BAB 41

603 78 21
                                    

DUA minggu sudah berlalu, kehidupan Syah dan Aira semakin membaik. Hari-hari mereka sentiasa ceria dan berwarna-warni. Tidak pernah seharipun Syah lupa memanjatkan rasa syukurnya kepada Ilahi atas kebahagiaan yang dianugerahkan oleh-Nya ini. Sungguh tiada apa lagi yang dipinta melainkan kasih daripada seorang isteri yang lama dia dambakan.

Aira semakin hari semakin manja dan Syah pula setiap hari akan menghadiahkan kata-kata manis cair tahap kritikal buat isterinya. Adakalanya, Aira merajuk dengan Syah bila suaminya itu kuat menyakatnya, adakala juga Syah yang merajuk bila Aira terlalu sibuk memanjakan Aidan. Tak padan dengan tua bangka, dua-dua gedik nak bermaja setiap masa.

Maklumlah, orang baru nak kenal bahagia. Dulu-dulu Aira jual mahal sangat. Kalau awal-awal dia terima Syah, mesti hari-hari bahagia macam dalam syurga.

“Hari cuti pun abang kena pergi kerja ke?” soal Aira perlahan.

Hujung rambutnya dipital dan Syah dijeling sekilas. Syah hanya tersenyum lebar, isterinya dihampiri. Kedua-dua bahu wanita itu dipegang lalu dia mengurangkan jarak di antara mereka sebelum dua tubuh itu bersatu dalam dakapan hangat. Ubun-ubun Aira dicium oleh Syah berkali-kali.

“Abang pergi kejap je. Budak-budak kat kedai tu kacau daun, tak habis-habis telefon abang."

Bibir Aira memuncung panjang. Pinggang Syah dipeluk kemas umpama tidak mahu melepaskan lelaki itu. Sudahlah dia hanya ada cuti dua hari, jumaat dan sabtu. Takkan masa rehat yang sedikit ini perlu digadaikan dengan berjauhan daripada Syah?

Tak mahulah dia! Dia nak terus bersama-sama dengan Syah sebelum mereka kembali sibuk dengan kerja masing-masing.

"Hm..."

"Sayang nak ikut?"

Aira geleng. Malas la pergi ke kedai Syah. Buat penat saja jalan tengah hari buta ni. Kalau sejuk tak apa juga, ni panas.

"Lepastu macam mana ni, sayang?" soal Syah lembut.

Aira kemaskan pelukan dan kepalanya ditenggelamkan di leher Syah. Dia tak mahu langsung berjauhan dengan Syah sekarang. Kalau Syah pergi lama sedikit, mesti dia rasa nak menangis dan meraung.

Maklumlah perempuan, kalau tak complicated tu tak sah. Sikit-sikit nak mengamuk, sikit-sikit nak menangis. Hormon tak stabil tu macam roller-coaster punya railway. Putar sana sini, naik atas lepas tu jatuh bawah, naik balik. Macam itulah mood perempuan, kejap swing, kejap baik dan sekejap nak bermanja sampai tak nak berenggang.

Selamatlah Syah ni seorang yang baik dan penyabar orangnya. Makin Aira buat hal, makin kuat dia melayan kerenah. Kalau Aira melebihi tahap, Syah dera dengan penderitaan 'rindu'. Macam mana tu?

Apa lagi, dia pulaukan Airalah. Kadang-kala, dia berdiam diri seharian sampai Aira mengaku kalah dan tak akan mengulangi lagi kesilapan sama. Kadang kala Syah picit hidung Aira sampai merajuk dan saja tinggalkan isterinya tanpa dipujuk. Rasakan, pandai sangat buat hal.

Walaupun begitu, dengan gurauan dan denda kecil beginilah yang mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu. Syah semakin memahami emosi Aira. Aira pula mencuba sehabis baik dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.

Memang itulah sepatutnya mereka lakukan dari dahulu. Saling memahami, melengkapi dan sama-sama mencuba yang terbaik untuk kebahagian masing-masing.

Tipu kalau Aira tidak menyesal dengan apa yang dia lakukan kepada Syah sebelum ini. Menolak cinta lelaki itu mentah-mentah, menampar sampai Syah merajuk, buat-buat tak layan dengan kemahuan Syah. Ya, dia kesal tapi dalam satu segi dia bersyukur.

Syukur kerana dengan segala perangai tidak matangnya sebelum ini telah membuka mata dia sekarang bahawa Syah adalah lelaki yang tepat buatnya. Syah sabar melayan kerenahnya, Syah setia dengan dirinya, Syah seorang yang terbuka menerima kisah silamnya yang tak seindah orang lain. Tiada apa lagi yang dia pinta melainkan kebahagian Syah dan keluarganya.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now