"SAYANG, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi."
Syah muncungkan bibir. Mata berkelip-kelip memandang Aira sambil tangan menongkat dagu.
"Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?"
Aira jeling sekilas. Gelas dicapai dan butang mesin air ditekan.
"Tak payah tunggu sayang suap dadah pun..."
Syah saja hentikan ayat. Dia pandang Aira yang tengah teguk air.
Dengan sengihan nakal, dia bangun dari kerusi, berjalan menghampiri belakang Aira dan rapatkan bibir pada telinga Aira.
"Sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang."
Tersedak Aira dibuatnya. Terkejut itu satu fasal. Dah tu, rapat pula muka Syah dengan muka dia.
Dengan sengaja, air dalam gelas, Aira curah pada muka Syah.
"Ops, sorry."
Aira kerutkan kening, buat mata kesian dan suara bersalah. Memang saja pun. Bukan kesian sangat, lebih kepada perli!
Syah ketawa kuat. Bukan dia lembab sangat tak tahu beza yang mana satu betul-betul bersalah dan yang mana satu main-main.
Aira nak minta maaf ikhlas dengan muka bersalah? Mahu demam dia lima hari lima malam.
Malas nak melayan Syah yang tengah sakan ketawakan dia. Aira putuskan tinggal Syah di ruang dapur seorang diri.
Perangai Syah ni memang tak boleh dilayan. Makin melayan, makin naik hantulah Aira.
Silap hari bulan, boleh jadi gila!
Jam pada ruang tamu dikerling. Pukul 5:30.
Tanpa berlengah, Aira bergegas masuk ke dalam bilik.
Baju kurung bercorak bunga biru dan putih dicapai. Selendang hitam disarung.
Usai selesai menilik penampilan diri, dia berjalan laju keluar dari bilik dan menghampiri pintu rumah.
Malang tak berbau. Syah tiba-tiba ada depan dia.
Entah datang dari arah mana datangnya, sekelip mata saja dah terpacak depan mata Aira.
Aira lepaskan keluhan berat. Penat nak melayan perangai Syah yang tak semenggah mana ni.
Adalah tu dengan ayat dia, getus Aira.
"Ya Allah! Allahuakhbar! Subhanallah! Allahu!"
Suara Syah bergema mengujar ayat suci. Dengan mata membulat luas malah tak lepas dari memandang Aira.
Aira menggeleng. Mata menjeling tajam ke arah Syah sebelum dipejam, nenahan rasa amarah.
"Kenapa Abang Syah?"
Ikram yang dari dalam bilik tiba-tiba keluar.
Gila tak keluar? Suara Syah bergema bukan main kuat. Aira yang duduk depan dia bukan setakat meluat, rasa nak pekak pun ada.
"Allahu, abang kacau Ik ke?"
Syah tanya dengan nada bersalah. Aira di hadapannya menjeling tajam.
"Tahu pulak kau suara kuat nak mampus..."
Keras suara Aira mengujar dalam nada perlahan. Cukup hanya dia dan Syah dapat dengar.
"Tak adalah, bang. Ik cuma terkejut dengar suara abang sebut Allahuakhbar. Ik takutlah ada benda buat abang terkejut ke... maklumlah rumah kami ni sebelah sawah je, baik haiwan berbisa atau tak, boleh jadi je masuk dalam pagar rumah ni. Ik bukan apa, Ik cuma bimbang abang tak selesa je..." terang Ikram panjang lebar. Hujung ayatnya hampir tenggelam suara.
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...