Di kedai makan
Shaf dan Nana hanya berdiam diri sahaja. Azie yang masih tertanya-tanya mengenai lelaki tadi terus bertanya kepada mereka berdua.
"Wei...siapa mamat tadi tu..aku rasa macam aku pernah tengok lah muka dia..tapi aku tak ingat lah dekat mana.." Azie mengetuk-ngetuk kepalanya dengan jari untuk mengingati lelaki tadi.
Shaf dan Nana serentak melihat Azie selepas mendengar kata-kata Azie.
"Hahaha...takkanlah kau pernah tengok dia...dia baru balik sinilah...sebelum ni dia duduk dekat UK.." Nana terus menjawab pertanyaan Azie.
"Haahlah Zie...aku ni yang sepupu dia pun tak pernah jumpa dia...dia baru balik Malaysia lah wei..mustahillah kau pernah jumpe dia.." Azie terus berhenti mengetuk kepalanya dan melihat kearah mereka berdua.
"Oh...ye kee...tapi betul wei...aku rasa macam aku pernah kenal dan pernah rapat dengan dia lah wei." Baru sahaja Nana ingin menjawab pesanan mereka sudah sampai, selepas pelayan pergi. Nana menyambung percakapannya.
"Hahaha....pelanduk dua serupa la beb...biaselah tu...dalam dunia ni kan kita ada 7 orang yang iras dengan kita."
"Ye betul...aku sokong...kancil dua serupalah tu...hahaha...dah-dah jom makan...nanti lambat pulak kita balik..dah lah aku cakap dekat ibu aku balik sebelum pukul 11...sekarang ni dah pukul 10.15.."
"Ai ai captain" jawab Azie dan Nana serentak.
Selesai sahaja makan mereka semua berjalan keluar dari restoran itu.
"Wei korang aku balik dululah...dah lambat ni..okey bye girls...muah..muah...
hahahah" Azie masuk kedalam kereta dan memecut laju keretanya.
"Now..what should we do?" Nana memandang kearah Shaf.
"Hmmm...tak taulah wei...aku tak boleh fikir buat masa ni...otak aku jammed ni...dahlah jom balik.." Shaf berjalan memasuki kereta sambil memicit-micit kepalanya..
"Pieqa...malam ni aku tumpang rumah kau boleh?"
"Boleh sangat...cepatlah sikit bawak kereta Nana...kalau kau bwak kereta macam ni...esok pun belum tentu sampai rumah aku..."
"Iyelah Pieqa..." Nana terus menekan minyak keretanya. Sampai sahaja dirumah Shaf, mereka terus masuk kedalam bilik.
"Morning anak dara..awal bangun." Kak Rossa menyapa Shaf dan Nana.
"Hehehe...Kak Rossa perli je...malam tadi tidur lambat lah kak...tu yang terbangun lambat ni..." Nana terus menarik kerusi disebelah Kak Rossa.
"Wei...tempat aku..."
"Tak ada maknanya tempat kau...kau lambat turun...so akulah duduk sebelah Kak Rossa." Nana menjelir lidah kearah Shaf.
"Ibu...tengok Nana ni bu.." Shaf dah memanggil-manggil ibunya.
"Hahaha...biarlah dia..lagipun kawan kamu juga." Puan Saharah menggeleng kepala melihat gelagat mereka berdua.
Dah macam kembar dah dua orang ni. Sampaikan pernah satu hari tu, rumah mereka membuat kenduri. Semua tetamu yang hadir cakap yang mereka berdua itu kembar sebab muka mereka berdua hampir sama dan mereka sangat rapat. Sampaikan dalam rumah ni ada bilik Nana lagi.
"Dah-dah cepat makan...lepas ni teman Kak Rossa pergi airport ye"
"Okey" Mereka berdua menjawab serentak.
Selesai makan, mereka bertiga bersalaman dengan Puan Saharah dan terus menuju ke destinasi mereka bertiga.
"Hmmm..Pieqa...kau ras tak apa aku rasa.?"
"Rasa apa pula kau ni...manalah aku tahu kau rasa apa...kau rasa apa?"
"Kau tak rasa ke yang sepatutnya harini kita ada hal lain..."
"Hal lain? Hal apa ekk? Sekejap aku ingat...hmm.. Tak adalah pula." Mereka berdua terus diam dan berfikir sendirian. Kak Rossa yang sedari tadi mendengar perbualan mereka terus bersuara.
"Korang ni lah...pelupa kalah orang tua...harini kan kawan kesayangan korang balik sini...korang lupa ke?" Mereka berdua terus memandang kearah Kak Rossa
"OMG...Pieqa...aku lupa gila wei...harini kan Linda balik sini...OMG..tak sabar nak jumpa dia..."
"Haahlah wei...aku ingatkan minggu depan...haduiyai... Agak-agak macam manalah dia sekarang ni."
"Dah-dah tak payah nak berdrama sangatlah..nanti kau jumpe Linda drama lagi...dah lah Linda tu kuat berdrama...heylah..pelik aku dengan korang ni.." Kak Rossa hanya menggeleng kepala melihat mereka berdua.
Sampai sahaja di airport, mereka melihat Linda sudah melambai-lambai kearah mereka.
"Waaaa.....korang...lama gila tak jumpe...rindu gila aku dekat korang." Mereka bertiga terus berpelukan di situ.
"Kan betul aku cakap, berdrama lagi, korang ni memang pelakon drama terbaik betul, drama je kerja, huh...sediyh.."
"Biasalah kiteorang kan..."
Mereka bertiga menjawab serentak.
"Okeylah wei...jom gerak..." Shaf dah menarik bagasi Linda.
"Wait-wait...tunggu kawan aku sekejap eee..." Linda menghalang Shaf dari menarik bagasinya.
"Kawan?!" Shaf dan Nana menjawab serentak.
"Assalamualaikum...hye...ni Pieqa kan.." Tiba-tiba ada suara yang menegur mereka. Shaf hanya melihat pemilik suara itu.
"Okey u alls...kenalkan Afiq...Pieqa menipu kalau kau cakap kau tak kenal..." Linda memperkenalkan Afiq kepada mereka bertiga.
"A...Afiq....tapi bukan ke Afiq dah ma...ma..mati..." Shaf teragak-agak menyebut perkataan itu.
------------------------------------------------------
What?!!.Afiq??...Afiq mane plk ni and sjak biler pulak Afiq mati....nk tau tnggu next bab tau...sorylab kalau cerite ni x best...sye bru belajr...ok...bye2....
ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Romantiek"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...
