BAB 44

728 73 9
                                    

AIRA gigit hujung bibir dengan kening yang berkerut. Suami dia ni biar betul tanya soalan cepumas cekodok masa ni? Dia tak dapat tafsir sama ada Syah sedang bergurau atau memang tak tahu langsung apakah alatan yang dipegangnya sekarang. Dia tak kecewa sekalipun kalau Syah bagi tahu yang dia tidak tahu apakah alatan tersebut cuma pastinya dia agak terkejut kalau Syah tak kenal. Alat paling biasa kut, takkan tak pernah tahu kewujudan ala tu?

"Mama!" Mia memandang wajah mamanya tajam bersilih ganti dengan Syah.

"Abang ni memang anak mama ke? Mama tak ada kutip tepi tong sampah atau mana-mana kan?"

Belum sempat Paun Fazida membalas soalan Mia, telinga Mia sudah terlebih dahulu menerima kepitan ketam jantan dari abangnya. Geram betul Syah bila dengar soalan adik dia tu. Nak aje dia humban Mia dalam longkang, biar habis muka bersolek tu licin kena gesel dengan longkang busuk.

"Asal kau ni! Sakitlah!"

Mia berlari menjauhkan dirinya dari Syah. Belakang Aira menjadi tempatnya berlindung. Sebab dia tahu, kalau dia menyorok dekat-dekat dengan Kak Aira, mesti abang dia berhenti buli. Yalah, dah isteri kesayangan dia pujuk atau pesan jangan gaduh, auto mengalah terus Si Syah ni. Walaupun dia dengan Mia tak pernah sejalan, mesti ada saja salah seorang menyakat atau kenakan masing-masing.

"Menyorok belakang bini aku pula. Nilah hidup orang single, jual mahal tapi muka tak seberapa pun. Orang lain ada tempat berlindung, dia tak ada... mampu menyorok belakang isteri orang aje..." ejek Syah dengan bibir dimonyokkan.

Berapi-api rasanya hati Mia. Kalau boleh nak aje dia layangkan penumbuk padu ke muka Syah. Tapi sedar diri itu pendek, dia terpaksa menukar stategi bagi menyakitkan hati abangnya. Alat di tangan Syah dipandang sebelum dia tersenyum sarkastik.

"Single-single pun aku tahu function alat kat tangan kau tu. Kau? Dah kahwin pun lembap, tak tahu kegunaan alat yang isteri bagi. Dahlah hadiah tu hadiah dari isteri... sia-sia taken tapi otak slow..." balas Mia pada ejekan Syah tadi. Dia tersenyum sinis ke arah Syah yang menahan malu.

"Aku lelaki kan, manalah tahu..."

Rasa tak terlepas kata-kata dari mulut Syah bila nampak muka muram isterinya. Itulah, jadi lelaki sepatutnya kena ambil tahu sikit sebanyak hadiah yang perempuan nak bagi. Ini, tidak. Sumpah dia tak tahu langsung alat apa kat tangan dia. Ada garis dua merah, bermuncung panjang. Dia memang mati-mati fikir tu alat pengukur suhu.

Mia rehatkan kepalanya di atas bahu Aira. Lengan kakak iparnya dipeluk dan dengan bibir yang monyok, dia mula berlakon sedih.

"Kesian Kak Aira dapat suami macam abang. Macam manalah akak nak tinggal dengan orang otak kecil macam dia."

Kening Syah berkerut. Melihat perangai gedik Mia buat hati dia disambar api amarah. Panas-panas saja rasanya, dahlah peluk isteri orang. Dasar tak tahu malu betul adik dia ni. Harap aje perempuan, kalau tak dah lama ajak bertumbuk. Itupun kalau isteri dia bagi chance la nak acah hero sekali-sekala.

"Sayang..."

Syah hampiri Aira lalu badan Mia ditolak ke belakang. Tempat Mia berpaut tadi saja ditepuk-tepuk umpama membuang debu pada baju. Wajah tidak puas hati Mia dijeling sedikit sebelum dia menghadap Aira.

Sepasang tangan isterinya digenggam sebelum diangkat ke arah bibirnya. Tangan wanita itu dihidu buat seketika sebelum dia kucup perlahan-lahan. Lama. Dalam tak sedar, pasangan itu larut dalam dunia khayalan mereka. Hangat bibir Syah menghantar rasa gemersik cinta tulus buat Aira.

