"SAYANG..." panggil Syah halus.
Rambut Aira yang menutupi wajahnya dikais ke tepi. Tersenyum-senyum Syah bila nampak wajah polos Aira yang masih dalam lena. Tak semena-mena, kucupannya berlabuh di atas dahi Aira.
"Sayang... bangun mandi, nak masuk subuh dah ni..."
Kening Aira berkerut bila rasa ada sesuatu yang sedang bermain-main di wajahnya. Siapa lagi gerangan tersebut kalau bukan Syah. Sibuk duduk main rambut Aira.
"Hmm..." gumam Aira sebelum pelukan dikemaskan. Mengantuk bukan main!
"Sayang ngantuk sangat ke?"
Lambat-lambat Aira angguk. Syah senyum tipis. Dagu Aira ditarik supaya wajah wanita tersebut bertentang dengannya.
"Abang rasa, sayang kurang vitamin ni."
Kening Aira berkerut walaupun mata masih terpejam. Kurang vitamin apa lagi kalau hari-hari dia telan vitamin C Shaklee.
"Vitamin apa..." soal Aira perlahan.
"Vitamin Me."
Aira tersenyum kecil. Jaranglah nak tunggu Syah ni serius sikit. Mesti ada aje ayat-ayat gula tebu dia.
"Abang ni memang mengada-ngada!"
Aira tarik kain selimut menutupi wajahnya, malu pula dengan Syah. Syah pula ketawa kecil sebelum kain selimut yang menutupi kepala Aira itu diselak sedikit. Puncak kepala Aira dicium bertubi-tubi dengan hati yang senang.
"Sayang tak nak bangun mandi lagi ke? Nanti dah nak subuh..."
Aira diam tanpa membalas apa-apa. Sebenarnya malu nak keluar dari kain selimut. Syah pun satu, kalau nak mandi, pergi ajelah. Tak perlu ajak dia berkali-kali, macam tak faham pula Aira sekarang ni tengah segan!
"Abang mandi la dulu..."
Aira tolak dada Syah menjauh darinya. Syah hanya tersenyum tipis, tangan Aira ditangkap lalu dikucup.
"Kalau tak nak?"
Aira cuba menarik tangannya semula tetapi Syah mengeraskan genggaman. Lalu, Syah hampirkan wajahnya dengan muka Aira.
"Abang... tak naklah..." rengek Aira
"Tak nak apa?"
Aira cuba lagi menolak badan Syah dengan tangan yang berada di dalam genggaman Syah. Namun, usahanya gagal. Makin galaklah Syah kenakan Aira.
Mana taknya, ini kali pertama dapat lihat wajah isteri dia merah dan malu-malu. Satu-satunya rezeki yang besar di pagi subuh. Permulaan hari yang cukup indah buat Syah.
"Abang pergi mandi dulu kalau sayang bagi hadiah dekat sini..."
Syah muncungkan bibir. Aira gigit bibir bawah, dia faham apa kemahuan Syah itu. Syah ni bukan setakat gedik dan mulut manis saja, gatal pun ada juga!
"Sayang... cepatlah..."
Dengan bilangan satu, dua dan tiga di dalam hati, Aira lunaskan permintaan Syah dengan sepantas kilat sebelum memalingkan wajahnya ke arah bantal agar terselindung. Syah terdiam buat seketika sebelum perlahan-lahan bibirnya mengoyak senyuman lebar.
"Nakal sayang ni tau..." bisik Syah sebelum bergerak bangun dari katil dan berjalan ke arah bilik air.
Serta-merta Aira balut badannya dengan kain selimut sepenuhnya dan muka disembamkan pada bantal. Malu yang tak terkira betul, tak pernah seumur hidup dia berani buat tindakan drastik seperti tadi. Ini semua gara-gara Syah yang gatal miang keladi itu.
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...