⚜️ BAB 28

604 80 16
                                    

KELUAR sahaja dari bilik guru, kereta Syah memang betul-betul diparkin  berhadapan dia sekarang. Bezanya, jarak antara Aira dan kereta sahaja.

Keluhan terpacul pada ulas bibirnya. Awalnya datang! Dia pun tak punch card lagi, dah tercangak dah depan mata kereta Syah.

Tak menunggu lama, nampak kelibat Aira, Syah dengan penuh bergaya keluar. Membutang mata Aira bila terpandang penampilan Syah kali ini. Memang pancing angin puting beliung Aira betul. Sajalah tu dia pakai lain dari biasa.

Kenapa lain dari biasa? Kali ini Syah pakai kemeja hitam, lengan terlipat separas siku dan hujung butang baju pada lehernya dibuka sedikit luas. Kaca mata hitam Rayban elok tergantung atas batang hidung Syah buatkan Aira bertambah-tambah meluat. Kalau boleh nak aje dia lempar kasut tumit tingginya ke muka Syah sekarang. 

Perempuan muda kalau tak tergugat dengan penampilan Syah sekarang memang boleh dikategorikan limited edition la.

Rambut Syah tu bukan main style lagi, macam dah bukan duduk Malaysia. Dengan berkasut dan jeans yang melekat pada kaki itu sudah mampu memancing perhatian orang ramai.

Kalau pandang atas, bawah, kiri dan kanan, memang Aira berani jamin 100 peratus, hampir kesemua budak perempuan yang lalu-lalang di depan kereta Syah tak akan lepaskan peluang untuk pandang dan kerling ke arah suaminya.

Kacak maut? Ya, kacak maut. Tapi pada Aira, rasa nak bagi pelempang aje. Dia malu!

Segan kalau orang pandang mereka berdua. Sebab inilah dia tak suka Syah melebih-lebih, kalau terlebih sikit lelaki itu. Memang habislah. Kaw-kaw dia bagi. Buktinya penampilan dia sekarang ini la, kalau tak pun, ayat-ayat manis tebu dia selama ini.

"Syah! Kenapa pakai macam ni?"

Syah tarik spek mata hitam itu menjauh dari mukanya. Kening berkerut memandang wajah si isteri. Pakai bergaya sikit pun salah ke? Bukannya untuk orang lain, untuk sambut isteri dia juga.

"Call me abanglah sayang, a... bang..."

Aira pusingkan bebola mata. Meluat betul dengan panggilan tu.

"Abang masuk dalam sekarang. Jangan keluar, aku nak pergi punch card dulu kejap."

Baru saja kakinya hendak melangkah pergi, tangan Aira ditangkap oleh Syah. Sekali lagi keluhan terpacul keluar dari ulas bibir Aira. Perlahan-lahan dia berpaling memandang muka Syah yang sedang termuncung-muncung bibirnya.

"Apa lagi?" soal Aira keras. Nak aje dia cincang-cincang Syah sekarang. Mengada-ngada! Suka buat muka merajuk manja macam tu.

"Boleh tak lepas ni sayang jangan bahasakan 'aku abang' antara kita? Sayang gunalah apa-apa panggilan pun untuk sayang, tapi janganlah 'aku'... em... macam tak manis kalau orang dengar."

Kali ni tajam-tajam Aira jeling Syah. Macam-macam betul permintaan lelaki itu. Aira akhirnya hanya membalas anggukan kecil sebelum tangannya dilepaskan oleh Syah.

Lama-lama berdrama tepi kereta nanti, lambat pula la dia nak punch card. Dahlah tempat mereka sekarang ini terlalu terdedah, mahunya nampak dek mana-mana budak yang lalu lalang.

Usai selesai, Aira menuju ke arah kereta milik Syah. Bagaikan deja'vu... tak!

Rasanya dah tak boleh cakap deja'vu, sebab perkara yang berlaku depan mata Aira sekarang ini baru aje berlaku pagi tadi. Apa hesmes benar ke suami dia yang ramai sangat perempuan duduk kerumun dekat dia?

Macam semut jumpa gula. Ha, itulah boleh diumpamakan. Kalau tadi pelajar sekarang sesi cikgu-cikgu pula duduk menempel dengan suami dia. Rasa geram Aira berbakul-bakul.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now