SELEPAS subuh berjemaah, Aira dan Syah sambung berbaring di atas katil. Lengan Syah menjadi bantal dan pinggang Syah dirangkul kemas. Aira benamkan wajahnya ke rusuk kiri suaminya sambil mata terpejam.
Penat kelmarin dah hilang, yang tinggal cuma nak bermanja aje. Macam biasalah orang dilamun cinta kan, mesti asyik nak menempel saja.
"Nanti nak sarapan, kita cuba makan dekat kedai hujung resort tu nak? Kawan abang cakap sedap kat situ. Nanti tengah hari baru kita cari kedai lain pula, nak?"
Aira angguk saja. Dia okey aje makan mana-mana asalkan Syah suka. Lagipun lidah dia dengan Syah, rasanya Syah lebih memilih. Maklumlah orang-orang yang bekerja dalam bidang makanan ni memang lain sikit citarasa dia. Berbeza dengan Aira, mana-mana pun okey saja.
Nasib je Syah tak banyak songeh dengan masakan dia walaupun ada hari, Aira masak ala kadar saja. Maklumlah kerja sebagai guru ni bukannya duduk bersahaja. Kena panjat tangga sana sini, pejabat dengan kelas berulang alik. Lain tingkatan lainlah blok sekolah. Lagi mencabar kalau dapat kelas yang tingkat atas. Fuh, penat dia bukan kepalang.
Setelah beberapa jam bersantai, Syah putuskan untuk bersiap dulu. Setelah siap, Syah pandang pada Aira yang masih dalam selimut. Dia menggeleng kecil sebelum tepi katil dihampirinya. Dia labuhkan duduk di situ sambil mata tidak lepas memandang belakang kepala Aira.
Rambut isterinya itu dielus perlahan dan lembut. Makin dia elus, makin tumpah rasa kasihnya pada Aira.
"Sayang..." panggil Syah perlahan.
Aira diam tanpa bicara. Masih mengantuk sebenarnya. Boleh dia tertidur tengah-tengah bersembang dengan Syah lepas subuh tadi.
Ini dah sekali sambung tidur, nak bangun balik memang susahlah.
"Sayang... bangunlah. Abang lapar ni."
Bahu Aira ditepuk perlahan. Perut dia dah berkeroncong sejak tadi lagi. Mana taknya, biasa Syah akan sarapan pukul sembilan pagi, ini dah masuk pukul sepuluh setengah pagi dah.
"Mengantuk..."
Syah senyum tipis.
"Kalau sayang bangun mandi, mesti tak ngantuk."
Aira diam. Sikit pun badan dia tak bergerak. Syah tepuk lagi bahu Aira namun tiada balasan. Dia berfikir sejenak sebelum satu idea nakal muncul.
"Kalau sayang tak nak bangun, abang angkat eh? Kita mandi sama-sama, barulah feeling honeymoon sikit."
Aira tetap diam. Tak termakan dengan ugutan Syah. Macamlah lelaki tu larat nak angkat dia yang sekarang berbadan dua. Aira ukir senyuman tipis. Dia sangat yakin Syah memang tak mampu angkat dia yang sekarang ni berat dah menaik.
Beberapa minit kemudian, Syah diam. Makin melebar senyuman Aira, dia dah agak dah. Takkan larat punya Syah nak angkat dia. Setakat sembang kencang, bolehlah.
Dari kedudukan mengiring, Aira cuba berpusing. Belum sempat dia berpusing lagi, badannya sekarang sudah berada di awangan. Sontak, mata Aira membutang. wajah Syah sangat hampir dengan dia sekarang ni. Dahtu siap sengih-sengih nakal lagi.
Dia ingat kita tak boleh angkatlah dialah tu. Setakat dia sorang, kacang ajelah!
"Eh abang! Apa ni, turunkan baliklah!" pinta Aira sambil leher Syah dirangkulnya kemas. Buatnya jatuh ni, mahu terberanak terus dia dekat resort ni.
"Tak nak."
Muka Syah yang poyo itu membangkitkan rasa geram Aira.
Tak boleh jadi ni, mesti dia ingat dia hebat boleh angkat kita. Ceh!
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...