"SAYANG dah bangun?" soal Syah perlahan dan lembut.
Wanita di hadapannya itu hanya berdiam diri. Mungkin tidak selesa dengan keberadaanya. Syah ukir senyuman kelat.
"Sayang tak selesa ke kalau abang datang?"
Wanita yang berbaring itu tetap diam. Pandangannya dialihkan ke arah bertentangan dengan Syah.
Keadaan menjadi sunyi buat seketika. Syah tak tahu hendak bertanya apa lagi. Sudah lebih dari seminggu lagi keadaan mereka begini. Aira umpama berdingin semula dengannya. Tetapi dia tak boleh menyalahkan wanita itu sepenuhnya memandangkan ini telah menjadi ketentuan takdir bagi mereka.
"Kalau macam tu, abang keluar dululah ya? Abang pergi sambut umi dengan Aidan, rasanya mereka datang bawa Aidan hari ini..."
Dengar saja nama Aidan disebut, terus mata Aira membulat dan kepalanya berpaling ke arah Syah. Syah tayang senyuman tipis. Hanya itu saja cara untuk mendapatkan perhatian daripada Aira.
Hanya Aidan saja yang mampu mengukir senyuman pada bibir wanita itu setelah dia disahkan oleh doktor yang dia keguguran dan hilang ingatan.
Ya, Aira telah mengalami penyakit hilang ingatan. Setelah disahkan amnesia, Aira bersikap dingin dan tidak endah kepadanya. Walapun Syah masih sakit, dia tetap cuba melawat Aira namun hampa, layanan wanita itu tetap sama.
"Abang pergi dulu."
Syah bangun dengan perlahan-lahan sambil menolak besi yang menyangkut iv drip miliknya. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah ruangan luar wad wanita. Dari jauh dia sudah dapat melihat kelibat umi, Ikram dan seorang anak kecil berjalan beriringan. Senyumannya melebar sebelum dia turut sama menghampiri mereka.
"Anak ayah dah sampai!" tegur Syah sebelum kucupannya berlabuh pada dahi dan kedua belah pipi anak angkat lelaki itu. Bibirnya menguntum senyuman lebar melihat keriangan pada wajah Aidan. Mesti Aidan dah tak sabar nak jumpa Aira, maklumlah mereka berdua mana boleh berenggang lama.
"Mana ibu, ayah? Aidan nak jumpa ibu!" ujar Aidan keriangan.
"Ibu ada kat dalam, tapi Aidan tak boleh ganas-ganas sangat dengan ibu tau. Ibu tengah sakit lagi tu," balas Syah sebelum meminta Ikram untuk mengiringi anaknya ke katil isterinya.
Hazila yang masih berada di sisi Syah memandang lama lelaki itu. Keadaannya kelihatan agak tidak terurus walapun berada di hospital. Bukannya tiada orang hendak mengurus, cuma Syah saja berdegil. Setiap kali Mia mahu menjaga atau mama dan dia sendiri, emak mertua, pasti akan ditolak oleh Syah.
Alasannya sama, dahulukan Aira. Dia masih boleh jaga diri sendiri katanya. Tapi kalau tengok pada keadaan Syah sekarang, hatinya pasti dipagut rasa kasihan.
Bayangkan berulang alik dari wad lelaki ke wad perempuan dengan tangan kanan berbalut, tangan kiri menarik iv drip dan seluruh tubuh yang dipenuhi luka. Puas ditegah tapi dia selalu menolak.
Perangai yang satu ini buat Hazila geram dengan menantunya. Dia terlalu mengutamakan orang lain sedangkan dirinya sendiripun memerlukan bantuan orang. Tapi kalau dah lawan dengan degil Syah, siapa saja boleh menang?
"Syah macam mana sekarang? Rasa makin sihat?"
Syah senyum ke arah Hazila. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri kerusi menunggu di hadapan pintu wad perempuan. Dia melabuhkan duduk. Wajah Hazila dipandang sebelum satu senyuman lebat terhias pada bibirnya.
"Sihat... Umi tak nak masuk melawat dekat dalam ke?" soal Syah.
Hazila menggeleng kecil sebelum dia turut sama melabuhkan punggungnya pada kerusi batu yang panjang itu. Satu keluhan terpacul keluar dari bibir wanita sepruh abad itu.
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...