Doktor Farhan dan Doktor Taufiq memandang Azie,Nana dan Linda tajam.Mereka bertiga hanya diam semasa masuk ke dalam bilik Doktor Farhan.Mereka bertiga sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi apabila mereka bertiga diminta oleh Doktor Farhan semasa Doktor Farhan melintasi mereka selepas merawat Syah dan Ana.
Apa malang sangat nasib harini.Hanya itu yang terlintas di fikiran mereka bertiga.7 hari 168 jam,sudah cukup buat hidup mereka berenam huru hara dan yang paling huru hara ialah hidup mereka bertiga kerana terpaksa menghadap semua benda ini.
Azie,Nana dan Linda mengeluh serentak.Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri sebelum mata mereka jatuh pada dua susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan mereka.
"Apa korang dah buat ni?..selamat tak jadi apa-apa dekat Syah dengan Ana tau..korang cakap apa je dengan Ana dengan Syah sampai dieorang boleh separuh nyawa macam tu?"Doktor Taufiq memandang Nana dan Linda meminta kepastian.
Nana menyiku Linda dan Linda mencuit peha Azie.Azie memandang Nana dan Linda silih berganti sebelum satu keluhan terlepas dari mulutnya.Azie memandang ke arah Doktor Taufiq.
"Kiteorang tercakap yang Pieqa ada dekat wad..lepas tu dieorang terkejut..tu yang jadi macam tadi..dah tu je Doktor Taufiqqq..."Azie sengaja meleretkan sebutan Taufiq kerana dia geram.
Doktor ke nak marah-marah macam ni.Universiti mana yang luluskan dia ni?.Serius tak puas hati.Azie menggengam tangannya kuat untuk menahan geram.
"Hmm...apalah korang ni..lain kali kalau nak cakap sesuatu tu fikir dulu..kalau nanti jadi apa-apa kiteorang juga yang jadi mangsa..."Doktor Farhan berkata perlahan sambil matanya merenung Azie.
"Doktor FARHAN ni dah silap ni...kiteorang kan dah cakap yang kiteorang TER-cakap..bukan CAKAP...dua perkataan tu pun susah nak beza ke?..macam mana boleh dapat gelaran doktor kalau benda simple pun tak boleh beza?..speaking macam nak berbelit lidah tapi bahasa sendiri ke laut..tak guna lah kalau belajar tinggi-tinggi tapi bahasa melayu budak darjah lima pun fail.."Azie menghela nafas geram.Dia tidak kisah sama ada apa yang dikatakan sebentar tadi ada kena mengena atau tidak yang paling penting hatinya puas.
"Saya tahu maksud perkataan tu..tak payah nak ajar saya"Doktor Farhan membela diri.
"I don't think so..cara awak bercakap Doktor Farhan..saya tak nampak pun yang awak sebenarnya faham dan berfikir dahulu sebelum awak cakap..betul kan.."Azie tersenyum sinis.
Nana,Linda dan Doktor Taufiq hanya mampu ternganga.Doktor Farhan pula terdiam seribu bahasa.Susahnya kalau bercakap dengan budak debat ni.
Azie yang melihat Doktor Farhan terdiam hanya tersenyum kemenangan.
"Ada apa-apa lagi Doktor Farhan?"Farhan mengangkat mukanya dan menggeleng.
"Doktor Taufiq?"Taufiq juga menggeleng kepala.
Azie tersenyum dan menarik Linda dan Nana supaya beredar dari situ.Sebelum itu,sempat Azie menyapa Doktor Farhan.
"Doktor Farhan ni cousin Daniel kan..mungkin awak tak ingat saya,tapi saya ingat semua orang yang dekat dengan ENEMY saya.."Azie tersenyum ke arah Doktor Farhan kemudian menyambung langkahnya.
Doktor Farhan memandang Azie dengan penuh tanda tanya.Matanya beralih kepada Taufiq.Taufiq hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu apa-apa.Doktor Farhan menggeleng kepala.
Apalah nasib dirinya kena handle pesakit yang ada sahabat scary macam Azie itu.Ini semua angkara Taufiq.Dialah yang meminta tolong untuk merawat pesakitnya.Pada mulanya Farhan perlu merawat Shaf.Tetapi Taufiq meminta tolong dirinya untuk menggantikan tempatnya hari ini untuk memeriksa Syah dan Ana.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...