Shaf berjalan seorang diri untuk pulang ke rumahnya.Shaf memberhentikan langkahnya apabila bahunya ditepuk dari belakang.
"Hello Miss...are you Malaysian?"Shaf hanya diam.Suara itu,suara yang sangat dikenalinya.Shaf mengeraskan badannya.
"Miss...are you okey?"Shaf hanya menghiraukan sahaja orang di bercakap dengannya dan terus berjalan.
"Shaf."Shaf terus memberhentikan langkahnya.Tapi sedikit pun dia tidak memalingkan wajahnya ke belakang.
Daniel menahan rasa sebak sebelum pergi menghampiri Shaf.Dari tadi dia memang sudah dapat mengecam isterinya,tetapi dia bimbang kalau dia tersalah orang dan dia risau kalau benar itu Shaf dia akan tiba-tiba bertindak di luar jangkaan.
"Dah lama abang cari Shaf,maafkan abang..please..ikut abang balik Malaysia..tolong buang rasa benci dan dendam Shaf pada abang..abang dah cukup terseksa..tolong abang akhiri semua ni..abang dah tak boleh nak tanggung seorang diri.."Daniel mencapai kedua-dua belah tangan Shaf dan digenggam kemas.Shaf mengangkat mukanya dan tersenyum memandang Daniel.
"Terima kasih sebab datang..tapi kalau awak datang untuk berbincang dengan saya...bukan di sini tempatnya..datang rumah saya..kita bincang dekat sana..saya rasa saya tak perlu tunjuk di mana rumah saya kan?"Shaf tersenyum sinis dan terus melangkah meninggalkan Daniel.Daniel hanya mampu melihat langkah Shaf pergi dan satu nafas berat dilepaskan.
Shaf menghempaskan badannya di atas sofa.Sudah hampir dua tahun dia berada di negara asing ini tanpa ada sebarang masalah tetapi hari ini ialah hari yang semua masalah akan bermula.Shaf merengus geram apabila loceng di rumahnya berbunyi.
"Assalamualaikum.."Daniel menunduk sedikit.
"Waalaikummussalam..masuklah"Shaf meluaskan sedikit bukaan pintu rumahnya membenarkan Daniel untuk masuk.
"Duduk dulu...saya pergi buat air.."Daniel hanya mengangguk dan duduk di sofa yang disediakan di ruang tamu.Shaf pergi ke dapur sebelum itu matanya masih sempat menjeling ke arah Daniel.
Shaf melepaskan sudu yang ada di tangannya apabila dia merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya.Shaf menggenggam penumbuk menyebabkan orang yang berada di belakangnya melepaskan lingkaran tangannya di pinggang Shaf.
"Maaf..abang tak sengaja.."Daniel beralih ke hadapan Shaf dan menarik kerusi untuk duduk.Shaf hanya memandang tajam kearah Daniel dan menghulurkan air milo panas yang sudah siap dibancuh kepada Daniel.
"Awak rasa dengan cara awak datang sini awak boleh bawa saya balik Malaysia ke?"Shaf tersenyum sinis kearah Daniel.*Sinis memanjang Shaf ni..author sabo jelah..
"Tak...tapi abang tahu yang Shaf akan balik Malaysia dengan cara abang datang sini.."Daniel menghirup air milo yang dihulur Shaf.
"Confidentnya"Shaf tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Very confident..dengan cara Shaf layan abang sekarang ni pun abang dah boleh agak yang Shaf dah tak benci dekat abang..betul tak?"Daniel tersenyum senget.Shaf hanya membuat muka toya.
Shaf menguap dan menutup mulutnya.Sedar tidak sedar sudah sampai waktu untuk dirinya dibuai mimpi.Daniel masih berada di hadapan Shaf di ruang tamu.Di suruh pulang tidak pulang-pulang.Berbincang dengan Daniel seperti berbincang dengan ibunya,ada sahaja perkara yang akan membuatkan dirinya salah. Akhirnya Shaf yang tertidur di atas kerusi.Daniel memberhentikan cakapnya apabila melihat Shaf yang sudah lena dibuai mimpi.
Daniel mengangkat Shaf ke bilik Shaf.Daniel meletakkan Shaf perlahan-lahan di atas katil dan menyelimutkannya.Daniel meneliti ke segenap ruang bilik itu.Matanya terhenti pada satu ruangan dimana terdapat satu lukisan yang agak besar tergantung bersebelahan katil Shaf.Lukisan yang menunjukkan seorang perempuan bertudung yang memakai cap sedang duduk mengemaskan ikatan tali kasut.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Lãng mạn"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...