Bab 40

382 10 3
                                        

"Assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam."Puan Saharah yang sedang memasak di dapur bergegas ke ruang tamu apabila mendengar suara orang memberi salam. Pintu dibuka dan terus jatuh air matanya tuanya apabila melihat orang yang berdiri di hadapannya.

"Ibu..maafkan Shaf" Shaf terus mendakap Puan Saharah sambil menangis. Daniel yang berdiri di belakangnya sudah tidak dihiraukan.

"Dah-dah..jom masuk..ibu tak sabar nak bercerita panjang dengan anak bongsu ibu ni..Daniel, jom masuk" Puan Saharah menarik tangan Shaf masuk ke dalam rumah. Daniel hanya mengekori dari belakang.

"Sedapnye bau ibu mas-. Eh..Shaf?..is that you?" Iszham yang sedang turun dari tangga terberhenti meneliti wanita yang berdiri membelakangi dirinya.

"Yes..thats me..your 'ex-sister'.." Shaf berpaling menghadap Iszham.

Iszham terus berlari turun dan memeluk Shaf. Air mata lelakinya jatuh dengan laju membasahi bahu Shaf. Shaf hanya kaku tidak berbuat apa-apa. Kata-kata abangnya dahulu masih terdengar-dengar di telinganya.

"Sha, kenapa buat abang cik macam ni? Abang cik tahu abang cik salah, tolong maafkan abang cik. Shaf adalah adik abang cik.You are my sister forever..shtt..shtt" Iszham masih teresak di bahu Shaf.

Dia tidak kesahlah kalau Daniel mahu katakan yang dirinya itu cengeng atau apa, paling penting sekarang ialah adiknya. Dia tidak mahu kehilangan adiknya itu lagi. Cukuplah 2 tahun dia menanggung rasa bersalah kerana adiknya itu pergi, dia tidak mahu rasa bersalah itu menghantui dirinya lagi. Perlahan-lahan tangan Shaf memeluk Iszham dan mengusap-ngusap belakang abang keduanya itu. Ya. Dia sudah lama memaafkan abangnya sewaktu kakinya jejak di bumi Malaysia 2 tahun yang dulu.

"Dah lah abang cik, jangan nak drama sangat, Shaf dah lama maafkan abang cik lah." Shaf meleraikan pelukan abangnya dan mengesat air mata Iszham.

Shaf tersenyum melihat muka Iszham yang merah akibat menangis. Sewaktu dia kecil dahulu dia selalu bertanding siapa yang boleh buat antara mereka berdua menangis dahulu dan sudah semestinya dia yang akan kalah. Tetapi hari ini dia menang kerana Iszham yang menangis bukan dirinya.

"Abang cik dah kalah.." Iszham menayangkan muka blur. Lama sedikit barulah dia tergelak.

"You still remember about that sis?..hahaha..you really my sister" Iszham mengetuk kepala adiknya yang masih berlapik tudung.

"Dah abis berdrama kan, dah jom makan, ibu dah siap hidang dah" Puan Saharah yang sedang menatang air ke meja makan memanggil anak-anaknya yang sedang berdiri.

Semua mata memandang ke arah Puan Saharah. Pelik kerana mereka semua tidak sedar yang Puan Saharah sudah berlalu dan menghidangkan makanan.

"Macam mana nak sedar yang ibu hidang makanan kalau korang duk berdrama dekat situ.." Mereka semua menayangkan senyuman semanis gula kepada Puan Saharah macam Puan Saharah tahu sahaja apa yang bermain di minda mereka.

Shaf berjalan ke meja makan dengan satu persoalan yang bermain di mindanya. Meja makan di ruang makan itu tak akan digunakan kalau kurang dari 5 orang yang ingin menjamu selera. Tetapi kenapa ibunya menghidangkan makanan di meja itu, meja yang boleh menempatkan hampir 20 orang.

"Ibu..kenapa tak makan dekat meja lagi satu?" Shaf bertanya sambil menarik kerusi di hadapan Puan Saharah.

"Meja lagi satu tu kan kecil..mana muat..dah jangan banyak tanya..nanti Shaf tahulah.." Shaf mematikan kata-katanya apabila Puan Saharah berlalu ke dapur.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang