Selepas habis kelas, Shaf dan rakan-rakannya terus berjalan menuju ke Cafemocca iaitu tempat mereka akan lepak lepas habis kelas. Semasa berjalan, tali kasut terlepasnya dari ikatan. Shaf pun berhenti dan merendahkan posisi badannya untuk membetulkan tali kasutnya yang terbuka, tangannya lincah mengikat tali kasut dan ketika dia hendak berdiri datang susuk tubuh seseorang melanggarnya dari depan.
"WOI! BUTA KE?! jerkah orang yang melanggarnya.
'Eeh dia yang langgar aku, dia pula cakap aku buta' Shaf membebel di dalam hati.
"Amboii, sedapnya mulut kau cakap aku buta, kau yang langgar aku, kau cakap aku yang buta, dahlah tak minta maaf, kita pula yang kena jerkah, hishh." Shaf membela dirinya. Matanya tepat merenung tajam lelaki yang berdiri di hadapannya.
"Yang kau betulkan tali kasut tengah jalan dah kenapa, so kalau aku langgar bukan salah aku, tapi salahhh..." Lelaki itu menudingkan jari tepat ke muka Shaf. Dalam diam,dia meneliti keseluruhan wajah Shaf.
'Cantik tu memang cantik, tapi mak aii, mulut dia boleh tahan, ni first time perempuan boleh renung aku macam ni.' Daniel berbicara di dalam hati.
'Ha sudah. Dah kenapa mamat ni, tengok aku macam tu, hmmm.. Tapi kenapa aku rasa familiar dia muka dia ni, entahlah. Yang penting tak boleh masuk senarai buat suami, budi bahasa hancur.' Shaf menggelengkan kepala.
"WOI! Asal kau tengok aku macam tu?." sergah Shaf. Daniel yang terkejut mendengar sergahan Shaf terus berdehem menutup malu.
"Dah lah, malas aku melayan kau, tepi lah. Aku dah lambat ni, semak je lah kau ni." Shaf terus berlalu meninggalkan Daniel yang masih bingung seorang diri di situ.
"Dia cakap aku semak? Aku yang handsome macam ni dia boleh cakap semak, kalau lagi sekali aku jumpa kau, kau aku punya" Dalam tak sedar Daniel tersenyum.
Daniel dan rakan-rakannya berjalan menuju ke Cafemocca, iaitu salah satu tempat yang dia dan rakan-rakannya selalu melepak. Daniel mengambil tempat duduk yang boleh menampakkan keseluruhan cafe itu. Dalam Daniel sibuk memerhati kawasan cafe itu,matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang rancak berborak dengan 4 orng lagi rakannya. Dalam tak sedar Daniel menguntum senyuman.
Ana kawan kepada Shaf yang perasan seakan ada orang memerhatikan mereka terus menepuk bahu Shaf.
"Wei Pieqa, kau tengok mamat tu, dari tadi dia asyik pandang sini je" Aisyah atau nama gelarannya Syah terus menyampuk.
"Haahlah Pieqa. Macam psyco je aku tengok mamat tu...hish..seramlah aku" Kata Syah sambil membuat muka takut.
"Mana mamat tu, aku tak nampak pun." jawab Shaf sambil matanya melilau mencari gerangan yang disebut oleh rakannya, sedang matanya melilau mencari tiba-tiba matanya bertembung dengan mata seseorang yang baru sahaja die kenal.
'mamat ni lagi..buat semak mata aku jelah'
Daniel bangun dari duduknya secara tiba-tiba dan menuju ke arah Shaf.'Ha sudah...mamat ni nak pergi mana pula tu, asal dia macam nak datang meja aku ni' Shaf terus membuka membuka laptop yang memang sudah berada di sebelahnya dan membuat riak wajah biasa.
Nana yang perasan terus menepuk belakang Shaf yang sedang meneguk air mineral.
"PIEQA!" Serentak suara keempat-empat rakannya menjerit apabila air mineral yang diminumnya tadi sudah habis terkena kawan-kawannya. Shaf hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Bukan salah dirinya, Nana yang menepuk belakangnya, memang habis bersemburlah air yang sedang diminumnya.

YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romantizm"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...