⚜️ BAB 35

762 89 27
                                    

"ISH, abang! Malulah orang pandang."

Aira kerlingkan mata ke kiri dan kanan. Muka rasa membahang kuat bila nampak ramai sangat orang pandang ke arahnya. Syah kat depan pula buat muka orang tak betul pula masa-masa ni. Gawat!

"Abang..." panggil Aira lagi. Tangan yang berada dalam genggaman Syah, digoncang perlahan.

"Sayang, comelnya merengek..."

Aira pejam mata sambil menggeleng kepala. Geram dengan angau Syah, dia rentap tangannya dari genggaman Syah. Wajah muram Syah dijeling hujung mata sebelum dia mengacah berpaling ke arah lain.

"Sayang..." panggil Syah meleret. Aira buat-buat tidak dengar.

Apa lagi Syah, lanjutlah bibir bawah dia tu memuncung panjang. Dah namanya Syahril, manja dan mengada berpisah tiada.

"Sayang..."

Makin lirih suara Syah. Akhirnya Aira berpaling juga ke arah Syah selepas dia menangkap beberapa pasang mata yang masih statik ke arah mereka.

"Apa lagi, abang?"

"Pilih nak tangan kanan ke kiri?"

Syah tersengih sampai matanya sedikit terkatup. Kedua-dua tangan yang kosong digoyangkan di depan Aira. Aira tebarkan pandangan pada sepasang tangan suaminya dengan rasa yang kosong. Apa aje nak diterujakan? Tangan kosong kut!

"Mana-mana jelah."

"Mana boleh macam tu!" jerit Syah. Bibir dimuncungkan, tanda geram dengan perangai Aira yang acuh tak acuh.

Aira apa lagi, cuaklah. Dah Syah kemain jeritnya. Habis mata orang terarah ke mereka, malu berganda-ganda la dia. Yang tadi punya fasal pun orang tak habis lagi duduk tenung mereka, nak pula bila Syah buat perangai masa ni. Makin la mata pelanggan dan pelayan nak melekat dekat mereka.

"Abang ni, perlahan sikitlah suara. Malu orang pandang tau..."

Aira kerutkan dahi sedikit, tanda geram dan tak selesa. Saja dia muncungkan sedikit bibir dengan riak muka mencuka. Aira pusing badannya ke tepi agar tidak bertentangan dengan kedudukan Syah di hadapan.

Saja kali ini dia gunakan taktik yang biasa Syah guna. Buat-buat merajuk gedik! Nak tengok, kalau turn dia, apa akan Syah buat.

"Sayang merajuk ke?"

Syah tundukkan kepala ke arah Aira, matanya bulat memandang si isteri. Aira pula hanya diam tanpa membalas apa-apa, anak mata dilarikan ke tempat lain. Tak nak bertentang mata dengan Syah langsung.

Sontak bibir Syah koyak dengan senyuman. Lalu lelaki itu bangun berdiri sebelum duduk mencangkung di tepi kerusi Aira. Kedua-dua tangan menyangkut dagu sambil kepala mendongak memandang Aira.

Lihat saja tindak tanduk berani Syah tersebut, serta merta wajah Aira merah. Kali ini memang mata khalayak tak lari daripada melihat gelagat mereka. Tak kurang juga dengan suara sorakan yang menyambung-nyambung.

"Abang! Malu kat oranglah, duduk la balik!"

Aira tutup mukanya dengan kedua-dua tangan. Nak aje dia pulas telinga Syah, kenapa masa ni buat-buat pekak pula?

"Cepat, pilih tangan abang yang mana satu sayang nak?"

"Ish buat apa?"

"Buat pimpin sayang ke syurga."

Serentak bahu lelaki itu ditampar perlahan bila kafe Syah sekarang bergema dengan sorakan dan siulan.

"Pilihlah! Pilihlah!"

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now