ALMARI BAJU DIBUKA, pakaian dibelek satu per satu. Dua pasang baju ditarik.
Entah mana silapnya, salah satu penyangkut baju tersangkut pada kolar gaun berona krim.
Kening Aira berkerut. Gaun krim lembut itu ditarik perlahan-lahan.
Sejak bila aku beli gaun mewah macam ni? Fikirnya sendiri.
Setelah berjaya mengeluarkan gaun panjang itu dari almari, Aira hamparkan ia ke atas katil.
Lama dia menilik dan berfikir sebelum matanya membulat luas dan tercengang.
Baru dia teringat yang Syah pernah belikan gaun perkahwinan untuknya. Awal-awal dulu, dia pelik juga. Kenapa Syah sampai sanggup belikan, bukan lebih baik tempah sahaja?
Tapi, katanya hadiah untuk isteri. Alang-alang buat kenangan.
Hampeh, Kenangan my foot! Omel Aira sendiri.
Kerusi ditarik lalu dia duduk menghadap katil. Gaun bersulam permata swarosky itu ditenung lama. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.
Perempuan mana tak suka kalau dapat barang cantik macam ni, kan?
Lama Aira berdiam diri sebelum memori lepas datang mengetuk kotak fikiran. Memori di mana dia dan Syah menyimpul janji perkahwinan mereka.
"Empat kali bukan kiraan sikit tau..."
Suara Syah masih jelas di ingatan Aira. Masakan tidak, itu hari pertama mereka bersua muka.
"Kenapa tak stop aje?" balas Aira tika itu.
Syah lepaskan keluhan perlahan. Pandangan dibuang ke panorama laut yang terbentang luas.
Garis horizon yang membelah dua warna lembut menjadi tatapan. Sikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa gusar di hatinya. Biru cerah langit bergandingan biru kehijauan laut. Cantik.
"Hello?"
Jeda. Aira berpaling ke arah titik fokus Syah. Kanak-kanak yang sedang bermain bola dan beberapa pasangan yang sedang bersantai di persisiran menjamu pandangan.
"Kau terdesak sangat ke nak kahwin dengan aku?" soal Aira memecahkan tembok sunyi yang Syah bina.
Syah senyum tipis. Kepala berkalih menghadap muka Aira. Wanita itu dipandang sekejap sebelum kepalanya menunduk sedikit ke bawah.
Belum halal, woi! Mana boleh usha lama-lama. Stay halal brother! Bebel Syah sendiri.
"Bukan terdesak," balas Syah.
Kening Aira berkerut lebat. Tajam anak matanya merenung Syah.
"Habis tu? Kenapa sampai hantar empat kali rombongan?"
Tangan Aira naik memeluk badan. Amarah yang membuak-buak cuba ditahan.
Mana tak marah dan geram, kalau dah kena tolak pinangan sampai tiga kali pun masih berkeras hantar rombongan.
Angin dibuatnya Aira. Dia jangankan tak pernah kenal Syah, batang hidung Syah pun tak pernah nampak.
"Kalau awak nak cakap saya terdesak pun, terdesaklah. Asalkan kita kahwin..." jawab Syah berani.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...
