⚜️ BAB 19

593 85 21
                                    

TIGA hari berada di rumah banglo dua tingkat milik keluarga Syah sangat tak dinafikan yang ianya selesa. Tetapi tidak terlalu tenteram bagi pasangan itu setelah pertemuan gambar Syah zaman persekolahan tempoh hari.

Aira ataupun Syah, masing-masing masih tenggelam dengan kemelut sendiri. Tapi Syah, tak akan dicop mulut tebu la kalau dia tak keluarkan ayat manisnya walaupun sekali sehari.

Tetapi Aira masih sama, beku. Kali ini double beku dari biasa. Walaupun dingin, Aira masih hormat tok nek dan Puan Fazida. Segala ilmu masakan kegemaran Syah yang diturunkan oleh mamanya, Aira sematkan dalam dada.

Syah ni tak adalah cerewet sangat. Cuma yang buat Aira lemau untuk belajarnya ialah Syah suka makan pedas. Kontra betul dengan Aira yang tak suka pedas.

Dan satu fakta yang Aira baru tahu ialah Syah suka makan kek. Terutamanya kek coklat. Tak hairanlah uminya laju saja buatkan kek coklat kalau dipinta Syah, rupanya kesukaan anak menantu.

"Aira rasa nak buat kek coklat guna cara Aira sendirilah, mama..."

Mama memang murah dengan senyuman, mendengar saja cadangan Aira itu. Terus melebar bibirnya menguntum senyum sebelum mengangguk setuju.

"Boleh juga. Danial tu kemaruk cinta dengan Aira, kalau Aira buatkan kek kegemaran dia. Mungkin dia tukar selera dari air tangan mama ke air tangan isteri pulak ke?"

Aira senyum tipis. Perkataan kemaruk cinta itu berlegar-legar dalam fikiran.

"Penting untuk suami makan air tangan isteri. Barulah kasih sayang makin erat," sambung Puan Fazida.

Aira hanya balas dengan anggukan. Malas hendak berlengah, terus dia bangun mencari bahan. Dia dibantu juga oleh mama. Tapi kebanyakannya disiapkan oleh Aira sendiri memandangkan Aira berkeras menyuruh mama berehat.

Dari pagi bawa ke petang. Kek coklat sudah selesai terhidang dengan toping coklat ganache lagi. Terkejut juga Aira bila mama suakan coklat ganache, harga agak mahal kut. Kalau nak tunggu dia dan umi beli coklat harga yahudi tu, memang lambat lagilah.

Biasalah, hidup Aira sejak kecil lagi menjadi orang kebanyakan. Biasa-biasa, bak kata orang, rakyat marhaen. Tak kenal coklat mahal-mahal ni, apatah lagi hidup senang-lenang macam anak dato datin. Berbeza pula dengan Syah, kehidupannya mewah.

Selepas tiga hari tinggal di rumah mama Syah ini barulah Aira tahu yang Syah bukan membuka kedai makan kecil-kecilan. Tetapi dia membuka kedai kek yang sangat dikenali di serata Malaysia, Plathora Sweet Cake. Nama pun bagaikan nak rak!

Adik-beradik Syah pun bukan calang orang, ada yang dari ahli bisnes, ada juga yang bekerja sebagai doktor, akauntan dan arkitek. Arwah ayah Syah sendiri dulu pun sudah terkenal dengan pemilikan T's Resort.

Sapa aje tak tahu T's Resort? Resort yang tersohor di dalam Malaysia ni. Mana-mana saja pergi, orang kayangan mesti tempah resort ni.

Tetapi kayangan aje la. Kalau golongan biasa macam Aira, mati hidup semula pun entahkan dapat merasa ke tidak kemewahan resort tersebut.

Adakalanya Aira rasa kerdil. Tipu tak kerdil, kalau jurang sosial mereka kalah langit dengan bumi. Itu pun Aira tahu semua ni selepas tiga hari tinggal di rumah mama. Selama ni Syah tak pernah sekali bercerita soal harta dan lain-lain.

Syah memang bukan orang yang begitu. Nak tunggu dia bagitahu, memang beruban rambut. Jadi, dari mana Aira tahu? Siapa lagi kalau tak adik-adik Syah, Damia dan Syaqil. Atau nama glamour mereka, Mia dan Aqil.

"Mama..."

Jeda seketika. Aira basahkan tekak yang terasa kering.

"Mama... kenal tak kawan Syah masa zaman sekolah menengah dulu?"

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now