"Aku ceraikan kau Nurul Aisyah Binti Daim dengan talak satu." Syah hanya memandang kosong ke arah Shafiq. Setitik air mata tidak jatuh dari tubir matanya.
Shafiq berjalan keluar dari mahkamah dengan mamanya. Dia sempat menyuruh agar Syah menunggu sebentar sebelum mereka membawa haluan masing-masing.
"Terima kasih sebab lepaskan saya, walau macam mana pun saya tetap anggap awak kawan saya." Syah memulakan bicara apabila dia merasakan bahawa Shafiq memang tidak akan memulakan bicara.
Shafiq diam dan mukanya dipalingkan ke sisi kanan. Dapat dilihat dari mata Syah ada air mata yang mengalir dari tubir mata lelaki itu.
"Tak perlu berterima kasih, saya punca semua benda ni jadi dan disebabkan itu saya lepaskan awak. Saya tak nak awak terus terseksa dengan saya. Jangan risau, apa sahaja yang saya tahu tentang diri awak, semuanya saya telah lupuskan dari minda saya. Terima kasih kerana sanggup jadi isteri saya walaupun hanya sementara. Saya pergi dulu, Assalammualaikum."
Shafiq terus melangkah meninggalkan Syah.
"Waalaikummussalam.." Syah menghantar pemergian Shafiq dengan pandangan yang kosong. Itu pilihannya, dia harus terima semua itu.
Shaf dan Nana hanya memerhatikan dari jauh perbualan antara Shafiq dengan Syah.
"Tak sangka nasib kawan kita akan jadi macam ni." Nana hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Shaf.
Shaf dan Nana berjalan ke arah kereta apabila mereka melihat Syah sudah berjalan ke arah mereka.
"Dah sampai masanya." Lelaki itu terus melangkah meninggalkan tempat itu dengan penuh senyuman.
Sebulan telah berlalu dan Syah sudah kelihatan semakin ceria. Dalam tempoh masa itu, tiada perkara yang terjadi kepada mereka.
Assalammualaikum, minggu depan hari Sabtu, jemput datang rumah aku, ibu ada buat kenduri.
Shaf menekan butang send pada skrin telefon bimbitnya dan selang beberapa minit, mesej balasan 'okey' daripada rakan-rakannya diterima. Shaf membuka galeri gambarnya dan membuka fail yang penuh dengan gambar dirinya bersama rakan-rakannya. Terukir senyuman di bibir Shaf apabila melihat gambar-gambar dirinya serta sahabatnya suatu ketika dahulu. Riak wajah Shaf berubah apabila dia teringatkan akan Fawas. Hatinya berasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Daniel tidak ada dengannya kerana sibuk menguruskan urusan perniagaan di Bandung bersama Kak Rossa.
PRANG!!
Shaf tersedar dari lamunannya apabila dia menangkap bunyi kaca pecah di tingkat bawah. Shaf menuruni anak tangga dengan perlahan kerana ruangan di tingkat bawah agak gelap.
"Setahu aku, aku buka lampu tadi." Shaf bermonolog seorang diri. Memang sengaja dia hendak bermalam di rumah ini dan dia bercadang hari esok baru dia hendak pergi bermalam di rumah Puan Saharah.
Shaf berjalan ke arah suis lampu dan apabila jarinya mahu menekan suis lampu, kepalanya secara tiba-tiba berasa pening kerana di pukul dengan objek yang keras. Shaf tersedar dari pengsannya apabila mukanya disimbah dengan air.
Shaf membuka matanya perlahan dan matanya terus terbuka luas apabila dia melihat wajah Azie yang pucat dan tidak bermaya berada di hadapannya serta kaki dan tangan Azie juga turut diikat pada kerusi. Shaf cuba menggerakkan kaki dan tangannya tetapi gagal kerana kaki dan tangannya telah pun diikat pada kerusi.
"Azie! Apa dah jadi ni? Azie bangun Zie!" Shaf menjerit memanggil Azie kerana dari tadi sepertinya Azie tidak membuka matanya.
"Pieqa..Aku dah tak kuat.." Azie menjawab panggilan Shaf dengan nada suara yang tidak bermaya.
ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...
