⚜️ BAB 15

594 85 22
                                    

"SYAH... BANGUN..."

Peha Syah, Aira tepuk perlahan. Syah memang tidur mati kali ni. Macam tak sedar dunia sungguh. Mana tidaknya kalau sampai dah terpeluk Aira.

Peluk itu tak apa lagi, ini ada sampai tahap kaki melayang sana sini atas badan Aira. Mulanya Aira nak mengamuk juga, tipu kalau dia tak kejutkan langsung Syah untuk alihkan badan gergasi dia tu. Tapi Syah memang tak sedar dunia bila dah lena!

Ni kalau bom nuklear meletup tepi telinga pun belum tentu dia sedar. Entah-entah bangun di alam lain dah. Itu yang Aira jaminkan.

Dia lepaskan keluhan kecil. Jam pada telefon dilihat, sudah masuk pukul 5:35. Manakala subuh pula 5:56. Kalau nak diikutkan bisikan syaitan, dia nak aje biar Syah tu tidur sampai matahari terpacak atas langit. Tapi yang jadi masalahnya ialah apabila mereka berada di rumah tok nek.

Bagai satu kewajipan, kalau tok nek tak ke masjid. Mereka yang tinggal di rumah tok nek mesti berjemaah. Dah tak akanlah Aira pula nak jadi imam kalau Syah masih ada.

"Syah bangunlah..."

Ditolak Syah dengan berlapik kain sembahyang. Kali ini lebih kasar dan ganas. Liat sangat Si Syah ni nak bangun, entah mimpi pergi kedunia mana entah yang lena bukan main.

"Ooo kau degil eh."

Satu idea timbul dalam fikirannya. Lekas dia keluar dari bilik dan mencari kelibat seseorang. Siapa lagi kalau bukan tok nek.

"Eh Aira. Mana Danialnya? Dah nak masuk waktu ni," tegur tok nek.

Aira berpaling ke arah tok nek dengan muka monyok. Kening dikerutkan sedih dan wajahnya saja dibuat-buat riak risau.

"Tok nek, tengok Danial tu. Tak nak bangun-bangun. Penat Aira kejutkan..."

Tok nek beristigfar panjang. Tak menunggu lama, laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pasangan sejoli tu. Menggeleng kepala dibuatnya bila terpandang gaya tidur Syah yang menelentang umpama orang tak beristeri.

"Danial! oooh Danial. Bangun! Bertuah punya budak, hang tak bangkit-bangkit lagi. Subuh dah nak masuk ni! Tak malu dah tua, ada bini nanti nak ada anak pulak. Hang tidoq tak macam jadi bapak budak ha!"

Macam ribut juga tok nek goncang badan Syah. Bergegar satu katil dibuatnya. Yang merisaukan lagi, Aira takut tok nek tolak sampai jatuh katil aje.

Bukan Syah yang dibimbangkan, tapi lantai kayu bilik itu dirisaukan. Buatnya patah sebab tampung badan ketul-ketul Syah tu. Rugi saja tok nek.

Badan ketul? Ya, badan ketul. Satu perangai yang Aira geram bila balik rumah tok nek ialah Syah tidur tanpa berbaju.

Aira hidup dalam struktur keluarga yang tidak lengkap. Ketika umurnya menginjak ke angka 20, masa yang sepatutnya diri dia dilepaskan oleh keluarga untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree, ibu dan ayah mereka berpisah.

Kerana tamparan ujian melanda berserta puting beliung konflik keluarga, Aira putuskan menyambung degree pada umur 21. Perang emosi dan kewangan yang berpanjangan akhirnya berhenti setelah dia bekerja sebagai seorang guru.

Sejak dari itu, semua adik beradik Aira tinggal bersama-sama Puan Hazila. Disebabkan Ikram juga masih tidak matang sepenuhnya dan Afiq pula masih kecil, Aira memang tegas mengajar mereka berdua sesuai dengan kesukaannya.

Kalau lelaki remaja mudah terpengaruh dengan rokok batang dan rokok elektronik, Aira memang akan melarang sekerasnya.

Kalau kebiasaan lelaki remaja akan tidur tanpa berbaju, Aira memang menegah adik-adik lelakinya tidur tanpa berbaju. Kata Aira, tak sopan. Walaupun Ikram bertekak juga sekali-sekala dengan hamparan dalil

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now