Shaf berjalan laju melintas jalan untuk pergi kedai makan kegemarannya. Shaf tidak perasan yang ada sebuah kereta yang laju hampir merempuhnya. Qayyum menarik lengan Shaf laju menyebabkan Shaf tertarik ke belakang.
"WOI! BUTA KE?!"Qayyum memeriksa Shaf yang masih merenung kereta yang hampir melanggarnya.
"Kereta yang sama."
"Apa yang sama?"
"Tu kereta yang sama nak langgar aku masa dekat depan office 3 hari lepas." Shaf melanjutkan langkahnya.
"HA?! Kau nak kena langgar?! Kenapa aku tak tahu pun pasal ni?" Qayyum mengekori langkah Shaf.
"Sebab aku ingat masa tu dia nyaris nak terlanggar aku. Tapi harini aku yakin yang hari tu bukan kebetulan tapi dirancang." Shaf memandang Qayyum lama. Dalam fikiran mereka hanya satu nama yang bermain-main iaitu Dato' Khalid.
Qayyum mengekori langkah Shaf yang laju menuju ke keretanya. Ekspresi wajah Shaf ketika itu sudah cukup membuatkan Qayyum mengerti keadaannya ketika itu.
"Orang tua tu memang nak kau matilah."
"Aku dah dapat agak yang orang tua tu akan guna cara macam ni untuk kalahkan aku."
"Dah tu sekarang ni apa plan kau?"
Shaf tersenyum sinis dan mengangkat sebelah keningnya kearah Qayyum, keretanya laju meluncur meninggalkan kawasan yang hampir meragut nyawanya itu. Qayyum hanya tersenyum. Ya. Dia sudah arif dengan maksud senyuman Shaf itu. Sudah penuh rencana di dalam fikirannya.
"Sampai bila kita nak macam ni?" Shaf berhenti melangkah mendengar soalan Daniel yang kedengaran agak dingin di pendengarannya.
"Macam mana? Kita okay je kan?" Shaf mengambil tempat di hadapan Daniel. Matanya tepat menatap ke arah Daniel.
Daniel mengeluh berat. "Saya dah penat dengan semua ni. Awak tak habis-habis dengan kerja awak yang saya sendiri tak faham mana mulanya mana hujungnya. Setiap hari saya rasa yang saya akan hilang isteri saya. Saya dah penat dengan perasaan risau, cemas, was-was ni hampir setiap hari. Awak macam tak pernah anggap saya wujud pun dalam rumah ni. Mood awak yang sekejap okey sekejap tak dengan saya buatkan saya rasa macam orang asing. Sebenarnya siapa saya ni dekat awak Shafiqah?" Suara Daniel mendatar. Tapi apa yang dikatakan cukup untuk difahami oleh Shaf.
Shaf menahan air matanya daripada mengalir. Bibirnya mengukir senyuman. Dia bangun dari duduknya.
"Kalau dah penat, buat apa kita teruskan lagi. Lafaz dan talak terletak di tangan awak Daniel." Shaf melangkah ke anak tangga untuk naik ke atas. Namun suara Daniel telah menghentikan langkahnya.
"Kalau itu yang awak nak. Shaf. Saya lepaskan awak." Daniel mencapai kunci kereta dan pergi meninggalkan Shaf.
Shaf hanya memerhatikan cahaya lampu kereta Daniel meninggalkan kawasan perkarangan rumah mereka. Shaf terduduk di lantai. Kolam air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah jua. Malam itu begitu sunyi dan lama bagi dirinya.
Daniel masuk ke dalam biliknya. Matanya bergenang air mata. Kata-kata yang dilafaz pada Shaf sebentar tadi kekal bermain di fikirannya. Rasa menyesal mula hadir namun apabila teringat kata-kata Shaf. Dirinya mula merasa marah dan bagaikan egonya tercabar.
Pagi itu Daniel dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu yang kuat. Bagai hendak runtuh pintu biliknya. Daniel membuka pintu dan muncul wajah ibunya.
"Apa kamu dah buat Daniel?!"
"Buat apa umi? Dan mana ada buat apa-apa"

ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Romansa"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...