⚜️ BAB 13

609 76 16
                                    

"AYAH! Ayah! Nak main motor besar tu boleh?" soal Aidan.

Hujung baju kemeja Syah ditarik-tarik. Syah senyum lebar, badan Aidan didukungnya.

"Motor tu ke?"

Jari Syah runcing dihala ke arah ATC. Aidan mengangguk kepala sekuat hati. Dari dalam kereta matanya tak lekang melihat ke arah orang yang menunggang motorsikal tersebut.

Diapun ada keinginan nak naik juga. Alang-alang sudah berada di pantai, inilah masanya untuk dia bermain sepuasnya.

"Sayang nak jugak tak?"

Aira kerutkan kening. Kalau diikutkan kemahuan dia, memanglah nak. Tapi yang jadi masalahnya, dia takut menunggang ATC. Memanglah ada empat roda, malah tayarnya juga tebal dan kukuh.

Tapi itu masih gagal menjadi penjamin keselamatan bagi Aira. Nak nak pula dia tak pernah main pun, entah macam mana geraknya pun dia tak tahu.

"Kita naik sekali la bertiga? Lagipun muat je kalau setakat kita tiga orang."

Aira berfikir sejenak. Kalau dia tolak, dia mungkin tak akan dapat naik lagi memandangkan dia memang tak pandai naik. Tapi kalau dia naik, dia terpaksa duduk dekat dengan Syah!

"Ibu... bolehlah bolehlah... kita tiga-tiga naik."

Aidan buat muka comel dan manja. Macam biasa kalau sudah sebab Aidan, Aira memang akan mengalah. Tak ada kekuatan nak melawan anak kesayangannya itu.

Aira akur, Syah tersenyum lebar. Dapat juga dia naik bersama Aira. Dalam hati sudah merancang strategi nakal, makin melebarlah sengihan Syah. Aira di tepi hanya menjeling jengkel. Kalau boleh nak hempuk biar otak kotor berkarat tu suci dan bersih balik.

"Kau kalau fikir bukan-bukan, balik nanti aku sumbat botol clorox dalam mulut. Telan sampai otak dengan tengkorak kepala tu bersih..."

Perlahan Aira memberi amaran. Syah telan air liur, mak aih garunks! Garang-garang pun Syah suka, makin sayang lagi adalah.

Aira terima tanpa rela menaiki ATC yang menempatkan dia di belakang Aidan. Ya, Syah di hadapan, dia penunggang.

"Syah jangan laju sangat, takut Aidan jatuh."

Nama Aidan dipetiknya, walhal dia sebenarnya takut. Aidan yang berada di tengah memang awal-awal dah peluk pinggang Syah kemas. Teruja tak terkira, menjerit-jerit keriangan anak kecil itu.

Belum lagi Aira suruh Syah jalan, Syah memang dah awal-awal pecut motor besar tu. Aira apa lagi, terkejut bukan main. Harap tak tercirit je.

Semestinya bila terkejut akan melibatkan tindakan refleks. Tindakan tak sengaja tapi terpaksa juga buat. Aira terpeluk pinggang Syah dan serentak Syah tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya.

Memang itu pun dia nak sebenarnya. Biar Aira berpaut dengannya, baru ada feeling-feeling isteri peluk suami sikit. Nak tunggu Aira peluk dia? Agaknya tunggu jambang dia sampai ke lutut pula la.

"Syah slow-slow la sikit. Bising tau enjin ni!" laung Aira.

Syah hanya buat tak tahu, makin Aira merungut makin dia buat hal. Kalau tak pecut, dia saja guna jalan yang pasirnya berbonggol sedikit. Supaya ATC itu melompat-lompat, bagi Aira gabra. Lagi dia cuak, lagi kemas pelukan dia.

Kalau Aira nak cop dia gatal ke, nak tampar dia sampai melayang ke Korea Utara ke. Dia tak kisah. Itu kisah berikutnya, kisah sekarang. Dia redah je jalan mana pun asalkan Aira peluk dia!

Selepas puas menaiki ATC, tidak sempat Aira mulakan sesi bertumbuk dengan Syah. Aidan sudah berlari ke arah penjual layang-layang. Nak atau tak, amarahnya kena simpan dulu dalam perut. Muntah balik nanti sampai rumah.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now