangkah laju ke destinasinya. Ke mana lagi kalau bukan ke pejabat sekolah untuk punch card. Semestinya Syah akan ekori setiap langkah Aira. Bila sampai depan pejabat, Aira suruh Syah berhenti dan menunggunya di kerusi batu sahaja. Tak akanlah nak bawa Syah sampai ke dalam pejabat!

Usai itu, dia keluar dan mencari-cari susuk tubuh tegap suaminya. Kiri dan kanan dipalingkan sebelum matanya tertancap pada kerumunan perempuan di pondok berhampiran bilik kaunseling.

'Ada kes apa pula budak-budak ni?' monolognya sendiri.

Entah hantu apa yang merasuk dia pagi itu, Aira tergerak hati hendak mendekati kerumunan tersebut. Jarang dia ambil cakna soal masalah budak, tapi hari ini rasa terpanggil-panggil pula untuk melihat apa kesnya.

"Eh? Abang ni suami Cikgu Aira?!"

Terdengar saja soalan dari salah seorang budak di kerumunan itu berjaya buat mata Aira membulat. Jadi, yang ramai-ramai perempuan ni tengah menghadap suami dialah?

"Haah ya. Tak payah la panggil abang, em... panggil pak cik ajelah."

Aira rasa terpinggir bila kehadirannya tak langsung bersambut. Tak ada seorangpun berpaling ke arahnya di belakang. Bukan setakat pelajar saja, suami dia sendiri pun agaknya dah buta dengan bayang isteri.

"Eh mana boleh. Pak cik tu macam tua sangat. Kami panggil abang ajelah. Dahlah suami cikgu ni kacak, segak, elok panggil abang!"

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now