⚜ BAB 2

1.3K 122 15
                                    

"IBU!"

"Allah!"

Badan Aira didakap kejap oleh satu figura budak lelaki. Kemas pelukannya umpama tidak mahu melepaskan Aira ke mana-mana.

"Aidan, rindunya ibu dekat anak ibu..."

Pipi Aidan dicium kiri dan kanan. Aidan ketawa sehingga terpejam mata.

Setelah tawanya reda, pipi Aira dipegang. Bibirnya mengucup dahi Aira.

Setelah itu, dia padang wajah Aira lama dengan bibir bawah dimuncungkan. Perlahan-lahan dia mengerutkan kening, ada ura-ura hendak menangis.

"Hei, kenapa ni sayang..."

Aidan diangkat ke dukungan. Pipi Aidan digomol lagi.

"Ibu..." panggilnya dalam suara yang getar.

Beberapa minit sahaja, empangan air matanya pecah. Rumah Lindungan Kasih itu bergema dengan tangisan kanak-kanak bermula daripada Aidan sehinggalah ke budak-budak yang lainnya.

"Hei, Aidan sayang. Kenapa ni? Lili, Emir dengan Tania nangis ni kenapa, sayang? Ala... ibu kan dah ada ni... janganlah nangis."

Aira cuba memujuk. Suara tangisan anak-anak angkatnya nyaring, buat dia rasa lirih.

Dia tahu mengapa mereka menangis. Kerana dia sudah lama tidak menziarah.

Aira pernah berjanji, akan sentiasa datang pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama-sama mereka. Tetapi, disebabkan kekangan masa untuk persiapan pernikahannya, dia seringkali bertangguh untuk datang ke Rumah Lindungan Kasih.

"Janganlah nangis semua. Kalau korang nangis, ibu pun nak nangislah!"

Aira tayang muka kasihan. Bibir muncung sedepa.

Tangisan Aidan mula berkurangan. Leher Aira dirangkul kemas untukbeberapa minit sebelum dia kembali menghadap muka Aira.

Wajah kuning langsat Aira dipandang lama. Ciumannya berlabuh pada dahi wanita itu, perlahan-lahan jatuh pada kedua-dua belah pipi ranum Aira.

"Ibu... ibu janji dengan Aidan yang ibu akan selalu datang sini, eh?"

Mata Aidan dipandang dalam. Ada sinar harapan tinggi yang terselindung di baliknya.

"Boleh! Tapi, semua kena berhenti nangis. Kalau tak berhenti nangis, ibu yang nangis. Kalau ibu nangis, ibu nak balik. Nak merajuk!"

Mata Aidan membulat terkejut. Lantas leher jinjang Aira didakap lagi.

"Janganlah ibu..." lirih Aidan.

Segaris senyuman terukir di bibir Aira. Belakang Aidan ditepuk lembut.

Aidan. Satu-satunya anak angkat yang paling disayanginya. Sejak kecil anak itu ditatang penuh dengan kasih sayang.

Tak pernah sekali permintaan Aidan ditolak. Malahan, anak lelaki itu juga bukan suka meminta-minta.

Aidan, anak ibu selamanya... bisik hati kecil Aira.

"YA ALLAH, sayang!"

Aira tersentak. Buka-buka sahaja pintu rumah, terpacak muka penuh risau Syah. Siap dengan menjerit lagi. Mana tak terkejut?

"Apa benda kau nak ni? Kau tak nampak ke aku baru bal-"

Bibir Aira ditutup dengan jari telunjuk Syah. Syah senyum tipis. Bukan tipis, tapi lebih kepada senyum menggoda!

Belum sempat Aira tepis tangan Syah, suaminya itu terlebih dahulu menangkap tangannya lalu dibawa ke dapur.

Aira diam. Kalau cakap pun, mesti hujahnya akan dipatahkan dengan pickup line lapuk daripada Syah!

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now