BAB 22

377 9 0
                                    

Daniel menghempaskan badannya diatas sofa ruang tamu rumahnya,kata-kata Shaf sebentar tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya.

"Siapa kau Shaf...apa maksud kata-kata kau tadi"Daniel meletakkan tangannya diatas dahi.

"Termenung apa tu ngah?"Daniel terus melihat kearah orang yang menegurnya.

"Eh Nia...mane ada angah termenung...yang Nia ni kenapa tak tidur lagi?"Daniel mengubah topik perbualan mereka.

Dania mengambil tempat dihujung sofa tempat pembaringan abangnya."Angah jangan nak tipu Nialah...angah tengah fikir pasal Kak Shaf kan..."

"Mane adalah Nia...angah tengah fikir pasal masa depan angah ni..."Daniel masih cuba menukar topik perbualan dengan adiknya.

"Pasal masa depan angah dengan Kak Shaf?"Dania merenung abangnya.

Daniel terus bangun dari pembaringannya dan ingin meninggalkan Dania.
Langkahnya terhenti apabila mendengar kata-kata adiknya.

"Angah memang tak ingat langsung ke apa yang jadi 5 tahun lepas?"Dania melihat sayu kearah abangnya.

"Apa yang jadi 5 tahun lepas?"Daniel memandang adiknya dengan penuh tanda tanya.

"Angah pergi masuk bilik hujung yang berkunci tu...angah akan tahu jawapan dia"Dania terus bangun dan menuju kebiliknya.

Daniel hanya memandang kosong langkah adiknya.Setelah hilang susuk tubuh adiknya,Daniel terus berlari naik mehuju kearah bilik yang dikatakan oleh adiknya.Berdiri sahaja didepan pintu bilik itu,Daniel cuba membuka pintu bilik itu tetapi sia-sia kerana pintu itu berkunci.Daniel memanggil pembantu rumahnya untuk bertanya mengenai kunci bilik itu.

"Mak Jah....."Daniel memanggil pembantu rumahnya.

"Kenapa Daniel..."Mak Jah berdiri dihadapan Daniel.

"Mak Jah...siapa pegang kunci bilik ni?"Daniel bertanya pada Mak Jah yang sudah gelisah dihadapannya.

"Errr...err...rasenya Puan Sri yang pegang..."Mak Jah berkata ragu-ragu.

"Mak Jah...saya tahu bukan umi yang pegang kunci bilik ni...baik Mak Jah cakap je siapa yang pegang."Daniel berkata serius.

"Aaaa...sebenarnya kunci bilik ni Shaf yang pegang"Mak Jah berkata ragu-ragu.

"What?!...macam mane kunci bilik ni boleh ada pada die?!"Daniel mengurut dada.

"Errmmm...Daniel tanya Puan Srilah kalau hal tu,sebab Mak Jah tak tahu sangat tentang bilik ni,Mak Jah turun kedapur dulu lah ye.."Mak Jah terus berpusing dan berjalan meninggalkan Daniel yang masih tercegat di depan pintu bilik itu.

"Kenapa banyak sangat benda yang aku tak tahu ni!"Daniel menumbuk pintu bilik itu dan terus berlalu pergi.

Skip~~~~~

Knock knock knock!

Azie memandang kearah Ana apabila mendengar bunyi ketukan di muka pintu.

"Asal kau tengok aku?"Ana bertanya pada Azie.

"Saja nak tengok muka kau..pergilah buka pintu..."Azie menunjuk kearah pintu.

"Eeh asal aku pulak...kaulah buka..kau dekat kan.."Ana menghiraukan kata-kata Azie.

"Kenapa korang ni...tak dengar ke bunyi orang ketuk pintu tu..pergilah buka.."Syah menegur dari dapur.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now