⚜️ BAB 8

640 80 6
                                    

LEPAS menghantar pemergian Syah di muka pintu, Aira bersiul kecil. Akhirnya, masa yang dinanti-nanti sudah tiba. Syah keluar kerja!

Dia hantar sampai depan pagar itu pun sudah dikira mencukupi syarat berlakon depan umi saja. Dan sekarang, masanya untuk berjimba sepuasnya.

Lagipun, sepanjang Syah bercuti, mesti lelaki itu melekat dengan Aira macam magnet. Tak mahu berenggang sikit pun. Mana ada Aira, di situlah ada Syah.

Ni bila dia pun pergi kerja, hidup Aira kembali tenang setenangnya. Makin dia suka apabila tahu hari yang Syah mula kerja adalah hari ulang tahunnya.

Dia memanjat rasa syukur kehadrat Ilahi, akhirnya tuhan makbulkan juga doanya untuk hidup tenang tanpa gangguan Syah walaupun sehari.
Sekali dapat, pakej dengan hari ulang tahunnya sekali.

Ruang tamu dituju lalu televisyen dibuka. Terpampang rancangan masakan pagi, Aira tersenyum lebar. Dalam hati tidak puas-puas mengucap syukur.

Usai itu dia membuka pula telefon dan ruangan mesej Whatsapp ditekan. Grup sahabat karibnya sudah rancak merancang tarikh dan masa untuk sambutan mereka bersama. Tidak kurang juga berduyun-duyun mesej dari rakan-rakan sekerja dan sanak saudara mengucap "selamat hari jadi".

Aira balas satu demi satu mesej dengan bibir yang mengutum senyuman lebar. Bahagia tak terkata rasanya.

"Lapar la pula..."

Perut yang berkeroncong, Aira abaikan. Mesej Whatsapp masih ligat dibalas satu per satu.

Dia pun tak sangka ramai yang tahu hari ini hari ulang tahunnya. Dalam diam hati kembang setaman.

"Ramai jugak yang ingat aku!"

Perut yang lapar tadi mula bersuara menyatakan hasrat kepada tuan. Aira lepaskan keluhan, mentang-mentang hari jadi meragam lain macam pula perutnya.

"Syah, pergi ambilkan air kosong dengan Vitamin C Shaklee aku dalam bilik. Alang-alang tu kau bakar la roti dengan jam unt..."

Jari Aira berhenti menaip. Dia lupa yang sekarang dia hanya seorang diri di ruang tamu. Kiri dan kanan dia pandang, meyakinkan diri semula.

"Ya tak ya... kau kerja," ujarnya perlahan.

Kerana Syah suka menempel dengannya, Aira sering kali gunakan khidmat Syah untuk sediakan sarapan buatnya. Syah pula memang tak banyak cakap, akan terus buat.

Katanya demi bidadari syurga dia, minta apa saja dia tunaikan. Bila Aira ingat semula ayat-ayat poyo Syah, geli-geleman pun ada.

"Minta apa saja ditunaikan konon! Kalau aku minta rumah sebiji tu belum tentu mampu.  Sembang je kasi kencang," bebel Aira sendiri.

Dia berjalan malas menuju ke dapur. Nak atau tak, dia la kena buat sarapan sendiri. Dah hidup sendiri, buatlah sendiri.

"Kakak lapar ke?"

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba saja tercangak muka tanpa perasaan Afiq di dapur. Sudahlah lampu dapur tidak dibukanya. Entah apanya dicari dalam samar-samar.

"Apa hal kau tak buka lampu. Takkan tu pun akak kena bukakan!"

Suis lampu Aira buka sebelum berpaling semula ke arah Afiq. Belum lagi apa-apa, Afiq tarik tangannya merapati meja makan.

"Dalam saji tu ada sarapan akak. Abang buatkan, dia risau akak kebulur," beritahu Afiq senada.

Dia berlalu pergi meninggalkan Aira sendiri temangu-mangu di dapur. Tak ada masa nak jadi peneman makan, dia pun sibuk dengan hafalan nota-nota subjek Sejarah SPM.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now