Shaf bersandar di kepala katilnya. Peristiwa 3 minggu lepas masih segar di dalam ingatannya.
"Arghh!!" Shafiq dengan tiba-tiba mengerang kesakitan sambil memegang tangannya yang memegang pistol. Pistol yang dipegangnya juga sudah terlepas dari tangannya. Shaf melihat terdapat cecair mengalir dari tangan Shafiq dan cecair itu adalah darah.
"Terima kasih sebab kau dah jujur. Memang ini yang aku tunggu keluar dari mulut kau." Syah berjalan ke arah Shafiq dan mengambil pistol yang jatuh itu. Penyenyap pada pistol itu dicabut.
"Nampaknya malam ni kita tengok macam mana pistol makan tuan."
Shafiq tersenyum sinis ke arah Syah.
"Aku kenal kau Syah. Kau tak akan apa-apakan orang yang kau sayang dan kau sayang aku. Hahaha"
Syah tersenyum mendengar kata-kata Shafiq.
"Kau belum kenal aku sepenuhnya. Selain pegawai, aku juga pelakon." Senyuman Shafiq terus mati.
BANG!
"Malangnya kau tak termasuk dalam golongan tu Shafiq."
"Argghh!" Shafiq merenung tajam ke arah Syah. Dia sudah pun terduduk di atas lantai kerana kakinya telah ditembak oleh Syah. Baru sahaja dia cuba untuk bangun, sebelah lagi kakinya juga turut ditembak menyebabkan pergerakannya terkunci.
Ya. Memang dia sudah tahu perkara ini bakal terjadi dan dia juga sengaja menunjukkan kepada Shafiq bahawa dirinya bodoh kerana mencintai Shafiq.
BANG!
"Aku tak sebodoh tu Shafiq. Setiap gerak geri kau aku tahu. Cuma aku nak tengok sejauh mana permainan kau. Tapi nampaknya hari ni kau memang dah tempah tiket dengan aku. R.I.P bro."
BANG!
Kedua belah bahunya masih belum pulih sepenuhnya. Shaf ingin menggerakkan tangannya untuk mencapai fail yang berada di meja tepi katil. Tetapi dengan keadaannya sekarang ini, segala pergerakannya terbatas.
"Nah fail yang sayang nak ambil." Daniel meletakkan fail itu di atas riba Shaf.
Shaf hanya tersenyum dan dengan perlahan dia meneliti setiap helaian di dalam fail itu. Walaupun dia tidak boleh memasuki pejabat tetapi kerja-kerjanya tetap harus disiapkan. Daniel juga telah menawarkan diri untuk menggantikan tempat Shaf tetapi Shaf menolak dengan cara yang baik.
"Sayang tak payahlah semak semua benda ni. Abang boleh buatlah." Daniel mengambil tempat di sisi Shaf. Dia mengambil fail itu dan meletakkan di tepi.Kepalanya di letakkan di atas riba Shaf menggantikan fail itu. Tangan Shaf dibawa perlahan dan diletakkan di atas dadanya.
"Sampai bila sayang nak 'kerja' macam ni?" Daniel memandang tepat ke dalam anak mata Shaf.
"Saya tak boleh berhenti husband. Itu minat saya." Shaf menepuk perlahan pipi kanan Daniel.
"Baiklah. Abang tak akan paksa sayang untuk berhenti tapi lepas ni tolong hati-hati. Abang tak nak sayang sakit macam ni lagi." Daniel menarik hidung Shaf.
Shaf tersenyum melihat Daniel yang sudah terlena di atas ribanya.
"Kita yang sakit. Dia pula yang over manja."
"Abang dengar sayang cakap apa." Daniel menjawab tetapi matanya masih terus dipejamkan.
Shaf hanya tersenyum. Fikirannya menerawang ke arah rakan-rakannya terutama Azie.
ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...
