BAB 7

602 19 0
                                    

Shaf bangun dari tidurnya dan melihat jam ditepi katilnya

"Hmm...baru pukul 4 pagi..dahaga lah pula" Shaf bangun dari pembaringannya dan terus menuju ke dapur. Selesai mengambil air, Shaf duduk di meja makan sambil meminum airnya. Ruang tamu yang cerah menarik perhatian Shaf.

'Tunggu sampai subuh jelah..alang-alang dah bangun kan, ehh.. Bukan aku dah tutup lampu ke tadi sebelum tidur?.. Biarlah, nantilah aku tutup. "

Daniel yang terbangun dari tidurnya terus turun ke tingkat bawah untuk mencari air, sampai sahaja di dapur dia melihat Shaf tengah duduk di meja makan sambil minum air. Daniel terpana melihat Shaf.

'Cantiknya.." Hanya itu kata yang terkeluar dari mulut Daniel.

Daniel yang tersedar dari lamunannya terus pergi menuju ke dapur untuk mengambil air.
Selepas mengambil air, Daniel menarik kerusi dihadapan Shaf yang menyebabkan Shaf terkejut dan terus tersembur air yang diminumnya. Daniel cepat mengambil tisu dan memberikan kepada Shaf.

"Kau dah kenapa? Nampak aku je macam nampak hantu...btw...asal kau tak tidur lagi ni?" Daniel berkata sambil matanya tidak lepas memandang Shaf.

"Dah memang muka kau macam hantu pun, aku dah tidur dah tadi tapi terbangun, ingatkan dah subuh" Shaf meneguk sisa air di dalam gelasnya. Muka dipalingkan ke arah lain. Malas hendak menatap wajah Daniel barangkali.

'kalau aku pandang muka dia pun..bukannya aku nampak..' Shaf bersuara di dalam hati

Daniel yang memerhati Shaf dari tadi seakan baru perasan sesuatu yang lain pada wajah Shaf.

'Mata dia.. Cantikk.." Wajah Shaf yang tanpa berkaca mata menarik perhatian Daniel untuk terus menatap wajah itu.

Shaf yang sudah habis minum air terus bangun pergi ke singki untuk membasuh gelasnya. Daniel yang baru habis minum terus pergi ke singki dan memberu gelasnya kepada Shaf.

"Weh, tolong basuh gelas aku sekali..aku nak naik ataslah..by the way...cantik rambut kau." Daniel terus berlalu. Shaf yang sedang tercengang terus meraba-raba kepalanya.

"HA!!! Malunya..kenapa aku boleh lupa pakai tudung ni, dahlah lupa pakai tudung, lupa pula tentang mamat sewel tu, patutlah aku rasa ada benda tak kena je tadi.. HAISHH!" Shaf merengus kasar.

Shaf yang turun ke ruang tamu rumah pada pukul 8 pagi, di dalam hati Shaf berdoa agar Daniel sudah pulang ke rumahnya. Sampai sahaja di meja makan Shaf terus duduk disebelah kakaknya.

"Morning ibu..morning ude..morning aunty..morning D..d..da..dah pahal pula dia ni ada lagi.." Shaf terus menarik muka.

'hish mood aku baru nak elok pagi ni..terus jadi tak elok lepas tengok muka dia'

"For your information ye cik Shaf..nama saye Daniel...ASRI DANIEL..bukannya 'dah pahal pula dia ni ada lagi" Daniel tersenyum sinis kepada Shaf.

"Kisah pula aku nama kau apa, and one more thing, don't call me Shaf, call me Pieqa, don't ask, just do." Shaf berkata sambil memegang garpu dan menunjukkan kepada Daniel.

"Do i care, just a nickname, do you have to be this strict?." Daniel sengaja mahu menguji jawapan apa pula kali ini yang akan diberikan oleh Shaf.

"Yes. I'm very strict about my name, because what you call a person, represent who they are and who are you to them, get it?" Shaf terus bangun dan menyalam ibu dan kakaknya dan pergi menyalam ibu kepada Daniel dan terus berlalu pergi. Daniel yang terpinga-pinga turut bangun dan menyalam uminya dan Aunty Saharah. Semasa Daniel pergi ke luar rumah, dia melihat Shaf memecut laju keretanya. Daniel memasuki keretanya dan terus memecut keretanya untuk pergi ke unversiti tempatnya dan Shaf belajar.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now