Shaf terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi penggera yang telah disetkan pada telefonnya.Shaf terus bangun dari katilnya dan menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk untuk solat subuh.Setelah selesai solat subuh,Shaf melihat jam baru menunjukkan ke angka 6 pagi.Shaf mengambil keputusan untuk berjogging pada pagi itu untuk menghilang rasa stress di kepalanya.
Sampai sahaja di taman,Shaf melihat sudah ada beberapa orang yang sudah datang ke taman itu untuk berjogging walaupun baru pukul 6:30 pagi.Shaf mengetatkan tali kasutnya dan memakai earfone sebelum memulakan lariannya. Setelah beberapa pusingan Shaf duduk di tepi tasik taman itu.Shaf mengerling jam ditangannya.'Baru pukul 8'.Shaf kembali merenung air didalam tasik itu.
"Hmm..dalam tasik ni mesti ada ikan...ikan..ikan.. seronoknye jadi kau,kenapa aku tak jadi ikan or haiwan or pokok ke ape...hidup jadi manusia menyusahkan!"Shaf membaling batu sekuat hati kedalam tasik itu.
"Tak baik cakap macam tu.."Shaf menoleh kearah suara yang menegurnya."Huh"Shaf kembali menoleh kearah tasik.Orang itu hanya menggeleng kepala melihat Shaf.
"Boleh akak duduk"Orang itu bertanya pada Shaf.
"Kecik sangat ke tempat ni sampai takde tempat lain nak duduk...Duduklah"Shaf bersuare menyindir.Wanita itu hanya tersenyum memandang Shaf.
"Shaf masih marah dekat akak ke?"Wanita itu bertanya pada Shaf.
"Aku rase kau dah ada jawapan untuk tu"Shaf menguatkan volume earfonenya supaya dia tidak mendengar apa yang wanita itu bicarakan.
"Shaf...please maafkan akak..please lupakan ape yang Shaf nampak sebelum ni dan tolong jangan bagitahu abang cik" Wanita itu sudah merayu pada Shaf.Shaf hanya memandang sekilas dan mencebik.
"Hmm..pelik..macam manelah abang aku boleh jatuh cinta dengan perempuan macam kau ni erk..luar tutup dalam bukak habis"Shaf menyindir wanita itu.Wanita itu mengenggam penumbuk menahan marah.Nak bercakap dengan adik iparnya ini,kena gunakan akal bukan gunakan emosi,kalau gunakan emosi,memang dia balik yang dapat akibatnya.
"Apa maksud Shaf ni..Kak Za tak fahamlah" Wanita itu masih bersuara lembut.
"Huh..tak faham konon,depan family aku punyalah baik,belakang family aku,habis semua jantan kau sapu"Shaf masih dengan mood menyindirnya.Kak Za menarik nafas untuk menahan marah.
"Shaf..Kak Za cakap elok-elok ni..please jangan buat akak marah..akak just nak Shaf rahsiakan apa yang Shaf nampak haritu...just it"Kak Za masih bersuara lembut.
"Huh...aku rase kalau aku nak bagitahu keburukan kau dekat abang aku dengan family aku,dari first time aku tahu pasal kau,aku dah bagitahu,tapi aku tahu,kalau aku bagitahu,kau akan buat abang aku percayakan kau,so..daripada aku bagitahu dan kesudahannya kau still dengan abang aku,lebih baik aku lenyapkan kau je.."Shaf memandang tajam kearah kakak iparnya itu.
"Kau jangan nak ugut aku Shaf...kau tak kenal lagi siapa aku"Kak Za sudah mengeluarkan perangai sebenarnya.
Shaf tersenyum sinis melihat perubahan Kak Za.
"Hmm..aku yang tak kenal kau..atau kau yang tak kenal aku?"Shaf sudah bangun untuk berlalu dari situ.
Semasa dia berjalan untuk berlalu dari taman itu,tangannya direntap kuat kebelakang oleh seseorang.Shaf tersenyum sinis memandang orang yang merentap tangannya.Kak Za cuba menampar muka Shaf.Shaf sempat mengelak dan memegang tangan Shaf.Shaf melihat kiri kanan,mereka berada dikawasan yang sunyi,patutlah dia ni berani nak bergaduh dengan aku.Mereka berdua bergaduh bukan seperti perempuan bergaduh,tapi seperti pergaduhan antara lelaki sama lelaki.Shaf mengangkat sebelah keningnya selepas dia berjaya mematahkan semua serangan yang Kak Za tujukan kepadanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Cinta"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...
