BAB 50

236 26 0
                                    


RIZAL pandang wajah Syah sekilas sebelum air kopi di atas meja itu dicicipnya. Padangan ditebarkan pada sekeliling kawasan kafe milik rakannya itu. Lengang. Hanya tinggal beberapa pekerja yang bertugas untuk closing kedai sahaja.

Itu pun mereka berada di bahagian belakang. Yang tinggal di depan kedai ini hanya dia dan Syah. Jam tangannya dikerling, sudah masuk pukul 11 malam. Cukup lewat untuk seorang lelaki yang dah bergelar suami, pulang ke rumah.

Rizal bukan maksudkan dia, tetapi Syah. Entah kena sampuk hantu manalah yang tiba-tiba ajak dia melepak tengah malam macam ni. Syah selama ni tak macam ni, nak-nak pula bila dah bergelar suami. Ada saja kawan ajak melepak, dia mesti akan pulang awal. Alasannya dia tak nak Aira menunggu lama di rumah.

Kami sebagai kawan ni faham sangat dah. Maklumlah, member dah jadi suami orang. Tak akan nak melepak sampai larut malam macam masa bujang. Kesianlah kepada isteri dekat rumah sana.

Tapi yang peliknya, kali ni bukan dia ajak melepak tapi Syah sendiri. Sudahnya, dia diam tak bercakap sepatah haram pun dari tadi. Mujurlah hari ni Rizal cuti, kalau tak mesti dia kena bertugas.

"Kalau setakat nak ajak aku minum kopi, jeling kedai kau atas bawah, pandang muka kau yang macam baru mati bini. Baik aku balik tidur, tak pun melepak dengan Si Leman, tokey burger sebelah rumah mak aku tu," sindir Rizal panjang lebar. Dia memandang wajah Syah dengan pandangan bosan.

Syah lepaskan keluhan kecil sebelum kepalanya mendongak ke arah Rizal. Dari reaksi wajah Syah, Rizal tahu lelaki itu sedang dilanda masalah. Yalah, dah muka bukan main serabut dan sugul lagi tu.

"Bini kau macam mana sekarang? Masih tak sembuh lagi?"

Wajah Syah makin sugul. Dia mengangguk dalam lemah. Rizal lepaskan keluhan kecil sebelum bahu kanan lelaki itu ditepuk, memberi semangat walaupun dia tahu ia tak mampu menyelesaikan masalah Syah.

"Aku panggil kau ke sini sebab aku ada benda nak bincang dengan kau," ujar Syah.

Kening Rizal berkerut sedikit. Namun dia tak terus tanya, lebih baik menunggu tutur bicara Syah saja. Dia malas nak menyampuk, bila perlu saja baru dia akan sampuk.

"Tapi sebelum tu, kau tunggu dulu kat sini. Aku nak pergi panggil budak-budak kat belakag tu."

"Lah, kenapa pula?" soal Rizal.

"Aku nak suruh dia orang balik dulu. Kedai kasi aku tutup je," balas Syah sebelum berlalu pergi.

Entah kenapa, Rizal rasakan sesuatu yang hendak Syah bincang ini adalah perkara yang serius. Cuma dia tak pasti, apa yang bermain dalam benak lelaki itu. Namun, selagi mampu dia akan membantu juga rakannya itu.

Tak akanlah nak tengok muka dia macam mati bini tu sampai bila-bila?

Fuh, dia tak sanggup!

***

"

MAK, buat susah-susah aje sampai hantar makanan kat atas. Aira dah boleh jalanlah," ujar Aira. Halimah senyum sebelum meletakkan makanan itu di tepi Aira.

"Mana ada susah. Kaki Aira tu baru aje sembuh tau, nak-nak pula Aira baru habis pantang. Mak tak naklah Aira jalan banyak sangat, takut sakit ke. Risau mak tau," balas Halimah panjang lebar. Aira senyum tersipu, segan juga dilayan sebaik ini.

Halimah memang baik dengannya. Tatkala Aira bersedih, Halimahlah tempat dia meluahkan rasa. Mana-mana Aira pergi, Halimah yang membantu. Halimah menjaga dia penuh dengan kasih sayang dan kelembutan. Tak sekalipun wanita separuh abad itu merungut di depannya.

Dan itu buatkan dia rasa terhutang budi yang sangat besar kepada Halimah. Dia berjanji, sepulangnya dia ke rumahnya nanti. Dia akan membantu Halimah sekeluarga.

Ali hanya bekerja kampung, jadi tak banyak yang Ali mampu tampung dalam keluarga mereka. Dia baru tahu yang ada ketika mereka sekeluarga terpaksa berlampukan lilin selama sebulan dua bila kerja Ali tergendala.

Kalau nak membasuh baju, mak tak akan basuh menggunakan air paip. Sebaliknya baju-baju kotor yang terkumpul akan dibawanya ke sungai. Basuh di tepi sungai macam orang dulu-dulu.

