⚜️ BAB 39

630 80 22
                                    

"ABANG tak ada bayar abah atau apa-apa untuk kita menikah kan?" soal Aira tiba-tiba.

Syah tersentak, pelukan dilonggarkan sedikit. Wajah samar-samar Aira dipandang. Sekarang mereka telah berada di dalam bilik. Setelah kejadian petang tadi, Aira banyak mendiam dan termenung.

"Sayang nak tuduh abang rasuah ke?"

Aira kemam bibir. Tak ada pula terlintas perbuatan terkeji itu dalam fikirannya.

"Sayang cuma nak kepastian..."

Tipu kalau Syah tak terkesan dengan soalan Aira. Dia tak pernah terfikir nak jadikan Aira sebagai cagaran rasuah atau seangkatannya. Dia ikhlas cintakan Aira dan segala wang yang dihulur kepada bapa mentuanya itu tiadalah sebab lain melainkan hanya ingin membantu.

Dia sendiri sudah ketiadaan ayah setelah sekian lama. Dan Halim tak pernah berlaku kejam dengannya. Syah percaya, berkat titipan doa dan pesanan yang sentiasa mengiringi Halim, tentunya akan mengubah dia suatu masa nanti.

Sedangkan air boleh boleh memecahkan batu yang keras. Walaupun prosesnya memakan masa ribuan tahun. Lambat atau cepat, batu aku tetap akan terluluhawa. Begitulah hati manusia, sekeras apapun hatinya, kalau disiram dengan kasih selembut sentuhan bayu, ikhlas sejernih air di kali. Lambat laun, hati itu akan lentur juga.

"Sayang..."

Syah kemaskan semula pelukannya tadi. Akhir-akhir ini, Syah suka tidur berpelukan dengan Aira.  Aira pun tak menolak memandangkan dia juga selesa berkeadaan begitu.

"Tak elok tidur dalam keadaan marah. Tak elok juga kalau sesuatu masalah, tak diselesaikan dulu sebelum tidur. Abang tak nak sayang tawar hati dengan abang sebab kita kurang berbincang tentang perkara-perkara sensitif macam kes abah ni," jelas Syah.

Dahi Aira dikucupnya lembut dan penuh kasih. Wajah Aira tak dipandang, dia lebih selesa berkedudukan begitu.

"Sayang tak boleh terima abah."

Keadaan sepi buat seketika. Syah tak mahu menyampuk di tengah-tengah bicara Aira. Dia hanya mahu biarkan Aira lepaskan segala rasa yang terbuku di hati wanita itu. Cukuplah dia mendengar dan memberi cadangan penyelesaian untuk masalah ini.

"Abang tak faham, apa yang sayang dah hadapi. Apa yang umi rasa. Apa yang kami sekeluarga kena telan..."

Nada suara Aira mula perlahan dan kendur. Sekatan sebak yang memukul dada menghentikan bicaranya buat beberapa tika. Air liur ditelan berkali-kali dan pinggang Syah didakap erat.

"Kami kena dera fizikal dan mental... dia bunuh adik, dia pukul umi, dia bagi tekanan dekat sayang dan Ikram untuk buat berhabis baik dalam semua perkara. Tapi di akhirnya? Kerja keras kami tak dihargai, dia jadikan kegagalan kami sebagai satu modal untuk dia jadikan lawak dengan keluarga dia. Abang tak tahu, macam mana tok ayah kutuk umi dan dalam beberapa saat masih berani minta-minta duit daripada umi..."

Baju belakang Syah dicengkam kemas. Rasa sebak berganti dengan amarah sekelip mata. Bila dia terkenang sahaja wajah-wajah keluarga sebelah bapanya, amarah Aira pasti akan menyala.

"Mak ngah, ayah ngah, mak su, pak su, mak dik, pak dik dan semualah adik beradik Halim, teruk-teruk kutuk umi sebab apa? Sebab Halim tu burukkan umi depan keluarga dia sedangkan dia tu jantan tak guna!"

Suara Aira meninggi. Gigi dikacing kemas dan rahangnya bergerak-gerak menahan amuk.

"Abang bayar dia bulan-bulan dengan harga seribu untuk apa? Sedangkan kami dibesarkan dengan wang umi! Tak ada satu sen pun jantan tu habiskan untuk kami dari kami kecil sampai kami besar. Jangankan itu, nafkah pun dia tak pernah sediakan untuk umi. Dan paling teruk, dia boleh berseronok dengan janda-janda dekat luar sana walaupun dia masih sah suami umi."

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now