AIRA YANG masih terpegun buat Syah rasa geli hati. Dia kelipkan mata beberapa kali sambil wajah didekatkan dengan muka Aira.
Sontak, Aira menolak dadanya lalu berpaling ke tepi. Dia terkulat-kulat menarik nafas sebelum mengeluh panjang.
"Sayang!"
Aira palingkan wajah ke arah Syah. Kepalanya mengangguk kecil.
Bibir Syah koyak dengan senyuman lebar, menampakkan lekuk lesung pipit tunggal di pipi kanannya. Kening Aira terangkat dan matanya tercelik luas sedikit.
Sebenarnya lebih kepada terperanjat. Baru dia tahu yang Syah rupanya ada lesung pipit di sebelah pipi. Selama ini wajah lelaki itu penuh dengan "hutan belantara".
Sekarang? Cerita sekarang, Syah memang ubah penampilannya seratus peratus!
Rambut panjang selama ini dipotong pendek lalu diserabaikan sedikit ala-ala gaya barat. Wajahnya yang berkumis dan berjambang kini suci bersih dari sebarang bulu. Malah karisma lelaki itu makin bertambah-tambah apabila ternampak jelas jawline Syah yang sangat... runcing!
"Kau nak cakap apa?" soal Aira.
Bibir Syah dari tadi lagi dengan senyuman. Murah senyum betul lelaki itu.
Syah kelipkan sebelah matanya pada Aira sebelum tersengih malu. Aira putarkan biji mata meluat.
Penampilan saja berubah, perangai ulat bulu, cringe dan mengada-ada itu masih kekal!
"So kau la yang buat suprise ni?"
Syah mengangguk laju, dia melangkah setapak menghampiri Aira.
"Jadi kau la kononnya 'ayah' kepada Aidan?"
Sekali lagi Syah mengangguk. Langkah kecil ke hadapan diambil lagi dan kini mereka berada di tengah-tengah kelompak bunga mawar yang berbentuk hati.
"Ceh, kenal Aidan baru berapa hari. Claim diri jadi ayah."
Tangan Aira naik memeluk badan dan sekali lagi bebola matanya dipusingkan gaya menyampah.
"Sapa cakap?"
"Aku."
"Eleh pandai sangat singa ni."
Mendengar tuturnya itu, sontak Aira berpaling ke arah Syah. Sekali lagi dia terperanjat bila jarak wajah mereka terlalu hampir. Entah angin apa malam ini, Syah asyik rendahkan badan dan rapatkan wajahnya dengan Aira.
Dan semestinya, Aira tak selesa! Sudahlah di depan kawan dan keluarganya. Buat perangai yang kuban-kuban pula.
"Kau ni asal suka dekat dengan aku!" bentak Aira.
Baru sahaja dia hendak berlalu pergi, Syah tarik pinggang Aira merapatinya.
"Sabar dulu sayang. Abang nak tunjuk something!"
Syah seperti meraba-raba sesuatu di belakangnya. Setelah selesai, tangannya berhenti lama di belakang badan. Kening Aira berkerut, bila dia cuba menoleh, Syah mengelak.
"Kau nak bagi apa? Kalau barang biasa-biasa aku tak nak. Buat malu je!"
"La... nak grand buat apa? Mati tanam juga, sayang. Kecuali cinta abang ni, mati tanam, grand tak grand tetap ekslusif untuk sayang."
Syah sengih nakal. Ikram dan rakan-rakan Aira dibelakang sudah membuat bunyi.
"Nah."
Sekuntum bunga ros berwarna putih dikeluarkan dari belakangnya. Mawar itu cantik memekar di dalam plastik balutan bunga. Aira terpegun seketika, perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman lebar.
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...