"Wait..wait..maksud kau, wife kita semua ni UTK bahagian undercover?" Semua yang mendengar terus menyandar pada kerusi.
"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku Qay..aku pernah nak putuskan hubungan aku dengan Nana sebab benda ni." Muqriz menggelengkan kepala beberapa kali.
"Dah tu prosedur dia bro, semua orang tak boleh tahu pekerjaan kau termasuk ahli keluarga sendiri..sebab tu Shaf kerja dengan Kak Rossa, Nana ambil alih syarikat ayah dia, Azie tolong kakak dia dekat hospital, Ana dengan Linda buka kedai bunga. Itu semua untuk kaburkan mata orang je bro."
"Tapi kenapa dieorang tak kerja ikut kelulusan dieorang je, tu lagi better what?" Shafiq mengangguk mengiyakan kata-kata Muqriz.
"Patutlah dulu arwah Sofea gunakan kau Shafiq, macam senang sangat dipergunakan kau ni" Qayyum menjeling ke arah Shafiq yang sudah tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya.
"Kalau diaorang kerja ikut kelulusan diaorang, kau ingat boleh ke diaorang nak keluar ikut suka hati dieorang?"
"Mestilah tak, nak kena buang kerja ke apa"
"Ya Allah, bijak juga kawan aku ni rupanya." Qayyum bersuara dalam nada memerli.
"Patutlah masa zaman universiti dulu, diaorang punya perangai tak macam budak lain, bercakap dengan sesama sendiri je, lepak pun sesama sendiri je, mana nak bergaul dengan budak lain, aku pun dulu kena ignore macam tu je" Muqriz sudah membuka cerita.
"Kau kena ignore sebab kau yang cari fasal dulu, yang kau pergi main-mainkan perasaan kawan diaorang dah kenapa, padan muka. Nasib baiklah semua dah okay." Taufiq menolak bahu Muqriz.
Hampir dua jam mereka duduk berbual di halaman, bayang buah hati tercinta masih juga belum muncul, mungkin perbincangan mereka masih belum selesai. Selepas satu, satu lagi cerita terbongkar apabila mereka berenam berkumpul. Rahsia yang selama ini disimpan penuh hati-hati oleh buah hati mereka terbongkar. Qayyum sudah menceritakan segalanya yang berkaitan dengan identiti kumpulan yang telah lama tidak disebut oleh mereka. Viral. Perkataan yang biasa disebut tetapi ada keunikkan tersembunyi di dalamnya. Perkataan itu diangkat menjadi nama kumpulan buah hati mereka iaitu VRL sejak di zaman bangku sekolah menengah. Siapa yang tidak kenal ahli kumpulan itu, sebut sahaja namanya, semua akan tersenyum. Kumpulan pelik, itu antara gelaran yang mereka dapat dahulu. Enam perempuan dan seorang lelaki. Mana ada kumpulan yang mempunyai ahli ganjil sebegitu di dalam sekolahnya dahulu, itulah antara punca kumpulan itu dikenali dahulu.
"Maksud kau,diaorang berenam ni dah memang satu kumpulan sejak zaman sekolah? Bukan waktu diaorang jadi UTK? Gila gempak isteri-isteri kita..Hahaha" Shafiq sudah mengilai ketawa.
"Correction, bakal isteri-isteri kita, aku dengan Daniel je yang dah kahwin,korang berempat lambat lagi. Dari tadi aku perhati je budak ni" Shafiq ketawa sambil mengosok-gosok belakang tengkuknya apabila mendengar kata-kata Muqriz.
"Alah,tadi dekat dalam pun Pieqa dah cakap dieorang isteri kita, so tak salah panggil dulu, aku nak biasakan diri" Taufiq bersuara membenarkan kata-kata Shafiq.
"Kalau aku hempuk korang ni, sia-sia je dapat sakit hari ni" Qayyum sudah melihat Shafiq dan Taufiq tidak puas hati.
Daniel hanya berdiam diri dan mendengar sahaja perbualan rakan-rakannya. Tidak mungkin dia akan mencelah kerana dia sudah tahu perkara itu sebelum ini tetapi tidak selengkap yang diceritakan oleh Qayyum. Dia masih memikirkan apa yang telah dia lakukan kepada Shaf suatu ketika dahulu. Dia hampir membunuh orang yang dia sayang disebabkan oleh terpedaya dengan lakonan arwah Sofea dahulu. Sekarang ini dia pasti yang dirinya mencintai Shaf tetapi dia juga pasti yang Shaf masih membenci dirinya. Setiap kesalahan tidak mudah dimaafkan, walaupun beratus kali Shaf memberitahu bahawa dirinya telah memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan oleh Daniel tetapi itu masih belum cukup untuk dia percaya kerana kata-kata boleh diucap tanpa ada makna di dalamnya.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...