⚜️ BAB 11

648 85 24
                                    

"SYAH... NAK tanya boleh?"

Aira palingkan wajah ke tepi. Bantal panjang yang menghalang kedudukannya dan Syah, dilorotkan sedikit ke bawah.

Syah yang ralit bermain telefon berhenti, serta-merta telefonnya ditutup lalu dia memusingkan badan menghadap Aira dengan senyuman lebar. Rambut saja dikusutkan sedikit sebelum dia tolak ke belakang juntaian yang menutup mata.

"Apa maksud 1001 tadi?" tanya Aira.

Senyuman Syah mati. Terus dia pusingkan badan membelakangi Aira.

"Syah!"

Bahu Syah Aira tarik, tapi Syah masih dengan kedudukan yang sama. Tak ada benda lain dah kalau tak merajuk!

"Syah tak kuasa la aku nak pujuk kau malam-malam buta ni. Syah..." panggil Aira meleret-leret.

Bahu Syah masih ditariknya.

"Malas la tu nak usaha sendiri. Semua nak orang cakap. Mana sweet kalau abang spoil!"

Aira putarkan biji mata, tanda menyampah.

"Apa tak cukup lagi ke ayat-ayat manis bergula kau selama ni. Setakat spoil benda ni macam celah gigi je tahap sweet dia."

"Okay."

Aira tersenyum kemenangan. Tak sempat pujuk lagi, dah sudi bercerita. Bagus! Tak perlulah dia fikir.

Syah balikkan semula badannya menghadap Aira.

"Dengan satu syarat."

Kening Aira terangkat sedikit. Main syarat-syarat pula ya?

"Hm?"

"Sayang pun kena pusing menghadap abang macam ni. Plus malam ni bantal ni duduk bawah."

Terbeliak mata Aira mendengar syaratnya. Ini bukan setakat mengada, melebih-lebih sudah ni.

"Lah kau, melebih pula. Tak payah la sampai alih bantal!"

Kening Syah berkerut, bibir mula memuncung ke depan. Asal apa yang dia minta aje, mesti ditegah Aira. Bukan dia nak apa-apakan Aira pun kalau bantal itu tiada.

Kalau dia apa-apakan Aira pun, halal kan? Apa hal?

"Ala, bukan apa sangat pun kalau bantal ni ada atau tak ada. Sayang je melebih-lebih."

Aira mendecit kecil. Harap saja dia ni lembab, kalau tidak memang dia tak akan bagi peluang pada Syah.

Bantal yang memisahkan mereka ditolak hingga jatuh ke bawah. Lalu, Aira selesakan pembaringannya menghadap Syah di tepi.

Syah tersenyum puas. Kalau boleh sampai ke telinga, jarang-jaranglah Aira nak lunaskan permintaan dia.

"Tell me, what's the meaning of 1001 roses?" soal Aira.

Pandangan biasa Aira bertentangan dengan sepasang anak mata Syah yang berbulu lebat.

Ya, lebat. Simpan jambang pun lebat, simpan misai pun lebat, bulu mata pun lebat!

"Emm, love?"

Aira tepuk bahu Syah kuat. Buat-buat tak tahu pula dia masa-masa ni.

"Kalau setakat cinta, hampeh sangat! Mesti ada maksud lain, aku ni tak bodoh eh!"

Syah gelak kuat melihat riaksi Aira. Aira kalau marah tak pernah buat dia rasa geram, lawak lagi adalah!

"Okay-okay..."

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now