Bab 27

353 12 1
                                        

"Arghh!!!"Nana mencampak beg tangannya ke sofa ruang tamunya.

"Fia...Fia kenapa ni?"Puan Eva datang menegur dari dapur.

"Ibu...Nana dah cakap kan...jangan panggil Nana nama tu...Nana tak suka dengarlah..."Nana menarik nafas panjang ketika bercakap dengan ibunya.Dia bimbang jika dia terkasar bahasa dengan ibunya.Bagi dia,ibunya ialah segalanya pada dirinya.

"Tapi itukan nama kamu juga..."Puan Eva duduk sambil memeluk bahu anaknya.

"Nana dah takde nama tulah ibu...tu kan nama anak-anak 'Dato' Syukri je'..."Nana menekan nama Dato' Syukri di hujung ayatnya.

"Dato' Syukri tukan ay...."Belum sempat Puan Eva menghabiskan ayatnya telefon bimbit Nana berbunyi menanda ada panggilan masuk.

"Jap ee bu...Nana nak jawab fon..."Sebaik sahaja Nana mengangkat panggilan telefon itu,Nana terus bangun dan menyalami tangan Puan Eva.

"Nana keluar jap....ada hal...ibu tak payah masak harini...sebab ibu Shaf jemput datang rumah dia malam ni..okey bu..Nana pergi dulu..."Nana tergesa-gesa keluar dari rumahnya untuk pergi ke tempat yang ingin dituju.

"Apa dah jadi ni?"Abang Adam bertanya kepada Nana sebaik sahaja dia sampai.

"Ermm...okey Abang Adam...Nana boleh explain apa yang jadi...tapi Nana just nak Abang Adam je yang ada dalam bilik ni..."Abang Adam memberi isyarat kepada anak buahnya supaya keluar dari bilik itu.

Selepas anak buah Adam meninggalkan bilik itu,Adam terus meminta penjelasan tentang apa yang berlaku dari Nana.

"Okey macam ni Abang Adam...tadi masa Nana kejar Pieqa..."Nana menunduk.

Flashback
"Pieqa...Pieqa...tunggulah kejap...kau nak pergi mana ni...jangan buat gilalah Pieqa..."Nana melajukan langkahnya mengejar Shaf.

Shaf mengendahkan panggilan Nana dan semakin lajukan langkahnya.

"PIEQA!"Nana akhirnya menjerit memanggil Shaf kerana kakinya sudah lenguh untuk terus mengejar Shaf.Shaf memberhentikan langkahnya dan berpaling ke arah Nana.

"Kalau kau nak halang aku...aku rasa kau dah tahu apa jawapan aku.."Shaf memalingkan semula badannya dan menyambung langkah kakinya.

"Pieqa please...jangan sentuh Sofea...pleasee...jangan apa-apakan adik aku..."Nana jatuh terduduk di situ.Ini....ini kali pertama dia mengaku Sofea itu adiknya.Shaf menghentikan langkahnya secara tiba-tiba dan berpaling ke arah Nana.

"Finally...I got the answer for all question..."Shaf memapah Nana supaya bangun.

"Apa maksud kau?"Nana berjalan perlahan mengikuti langakh Shaf.

"Aku selalu tertanya-tanya...first.kenapa kau selalu halang kiteorang setiap kali kiteorang nak kenakan Sofea...second.aku tertanya-tanya kenapa kau asyik backup Sofea kalau dia ada buat salah dengan kite...orang lain maybe tak perasan...tapi tak aku...aku perhatikan setiap gerak-geri kawan-kawan aku...supaya aku tahu siapa kawan dan siapa LAWAN..third.aku terfikir...kenapa masa kes Azie dulu...kau tak join pun kiteorang masa kiteorang pergi 'settlekan' Sofea....and the last thing is...aku sendiri nampak kereta kau keluar dari rumah Dato' Syukri atau lebih tepat rumah ayah kau..."Shaf menekankan perkataan 'lawan' di pertengahan ayatnya.

"Pieqa jangan salah faham...aku takde niat nak tipu korang...aku cuma tak suka kalau orang kenal aku sebagai anak Dato' Syukri dan sebagai kakak kembar Sofea..."Nana melajukan langkahnya mengejar Shaf.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang