Shaf menghempas tubuh di atas katil, letih sungguh hari itu. Semalam dia tidak pulang ke rumah kerana dipaksa oleh Puan Eva untuk bermalam di rumahnya. Habis sahaja majlis persandingan Nana dan Muqriz, Puan Eva terus menarik Shaf untuk membantunya mengemas di dapur. Shaf menutup rapat kedua-dua belah matanya apabila pintu bilik dikuak dari luar.
"Tidur dah ke?"
"Hmm"
"Abang nak tanya sikit boleh?"
"Apa?"
"Shaf masih tak boleh terima abang ke?"
Shaf terus membuka matanya dan memandang Daniel yang sedang berdiri di hadapannya. Dapat dirasakan ada satu perasaan yang menjalar sebaik anak matanya bertembung dengan anak mata Daniel.
"Kenapa tanya macam tu?"
"Sebab abang dapat rasa yang dekat sini masih bukan milik abang sepenuhnya" Daniel duduk di sebelah Shaf yang sudah bersila di atas katil. Jarinya telunjuknya di tunjukkan tepat ke arah dada Shaf.
"Tak"
"Ha?"
"Shaf dah terima husband dah lama, cuma husband yang tak perasan"
"Tipulah, selama ni Shaf tak pernah tunjuk yang Shaf terima abang pun"
Shaf memandang Daniel lama, Shaf mendekatkan wajahnya dengan wajah Daniel. Daniel masih merenung anak mata Shaf.
"Shaf nak tidur,Shaf penat,night husband" Shaf berbisik lembut di telinga Daniel dan mengucup bibir suaminya sebelum berbaring di atas katil. Daniel masih terpinga-pinga dengan apa yang baru berlaku sebelum satu senyuman terukir di bibirnya.
"Night my queen" Daniel mengucup kedua-dua belah kening dan dahi isterinya sebelum dia juga turut menarik selimut di sebelah isterinya.
Shaf terjaga dari tidurnya apabila merasakan ada cahaya yang memasuki ruang biliknya.
"Pukul berapa dah ni?"
"10 pagi"
"Ha?! 10 pagi? Matilah aku" Shaf bangun dari katil dan terus melompat turun untuk ke bilik mandi.
"Hei hei..nak pergi mana kelam kabut ni..cer sini dulu duduk dengan abang" Daniel menarik Shaf dan didudukkan di atas ribanya.
"Awak ni dah kenapa, saya dah lambat nak pergi jumpa client dari Dubai, saya janji pukul 10:30 pagi tahu tak" Shaf cuba untuk bangun dari atas riba Daniel tetapi hampa kerana Daniel semakin mengeratkan lingkaran tangannya di pinggang Shaf.
"Hahaha"
"Kenapa ketawa?"
"Sayang lupa ke yang temujanji sayang hari ini cancel?"
"Cancel? Bila?"
"Oh ya, semalam Kak Rossa ada call abang, dia cakap yang temujanji hari ini cancel sebab dia urgent, kena pergi Dubai, so yang client tu Kak Rossa jumpa kat sana je nanti"
"Hmm..okay, dah lepas, Shaf nak mandi" Daniel hanya buat tak tahu.
"Wahai kekandaku intan permata, tolong lepaskan adinda boleh? Adinda mahu pergi bersiram" Shaf sudah mengetap giginya apabila melihat Daniel yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia akan melonggarkan lingkaran tangannya.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Lãng mạn"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...