BULAN ini sudah masuk bulan ke kelima bagi kandungan Aira. Makin lama makin berisi Aira. Dari perut sampai ke muka, semua dah mula nak tembam. Syah pula hari-hari menempel dengan Aira.
Macam biasa, tak ada kerja lain selain bersembang dengan perut Aira. Kadang-kala Aira sekali dia pulaukan, sibuk duduk menempel dengan perut Aira. Sehari kalau tak bersembang dengan bayi dalam kandungan Aira, memang tak sah.
Hari ini pun sama, waktu yang sama, dan tempat yang sama. Di bawah gazebo dengan secawan teh. Syah mesti akan luangkan masa dengan Aira untuk berbual-bual tentang isu semasa atau tentang anaknya.
"Sayang nak tahu satu benda?"
Syah senyum melebar. Bibirnya tak lepas mengucapkan kalimat Alhamdulillah. Aira mengangkat bahu sambil matanya tak lepas dari memandang wajah gembira suaminya.
"Kedai abang buka cawangan baru dekat Terengganu! Alhamdulillah rezeki anak kita," ujar Syah. Terus mata Aira membulat sebelum dia turut sama tersenyum lebar.
Nanti bolehlah bercuti selalu di Terengganu, makan-makan sambil healing tepi pantai. Ceh! Healing sangat, padahal hidup dah bahagia dah pun dengan Abe Syah ni. Saja nak ikut orang, acah-acah healing.
"Abang buka cawangan abang tu dekat mana?"
"Dungun je, yang. Sebab kawan abang tinggal dekat situ. Bolehlah abang suruh dia kerja sana, alang-alang dia sekarang ni pun berniaga online je," balas Syah. Aira sengih sambil menjeling Syah.
"Apa kata kita pergi esok? Lagipun esok dah cuti. Lepas abang habis solat jumaat, kita jalan nak?"
Syah berfikir sejenak. Kalau ikutkan hati, dia memang malas nak bawa kereta jauh buat masa itu. Tapi bila terpandang muka Aira yang penuh berharap tu, kesian pula. Jadi, dia hanya bersetuju saja. Rasanya dia boleh ambil cuti sekejap memandangkan staf dia semua bekerja. Tak ada seorangpun yang minta cuti buat masa sekarang, jadi bolehlah dia bercuti sekejap dalam dua hari.
***
"SAYANG oi! Cepatlah! Awak ni bersiap pakai baju ke jahit baju ni, yang. Lama bebenor."
Syah pandang Aira yang sedang melilit tudungnya. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Ini dah kali ke tiga dia nampak Aira betulkan tudungnya. Bermcam-macam gaya dibuat, semua tak kena. Padahal duduk dalam kereta saja, tapi lama dia. Bukan main!
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Aira siap. Syah apa lagi, berdesup gerak masuk kereta. Dah nak masuk pukul 12 tengah hari sudah, entah pukul berapa pula mereka sampai ke Dungun kalau melayan lambat Aira.
Tapi hakikatnya, dia terpaksa layan juga kerenah Aira. Pantang buat tak layan sekali, 20 kali diungkitnya dalam sehari. Syah tak prihatinlah, Syah sudah tak sayangkan dia dan macam-macam lagi.
Dalam masa empat jam, mereka akhirnya sampai ke Dungun. Boleh tahan lama dan boleh tahan sakit belakang jugalah Syah dibuatnya. Aira lainlah, masuk kereta, dua tiga minit lepastu turunkan seat sebelah dia dan tidur. Tinggal Syah terkebil-kebil seorang diri.
Mayangsari resort menjadi pilihan mereka memandangkan kawasanya yang berhadapan dengan pantai. Aira pun suka, kira okeylah untuk Syah. Asalkan Aira suka, dia terima saja.
***
PETANG itu Syah menunggu Aira di pantai hadapan resort. Tiba-tiba mood dia baik bagi Syah pergi dulu tanpa tunggu dia. Biasanya, Syah memang akan teman Aira bersiap sampai puas hati barulah mereka berjalan beriringan ke mana-mana. Kali ni, dia pula suruh Syah pergi dulu. Katanya nak bersiap lama sikit sebab nak bersolek.
Macam-macam betullah isteri dia ni. Mood macam roller coaster, sekejap baik, sekejap ribut. Mungkin hormon yang tak stabil, atau mungkin ini sisi Aira yang dia tak pernah kenal? Lantaklah, asalkan itu Aira, Syah tak kisah sangat dengan perangai manja gedik dia. Asalkan tak melebihi batas di sisi agama.
Beberapa minit menunggu, Syah jeling ke arah resort mereka yang tak berapa jauh. Lama dia bukan main, dah 15 minit dia duduk dekat bawah pokok rhu. Kelibat Aira tak sampai-sampai. Syah punyalah berbaju putih, tak akanlah Aira tak perasan.
Keluhan terlepas sebelum dia perbetulkan kemeja lengan pendeknya yang melorot ke belakang sedikit. Pintu gerbang resort itu dipandang lagi. Kosong.
"Anak itik anak tupai, mana bidadari ni tak sampai-sampai?"
Syah mengurut dagunya seketika sebelum dia akhirnya mengambil tindakan untuk berjalan pulang ke resort. Bimbang juga kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi kepada Aira.
Beberapa langkah Syah bergerak, namanya dipanggil. Lalu kepalanya berpaling ke arah punca suara sebelum dia terpana seketika. Mata Syah bergerak dari atas hingga bawah lalu naik semula ke atas. Subhanallah, bidadari memang betul-betul wujud.
"Kenapa pandang macam tu? Dah angau ke?"
Syah telan air liur sambil kepala mngangguk. Cantik betul Aira bila berjubah putih digandingkan dengan tudung putih daripada kebiasaanya yang selalu warna hitam. Kali ini solekan Aira juga agak tipis dan lembut, tidak seperti selalu yang agak tebal dengan bibir merah gelap.
"Gatal!"
Muka Syah ditolak sebelum Aira meninggalkan suaminya yang termangu-mangu sendirian. Syah senyum lebar sebelum berlari ke arah Aira. Topi yang menutupi hampir separuh kepala wanita itu diangkat lalu kucupannya berlabuh pada dahi Aira.
"Gatal pun suami sayang juga!"
Aira jeling. Belum sempat mulut dia nak membebel, tangan Aira ditarik oleh Syah. Lepas itu, terus Syah berlari kecil menghampiri pergigian pantai. Tangannya dibasahkan lalu dia merenjis pada muka Aira.
Mata Aira membulat. Main kasar nampak! Mentang-mentanglah orang dah siap cantik. Aira apa lagi, sama naik aje terus dicekup air laut itu dengan tangan lalu di lempar ke arah Syah. Puas hati dia bila nampak separuh muka Syah sudah basah.
"Sayang ni kan... okey, jom lawan!"
Maka mulalah perlawanan mereka. Dari renjis air sehingga ke tolak menolak. Basah kuyup Syah dibuatnya. Aira? Elok aje kering, maklumlah Syah mana boleh main tolak-tolak dia. Orang tengah mengadungkan. Jadi, nak tak nak, di ajelah banyak mengalah dan reda saja dikerjakan Aira.
Petang itu, Pantai Teluk Lipat menjadi saksi momen indah mereka. Hanya tawa senda mereka saja bergema di kawasan pantai itu. Saja Syah pilih kawasan yang jauh daripada orang, boleh mereka main berdua saja.
Dari pukul lima petang sehinggalah waktu menginjak senja. Mereka meluangkan masa sepenuhnya di tepi pantai. Main air, bina istana pasir yang tak serupa istana, bersembang dan menyakat sebelum mereka akhirnya berehat sambil menikmati waktu terbenamnya matahari ke garis ufuk barat.
Kepala Aira direhatkan pada bahu Syah. Penat. Stamina dia sekarang bukan macam dulu lagi. Maklumlah berbadan dua, bawa diri sambil bawa bayi dalam perut. Tetapi, sedikitpun dia tak mengeluh. Setiap kali teringatkan nyawa kedua dalam perutnya, hati dia mesti gembira berbunga-bunga. Tak sabar nak lihat puas-puas wajah anak dia.
Kalau lelaki, mesti kacak macam Syah. Kalau perempuanpun dia nak iras macam Syah juga sikit. Barulah nanti kena tinggal lama-lama, dia tak rindu. Sebab dah ada Syah junior. Memikirkan tentang figura anaknya saja dah buat dia tersenyum lebar. Perut yang sedikit berisi disentuh.
Sedar dengan gelagat Aira, Syah turut sama menyentuh perutnya sebelum bertanya, "Yang, dengar tak bunyi pelik tu?"
Kening Aira berkerut. Dia berpaling memandang wajah Syah dengan riak terpinga-pinga.
"Bunyi pelik apa?"
Mereka diam seketika sebelum kedengaran suara kecil dari perut Syah. Terus meledak tawa Aira dibuatnya. Bunyi pelik konon, padahal bunyi perut dia yang lapar! Nakal sungguh suami dia sorang ni.
"Dah, jom balik bilik. Bersiap solat magrib. Lepas tu kita cari makan, nanti kebulur pula baby dalam perut abang."
Syah sengih tak bersalah sebelum bangun dan berjalan beriringan dengan Aira menuju ke resort semula.
Bersambung...
masih ada yang ingat Abe Syah ke?
14 Apr 2023
02:09 am
Liamysrh
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romansa"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...