"Ehem!"

Saja Ikram berdehem kuat sambil buat-buat batuk. Nak manja manis sikit-sikit bolehlah terima, lama-lama kena masuk bilik sendirilah pula. Dia orang punya tak ingat dunia tu, kalau lempar bom granit pun boleh tak perasan. Maklumlah orang tengah dilamun cinta, gajah dan harimau terbang sampai langit ke tujuh pun, dia orang tetap tengah khayal.

"Aidan, bagi tahu sikit dekat ayah yang alat dia pegang tu apa benda."

Aidan mengangguk medengar arahan Ikram. Dia berlari anak menghampiri Syah lalu mendepakan tangan meminta lelaki itu mendukungnya. Syah yang faham tersengih kecil sebelum anak lelakinya itu diangkat ke dukungannya. Pipi anak itu dikucup manja sebelum dia berbisik pada Aidan, bertanyakan apakah maksud dan kegunaan alat tersebut.

"Apalah ayah ni, buat malu je. Pak ngah cakap alat tu alat ujian mengandung."

Syah terdiam buat seketika. Alat di tangannya dipandang bersilih ganti dengan muka anaknya. Bibir dikemam sambil otaknya mengahdam informasi yang baru dia dapati oleh anaknya.

Dalam beberapa saat, tiba-tiba matanya membulat besar. Rahangnya jatuh ke bawah dan dengan mata yang terbeliak itu, dia menebarkan pandangannya ke arah ahli keluarganya. Tangan Syah menggeletar kecil dengan mata yang sedikit berkaca.

Aira tersenyum lebar melihat reaksi suaminya. Tangan didepangkan, tanda yang dia bersedia menyambut pelukan hangat suaminya. Tanpa kata, Syah meluru menghampiri Aira lalu sebelah tangannya menarik Aira ke dalam dakapannya. Ubun-ubun Aira dan Aidan dikucup bersilih ganti dengan bibir yang tak lekang dengan senyuman dan ucapan syukur ke hadrat-Ilahi.

Tiada apa lagi yang dia pinta selain daripada tuhan menganugerahkan kebahagiaan ini berkekalan sehingga hari tua. Tidak, hingga mereka tiba ke jannah firdaus yang hakiki. Taman syurga yang bakal dia, Aira dan anak-anak mereka idami adalah matlamat akhir buatnya dan keluarga untuk diami.

Sungguh dia berharap supaya Allah tidak merentap rasa bahagia ini. Dia tidak meminta lebih selain daripada mereka. Apa saja lagi yang dia mahukan selain dari kebahagian seorang kekasih hati yang halal dan anggota keluarganya sendiri.

"Ayah janji, ayah akan jadi ayah yang terbaik untuk Aidan dan anak yang sayang kandung ni."

Aira senyum dan menganguk kecil. Pipi suaminya disentuh dan ibu jari wanita itu mengelus pipi Syah penuh lembut dan kasih. Dalam hati dia berharap, biarlah Syah yang menjadi lelaki terakhir yang buat cintai dan tumpahkan taat setia sepenuh hati. Cukup hanya Syah sahaja.

"Abang janji tau, abang kena adil dengan Aidan, baby ni dan sayang sekali?"

Syah kerutkan kening sedikit. Tak sangka pula mak baby pun kena bagi adil kasih sayang dengan anak-anak. Bukan ke kalau mak baby ni, kasih sayang dia lain kira ke? Rasa-rasanya pakej extra special edition kalau Aira seorang. Kalau anak-anak pula, baby special edition. Pelik-pelik sikit versi kasih sayang Syah ni, almaklumlah bila aje syah ni betul. Selalunya ada je yang biul sikit.

"Perangai sayang sekarang ni kan. Kalau sayang jadi sayur, sayang nak tahu tak sayur apa?"

Aira sengih lebar. Dah dapat agak dah kalau Syah buat-buat tanya macam tu. Apa lagi kalau bukan pick-up line bersemut dia tu. Syah kan mulut makan gula, bukan makan saman dia ni. Selamatlah sayang, kalau tak sayang macam dulu. Dah lama jelingan maut dia hadiahkan sebelum kata-kata pujangga Syah tu terlucut keluar dari seulas bibir merah delima suaminya itu.

"Kenapa, sayur apa?"

"Cute-cumber."

01:45 A.M

7 May 2022

Otw buat maggie goreng.

Liamysrh

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now