Ini menyebabkan Aira rasa segan dengan Ali sekeluarga. Terutamanya Halimah, wanita sebaya uminya itu banyak berkorban untuknya.

"Jauh mengelamun, nak. Ni makan cepat, nanti sejuk pula nasi goreng ni."

Mata Aira bersinar-sinar. Nasi goreng?

Halimah tersengih kecil bila terpandang wajah Aira. Dia mengangguk kepala bila mata Aira tertancap ke arahnya.

Aira apa lagi, terus makan nasi goreng tanpa banyak cakap. Dah hampir sebulan lebih dia tak makan masakan berlainan kecuali nasi bubur dan ikan kering. Berpantang cara orang tua kampung. Dia pun baru tahu, orang dulu-dulu berpantang macam ni.

Selalunya dia tengok kawan-kawan dia berpantang rancak kemain. Buah-buahan, sayuran dengan lauk daging lagi. Tapi dia tak minta pula makan daging dengan Halimah. Gila nak minta? Mahu mengamuk Si Ali.

Ali tu bukan boleh kira, mood dia selalu tak okey. Period hari-hari kut. Dengan Aira je mesti bermasam muka, bukannya orang nak rampas mak dia sampai bila-bilapun. Orang pun ada mak sendiri.

Tapi Aira tak berani nak buat hal dengan Ali. Memadangkan lelaki itu sendiri yang akan bawa dia pulang ke rumahnnya nanti. Tak akan nak cari gaduh pula? Buatnya dia tinggal Aira tepi jalan, menangis tak berlagulah jawabnya.

"Suka nampak, sedap sangat ke nasi goreng tu?" soal Ali sambil melabuhkan duduk di depan pintu rumah. Bila terpandangkan topi hitam dan baju kemeja lusuh tersarung pada badannya, Aira sudah dapat mengecam. Mesti dia nak pergi kerja. Ke mana lagi kalau bukan di tempat pembinaan rumah.

Ali memang kerja macam-macam jenis. Katanya selagi ada kudrat, dia akan bekerja demi menanggung mak. Aira boleh kategorikan Ali ni antara lelaki limited edition juga. Sama dengan suami dia cuma level Syah tu tinggi lagi.

"Mestilah suka, mak masak semua rasa sedap," balas Aira.

Setelah selesai memakai kasut, Ali bangun berdiri dan melihat ke arah Aira dan emaknya. Lama dia tenung Aira yang sedang makan sebelum dia tersengih kecil. Rasanya tu kali pertama Ali sengih macam tu, nampak cukup ikhlas di mata Aira. Mungkin dah habis period kut?

Usai makan, Aira bangun berdiri. Dia tak nak susahkan Halimah untuk bawa masuk pinggan dia sebiji. Alang-alang Halimah pun sekarang berada di dapur, bolehlah dia tolong mana patut dekat dapur.

Tiba saja depan pintu dapur, tak sempat Aira menuruni anak tangga. Halimah terlebih dahulu menegah sebelum dia meminta pinggan Aira. Aira pun tak melawan, dia turutkan saja sebelum melabuhkan duduk di tangga itu.

Nak turunpun, Halimah tegah. Jadi duduk sajalah di situ. Tak tolong cuci pinggan, tolong tengok pun okeylah.

"Aira nak tahu tak sapa masak nasi goreng ni?" tanya Halimah. Kening Aira terangkat, lantas dia mengangguk dan membalas pertanyaan Halimah.

"Ali yang masak, sedap kan?"

Membulat mata Aira, tak sangka pula yang memasak itu ialah Ali. Boleh tahan juga rasanya, nak cakap macam taraf hotel itu tidaklah. Standart macam kedai makan tu, ya.

"Kadang-kadang dia akan kerja dekat kedai makan kalau kerja pembinaan tak ada. Maklumlah, kerja sebagai kuli bina rumah orang ni bukan selalu ada kerja. Siap satu rumah, menganggur pula. Jadi untuk isi masa kosong tu, Ali mesti akan kerja sebagai tukang masak dekat kedai makan."

Aira mengangguk faham. Ali memang rajin. Sangat-sangat rajin. Mana lagi nak cari orang macam ni. Dia betul-betul pikul tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Adakalanya, Aira terpegun bila dengar cerita tentang Ali daripada Halimah.

Cuma bila bertentang empat biji mata dengan Si Ali tu mesti rasa kagum tu lesap. Banyaknya geram dan takut. Yalah, asyik moody saja. Tapi dia bersyukur, tanpa Ali entah apalah akan jadi kepada dia sekarang.

Aira bukan setakat terhutang budi dengan Ali dan Halimah, malah berhutang nyawa.

27 May 2023,
11:00 am
Liamysrh

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now