⚜️ BAB 25

661 83 6
                                    

KEADAAN kembali normal seperti biasa. Nak cakap Aira mendingin dengan Syah, tak adalah sangat. Nak cakap melayan lebih-lebih tu lagilah tidak. Cuma apa yang Syah perasan, Aira jadi macam dulu semula. Umpama kes Hakim itu tidak pernah dibuka.

Sesekali dia tanya juga, Aira ada menyimpan dendam  dengannyakah? Tapi jawapan Aira mudah, tidak. Bila diasak lagi dengan soalan yang hampir sama. Jawapan Aira seterusnya mesti, "perkara lepas buat apa dikenang."

Syah pun tak mahu panjangkan cerita. Alang-alang mood dia dah kembali okey, sebaiknya dia ikuti saja rentak Aira. Walaupun Syah tahu, jauh di sudut paling dalam hati isterinya, luka itu masih merah berdarah.

Kenyataan yang disuapnya tempoh hari masih sukar ditelan. Syah tahu, sangat tahu. Tapi dia memilih inisiatif mudah, tak ambil kisah soal itu. Sebab dia tahu, Aira seorang yang tidak suka dipaksa untuk meluah sehinggalah dia sendiri yang sudi mencurahkan segala isi tersurat dan tersirat.

Berbalik kepada cerita sekarang, percutian mereka akhirnya tamat. Tiba masanya untuk pulang ke rumah pula. Mereka merancang untuk terus pulang ke Pasir Mas memandangkan tok nek masih mahu tinggal bersama Puan Azida.

Yang tak habis ceritanya sekarang ialah dua makhluk Allah itu bergaduh tentang yang mana satu nak jadi driver. Syah bertegah tak nak bagi Aira memandu, dia tak nak nanti Aira letih ke sekolah esok.

Manakala Aira pula menepis alasan tak masuk akal Syah, katanya Syah memandu lambat. Silap haribulan, perjalanan yang hanya memakan satu jam menjadi empat jam!

"Aku pandu, kau duduk dekat belakang!"

Baru pintu sebelah pemandu dibuka, tangannya dihalang oleh Syah. Aira pandang muka selamba Syah, kalau ikutkan hati dia. Nak aje dia sepak muka Syah sampai berputar kepala tu. Bagi bersambung semua neuron otak tu.

"Tepi Syah."

Badan tegap sang suami sedaya upada ditolak ke tepi. Namun sedikit pun tidak berganjak. Lelaki lawan perempuan, dah boleh agak mana satu menang. Nak-nak pula Aira tak guna kuat sangat upaya dia untuk tolak Syah, karang kalau guna daya sepenuh hati dia, mahu mak mentua dia tercabut biji mata terkejut nampak menantu mengasar dengan anak dia.

"Biar abang drive," ujar Syah manja sambil belakang bersandar pada pintu masuk memandu.

Wajah isterinya dipandang sambil tersengih-sengih kerang busuk. Dalam hati tak payah cakap, melambung pujian cantik, comel, bidadari, bidadara atau pendekkan cerita semuanyalah yang indah-indah dekat Aira. Turun bidadari syurga sebelah dia pun agaknya dah tak nampak dah.

"Syah..."

"Abang."

Aira lepaskan keluhan perlahan. Matanya terpejam sambil pelipis diurut perlahan. Pening menghadap perangai Syah.

Orang lain akan suka kalau ada yang sukarela nak memandu. Dia ni lain pula, gedik nak memandu sendiri. Dahlah bawa kereta terlalu berhati-hati. Bila kena tegur dengan Aira, senang saja jawapannya, sayang nyawa. Orang lain pun sayang nyawa tapi bawa je laju!

"Abang... kali ni bagilah saya memandu, boleh?"

Aira senyum buat-buat. Bawah terik matahari ni dengan panas membahang, Syah pula buat hal main tarik tali. Saja pancing amarah dia. Kalau dia kuat macam Hulk, dah lama dia angkat badan Syah dan lambung sampai ke Ireland. Ha, biar tak balik Malaysia dah, membeku la dia dekat kutub utara tu sorang-sorang!

"Sayang, do you want to know something?"

Bersinar-sinar mata Syah sambil kepalanya merapati wajah Aira. Tersentak dengan tindakan drastik lelaki itu, Aira berundur setapak ke belakang.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now