BAB 3

804 22 0
                                        

Daniel yang baru bercadang untuk mengenakan gadis yang berada didepan terus membatalkan niatnya selepas melihat kejadian tadi. Daniel terus mengambil kerusi dan duduk di meja Shaf dan rakan-rakannya. Daniel mula merasa pelik dengan reaksi wanita-wanita yang sedang duduk di hadapannya. Dia dapat merasakan bahawa tiada seorang pun yang berada di meja itu mengenali dirinya. Daniel melihat jam di tangan, sudah lebih 5 minit dia dduk di meja itu, tapi tiada seorang pun yang menegurnya.

'OMG! Diaorang memang tak kenal aku ke? Aku ASRI HAFIZ DANIEL BIN TAN SRI ISKANDAR kot.' Daniel terus berdehem. Shaf dan rakan-rakannya terus berpaling dan membuat reaksi pelik.

"Sorry?. Ada apa-apa yang kitaorang boleh tolong ke? Sebab kitaorang rasa awak ni salah meja. Kiteorang tak ada pula tunggu sesiapa." Syah bersuara bagi pihak mereka berlima.

"Owhh tak, saya just nak duduk sini sementara tunggu kawan saya, boleh kan? By the way, saya ASRI HAFIZ DANIEL BIN TAN SRI ISKANDAR." Daniel menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi hanya dibalas dengan senyuman dan senyuman sinis sahaja.

'Eeh budak ni, kawan-kawan dia rilex je senyum. Dia boleh senyum sinis dekat aku. Kau tunggulah nanti' Daniel merase tercabar dengan kelakuan Shaf.

"By the way, korang ni... ?" Daniel menggantungkan soalannya untuk memecahkan kesunyian. Azie yang melihat rakan-rakannya yang diam terus mengenalkan rakan-rakannya bermula dari dirinya,Nana,Aisyah,Ana dan akhir sekali Shaf. Daniel yang mendengar terus mengukir senyuman.

'Hmmm..Shafiqah ke nama dia, tak sesuai langsung dengan tuan badan' Daniel tersenyum sendiri.

"Saya panggil awak Shaf je lah Pieqa. Sebab macam lagi okay kalau saya panggil Shaf." Shaf yang sedang minum air terus mengangkat mukenya dan memandang Daniel.

"Tak boleh. Panggilan tu hanya untuk keluarga saya." Shaf masuk tekun melihat laptopnya.

"Not a big deal pun kalau aku panggil kau Shaf, nama je kan. Tak payahlah nak complicated kan benda yang senang." Terus bertukar panggilan Daniel dari 'saya' kepada 'aku'.

"Eeh kau ni, nama aku kan, ikut suka hati akulah, ada juga yang kena cepuk sekejao lagi. Hishh." Shaf menegakkan duduknya dengan kasar.

"Eeh...aku punya mulut,aku punya suara, ikut aku lah nak panggil kau apa, bukannya aku pinjam mulut dengan suara kau pun." Daniel masih dalam keadaan tadi.Slumberrrr..

"Eeh.. Kau ingat kau siapa nak panggil aku Shaf..sepupu? abang? suami?.. Opss.. Perkataan suami tadi tu padam ye dari pendengaran kau, hish." Shaf bangun dari duduknya dengan kasar dan laju sahaja tangannya mengemas barang-barangnya untuk berlalu dari situ.

"Walau macam mana pun, aku tetap akan panggil kau Shaf. Even aku tak masuk termasuk dalam golongan yang kau sebut tadi, aku tetap nak panggil kau Shaf." Daniel bangun dari duduknya untuk berlalu ke mejanya semula.

"Eh sekejap, tapi aku rasa, aku boleh jadi salah satu dari golongan tu." Shaf yang mendengar terus terhenti dari mengemas barangnya dan memandang tepat ke arah Daniel yang sedang tepat merenung dirinya.

Ana yang perasan yang Shaf masih dalam dunianya terus menyergah Shaf.

"Wei Pieqa!!!" Shaf yang tersedar terus berdehem. Ana,Azie,Syah dengan Nana sudah terbahak-bahak ketawa.

"Serious lah Pieqa?. Hahahaha, kau gaduh dengan dia sebab nama je, oh no no, maybe bukan sebab nama but sebab dia terlanggar kau tadi." Syah masih tidak habis geli hatinya melihat Shaf. Belum pernah dia melihat Shaf berperangai kebudak-budakkan seperti tadi.

"Sudah lah gelak tu, aku pun tak tahulah, aku baru je jumpa mamat tu, tapi aku menyampah gila dengan dia, itu yang benda kecil pun boleh jadi gaduh tu. Haishh." Shaf yang merasa bahawa mereka dah terlalu lama melepak disitu terus melihat jam tangannya dan dia ternganga. Shaf menepuk dahinya dan terus bangun dari duduknya.

"Korang, aku gerak dulu tau, aku lupa, aku ada janji dengan Kak Rossa nak teman dia beli barang tadi. Mati lah aku." Shaf terus melangkah keluar dari Cafemocca dan pergi mendapatkan keretanya dan terus memecut laju.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang