BAB 36

391 19 4
                                        

Bunyi bingit di dalam kelab itu menyesakkan nafas Daniel.Daniel memperluaskan lagi penglihatannya melihat ke sekeliling kelab itu namun orang yang dicarinya masih belum dijumpai.Daniel mengeluh perlahan,memang hari ini bukan harinya untuk berjumpa dengan orang yang dicarinya.Daniel membuka langkah untuk keluar dari kelab itu.

"Daniel..you are Daniel right?"Seseorang menyapa Daniel dari belakang menyebabkan dirinya berhenti melangkah.

Daniel memusingkan badannya perlahan.Bibirnya menguntumkan senyuman kelegaan.Akhirnya,dia jumpa apa yang dicarinya.

"Qayyum..Qayyum kan?"Daniel mendekati lelaki yang menyapanya sebentar tadi.

"Daniel...akhirnya..kau dah pulih..kau dah jumpa diri kau bro..jom ikut aku.."Qayyum menepuk bahu Daniel dan mengajaknya pergi ke suatu tempat.

Daniel hanya mengikuti langkah Qayyum yang semakin melajukan langkah.Daniel memperlahankan langkahnya apabila dia sedar yang dia semakin jauh dari tempat bising itu,dia sudah berada di kawasan belakang kelab itu.Bagai mahu luruh jantungnya apabila telinganya menangkap satu bunyi letupan yang agak dekat dengan dirinya.Terbuntang matanya apabila melihat gerangan yang sedang berdiri sambil mengacukan pistol kearahnya.

"Terkejut?..ke kau takut?..kau mungkin lupa semuanya...tapi aku tahu yang kau tak mungkin lupa tempat ni Daniel."Qayyum mengelilingi Daniel sambil mengacukan pistol kearah Daniel.

Daniel merasakan seperti dirinya pernah ada di dalam situasi ini.Tetapi bila dan dimana dia masih tidak dapat mengingatinya.Daniel memaksa kotak fikirannya untuk mengingati peristiwa ini tetapi semua itu tidak berjaya kerana kepalanya tiba-tiba sahaja terasa sakit.

"Aku benci kau!"

Daniel membuka matanya perlahan apabila mendengar ada suara yang sedang bercakap di hadapannya.

"Aku benci kau!"

Daniel memegang kepalanya yang semakin berdenyut.Jelas terpancar di hadapannya,dirinya dengan dua wanita,seorang dihadapannya dan seorang sebelah dirinya dan perkara yang paling mengejutkan apabila dia menolak wanita yang berada dihadapannya selepas wanita dihadapannya ditampar oleh wanita yang berada di sebelah.Bagai mahu gugur jantungnya apabila wanita yang jatuh itu memalingkan wajahnya.Hanya satu nama yang keluar dari mulutnya iaitu Shaf.
Pemandangan Daniel semakin kabur dan dia sudah tidak sedar akan apa-apa.

Rossa berlari kearah Shaf dan mendakapnya yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

"Alhamdulillah...adik dah sedar...ude rindu sangat dekat adik..I know you are strong.."Rossa mencium kedua belah pipi Shaf dan mengelap pipinya yang sudah lencun akibat air mata.

"Ude..adik ni siapa dalam family kita?"Shaf cuba turun dari katil tetapi sempat ditahan oleh Rossa.

"Kenapa adik tanya macam tu?"Rossa sudah mula tidak senang duduk.

"Selama adik terlantar dekat sini,adik tak pernah dengar suara orang lain selain daripada suara ude..suara ibu pun adik tak dengar..ibu dah benci adik sebab adik gaduh dengan abang cik ke?"Shaf menunduk menahan air matanya yang sudah bertakung di tubir matanya.

"Adik!..kenapa cakap macam tu?...ibu sebenarnya tak tahu yang adik masuk hospital,ude tak nak ibu risau..yang tahu adik masuk hospital ude sorang je.."Rossa mengusap belakang badan adiknya yang sedang menangis.

"Kalau pun ibu tak tahu,tapi abang cik,along dengan angah tahu kan..kenapa dieorang tak lawat adik?...takkanlah dalam masa sebulan adik terlantar,satu hari pun dieorang tak boleh datang melawat?...oh..lupa dieorang kan sibuk...hahaha..argh!"Shaf menekan dadanya yang tiba-tiba sahaja sakit akibat daripada ketawanya yang dibuat-buat sebentar tadi.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang