Shaf berdiri di balkoni biliknya sambil merenung sesuatu. Cuaca di luar yang sejuk oleh kerana hujan lebat dan bunyi guruh yang berdentum kuat langsung tidak dihiraukannya. Fikirannya kosong. Terlalu banyak perkara yang bermain di mindanya.
"Are you okey honey?" Shaf memusingkan badannya dan memandang sekilas ke arah Daniel yang sedang bersandar di pintu dan kembali merenung ke hadapan. Daniel berjalan ke sisi Shaf.
"Sayang kenapa ni, abang perasan lepas je kita makan tengahari tadi sayang langsung tak bercakap, abang tanya pun sayang buat tak tahu je, sayang tak ada cerita nak share dengan abang ke?" Daniel masih cuba membuat Shaf bersuara. Shaf hanya menjeling Daniel yang berdiri di sebelahnya.
Sudah memang dirinya kalau dia tidak mahu bercakap, datanglah seribu orang Daniel sekali pun dia memang tak akan bercakap. Bukan dia ego, cuma dia tahu moodnya ketika itu tidak elok, jadi lebih baik dia diam daripada bersuara tetapi menyakiti hati orang lain.
"Sejak bila kau pandai jaga hati orang Shaf? Hahaha"
Shaf menggeleng, betul kata hatinya, selama ini dia memang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain. Kalau tidak, tak akanlah abang-abangnya dan kakak-kakaknya pun takut dengan dirinya, seperti mereka semua itu di bawah penguasaan dirinya.
"Hei! Mengelamun." Daniel memetik jarinya di hadapan muka Shaf yang membuatkan Shaf tersentak.
"Abang bercakap dengan sayang kan ni, sayang boleh mengelamun pula. Dah jom lah masuk, tak elok duduk dekat luar ni lama-lama lagi pun dah malam." Daniel cuba meraih bahu Shaf namun belum sempat tangannya mendarat di bahu isterinya, isterinya sudah laju melangkah masuk ke bilik, Daniel hanya mampu melepaskan keluhan berat.
Shaf melangkah masuk ke dalam Green World. Sudah 7 bulan dia tidak menjejakkan kaki di syarikat itu. Sepanjang 7 bulan syarikat itu hanya diuruskan oleh rakan kongsinya merangkap sahabat baik dan sepupunya.
"Good morning Miss Shaf." Shaf melihat lelaki yang berdiri dihadapannya.
"Madam.. Call me Madam Shaf..I'm already married..Morning, and you are?" Sejak bila pula setiausahanya bertukar jantina ni.
"Owhh, sorry Madam Shaf. I forgot to introduce myself, I'm Firash, your new secretary." Firash menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.
"Okey Firash, so my schedule today?" Shaf merenung setiausaha barunya, dah lima minit tapi masih merenung ke dalam tablet yang berada di tangannya. Kalaulah mata dia itu ada laser, mahu tembus tablet itu.
"Firash, I'm waiting.." Shaf sudah menarik nafas dalam. Tak kanlah hari pertama dia masuk semula ke syarikat itu, dia dihadiahkan dengan setiausaha yang tak pandai nak buat kerja kot.
Firash masih berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia kena menjadi setiausaha 'singa betina' dihadapannya. Bukan dia yang bagi gelaran itu ya. Gelaran itu memang sudah sebati di pendengaran pekerja Green World.
Shaf sudah hilang sabar. Dia bangun dari duduknya dan merampas tablet yang berada di tangan Firash. Matanya mencerlung tajam memandang Firash menyebabkan lelaki itu menunduk takut.
"Dah berapa lama awak jadi secretary?" Shaf bertanya tetapi matanya masih pada tablet di tangannya.
"Ha?" Firash sepertinya baru sedar dari lamunannya.
"Saya tanya, dah berapa lama awak jadi secretary?"
"Ni first time madam."
"Owwh patutlah. Saya akan bagi masa selama sebulan untuk awak belajar jadi secretary saya. For the first task. Saya nak awak inform dekat setiap ketua department, petang ni saya nak buat meeting. Simple right?" Firash hanya mengangguk.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romansa"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...