⚜️ BAB 30

707 90 14
                                    

"SAYANG, memandangkan hari ni awak cuti, saya pun cuti. Jom kita jalan-jalan nak?" soal Syah.

Sejadah dilipat kemas sebelum diletak pada hujung kaki katil. Aira yang masih dengan kain sembahyang berwarna putih itu dipandang. Dalam hati dia memuji kecantikan wanita itu sekarang.

Indahnya hidup bangun-bangun aje, solat subuh. Lepas dah subuh, pandang je belakang nampak bidadari syurga lengkap pakai kain sembahyang putih. Alahai, ini rupanya maksud rumahku syurgaku. Fikir Syah sendiri.

Syah dengan 'bidadarinya' memang tak akan habis sampai Abang Jamil mampus. Aira yang terpandang muka angau Syah pun tak larat dah nak komen apa.

Dah memang itu tabiatnya. Setiap kali solat subuh, dia akan pandang Aira sambil tersenyum-senyum gatal. Entah ke mana angan-angan lelaki itu melayang pun dia tidak tahu. Malas ambil cakna sangat, mesti kebanyakannya mengarut!

"Sayang... nak tak?"

"Nak pergi mana?" soal Aira malas.

Ya, malas. Dia baru je fikir nak bersantai bila masuk cuti hujung minggu ni. Tapi itulah, dapat suami yang terlebih aktif. Tak reti duduk diam-diam dalam rumah.

Sedangkan dalam rumah pun tak boleh duduk tenang, asyik nak menempel dengan Air sahaja.

Pendek kata, di mana ada Aira, di situ ada Syah. Seingat Aira, dia tak adalah tertelan magnet sepanjang usianya, tapi Syah ni lain macam. Melekat dengan dia macam dia tertelan satu tan magnet!

"KB Mall? Nak?"

Kening Aira berkerut. Ada apa saja dalam mall itu? Kalau dia tersesat nanti macam mana?

"Tak naklah."

"Ish! Sayang ni semua tak nak. Ajak duduk rumah sendiri tak nak, ajak buat sanding tak nak, ajak sana tak nak, ajak sini tak nak. Habis tu sayang nak apa?"

Aira tersenyum. Keletah Syah sekarang ni tak ubah seperti kanak-kanak yang merajuk dengan ibu mereka. Ragam Syah ni mengalahkan Aidan!

"Aira nak abang duduk diam, jangan nak menempel je dengan Aira. Buatlah kerja sendiri," ujar Aira senang. Keningnya dijongket beberapa kali, mencabar Syah.

"No way! Nanti abang mati kerinduan!"

Terus berkerut seribu dahi Aira, pakej dengan mimik muka menggelikan sekali. Mengada tahap apa dah ni? Esok-esok tuhan tarik nyawa tu betul-betul baru tahu azabnya.

"Bolehlah sayang... kita luangkan masa dekat KB Mall berdua... lagipun lama dah abang tak makan sizzling kat sana. Sedap tau..." pujuk Syah. Tangan Aira dicapai lalu digoncangkan, merayu-rayu meminta belas simpati si isteri.

"Alah kalau sekadar nak makan sizzling, buat sendiri ajelah."

Terus Syah mencebik. Matanya dikecilkan dan kening berkerut memandang Aira.

"Sayang buat?"

Aira geleng, lalu jari telujuknya menunjuk ke arah Syah. Senang aje sifir Aira, sapa nak makan, dialah yang masak!

"Ish, tak nak!"

Aira putarkan bebola mata ke atas. Nak makan tapi tak nak masak. Padahal dia kerja  tukang masak!

"Abang kerja buat kek, bukan buat sizzling la sayang..."

"Siapa nak makan sekarang ni? Abang kan? Ha, abang ajelah pergi sana. Aira tak nak. Malas," balas Aira senang.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now