Rossa merenung dua susuk tubuh yang berdiri di hadapannya.
"Apa korang dah buat dekat adik-adik aku?"Rossa bertanya tanpa sebarang senyuman tercalit pada bibirnya.
Farhan dan Taufiq berpandangan sesama sendiri.Bencana apa pula yang akan melanda mereka berdua kali ni?.
"Maksud Cik Zulian?"Farhan memberanikan diri bertanya semula.
"Korang tanya aku balik?!...tu apa tu?!"Rossa menudingkan jari kearah Azie,Nana dan Linda yang menangis teresak-esak di bangku luar bilik Farhan.
Farhan dan Taufiq melangkah melepasi pintu bilik Farhan dan melihat kearah yang ditunjukkan oleh Rossa.Farhan dan Taufiq berpandangan sesama sendiri apabila melihat keadaan Azie,Nana dan Syah.Farhan merenung Azie yang sedang menekup muka dengan tapak tangan.Azie mengangkat mukanya dan tersenyum sinis kearah Farhan.Farhan berdecik.
"Kiteorang tak buat apa-apa pun Cik Zulian..kiteorang just tegur supaya jangan terkejutkan pesakit"Farhan menjawab yakin.
"Lagi?..apa yang adik-adik aku buat?"Rossa bertanya meminta kepastian.Walaupun tadi dia sudah dengar daripada mulut Azie dan Nana tetapi dia tidak mahulah dengar sebelah pihak.
"Dia dah buat pesakit saya Aisyah dan Surhana sesak nafas sampai tinggal separuh nyawa..bila saya tanya..dieorang hanya cakap yang dieorang tidak sengaja.."Taufiq pula menyampuk dari belakang.
"Can I ask you something doc?"Rossa merenung tajam Doktor Farhan.
Farhan hanya mengangguk membenarkan.
"Dalam sijil kelulusan kau...ada tertulis ke yang kau boleh marah sesuka hati pada pelawat yang melawat pesakit?"Rossa bertanya sinis.
Farhan terdiam mendengar kata-kata Rossa.Taufiq terkesima di sebelah Farhan.
"Kenapa diam Doktor Farhan? Sebab dalam sijil kau tak tertulis pun kan.So,jangan berani nak marah adik-adik aku..lagi sekali benda macam ni jadi..kau tahu apa nasib kau"Rossa berpaling dan berjalan kearah Azie,Nana dan Linda.
"Dah jom pergi tengok Ana dengan Syah"Rossa mengajak Azie,Nana dan Linda supaya beredar dari situ.
Sebaik sahaja bayang mereka berempat hilang,Farhan menyiku Taufiq.
"Selama aku rawat Shafiqah,belum pernah aku jumpa akak dia.Hari ini jumpa terus kena warning.Dato' Zulian tu lagi menakutkan dari apa yang dihebohkan..macam mana orang boleh deal dengan wedding planner macam tu?"Farhan menggelengkan kepala dan memulakan langkah untuk pergi melawat keadaan pesakit-pesakitnya.
Rossa menolak daun pintu bilik Syah dan Ana.Terlihat dihadapannya dua tubuh yang terbaring lemah di atas katil.Perlahan sahaja kakinya melangkah mendekat dua tubuh tersebut.Berdiri sahaja disebelah katil Syah tanpa sedar air matanya mengalir.Rossa berpaling pula pada Ana yang sedang lena.
Rossa berfikir sendiri.Adakah ini balasan?.Matanya masih menatap wajah Ana.Tidak tersangkal olehnya rakan-rakan karib adik kesayangannya yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri akan terlantar di rumah sakit sebegini.Masih terngiang di telinganya gelak ketawa mereka berenam pada minggu lepas.
Rossa mengelap air matanya laju apabila dirasakan ada tangan yang memegang bahunya.Nana menurunkan tangannya perlahan dari bahu Rossa.
"Jom Kak Rossa..kita pergi lawat Pieqa pula.."Azie mengajak Rossa lembut.Walaupun di dalam dirinya masih ada rasa takut dengan Rossa akibat kejadian di pejabat Rossa tempoh hari.
Rossa mengesat airmatanya dengan hujung lengan bajunya bagi mengelak terkesan oleh Azie dan terus melangkah keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan Azie,Nana dan Linda.Kakinya laju sahaja melangkah menuju kearah bilik Shaf.
Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk bilik Shaf.Lagi sekali air matanya jatuh tetapi kali ini lebih deras.Rossa terus pergi mendakap Shaf yang sedang terlantar di katil hospital dengan dipenuhi dengan pelbagai alat bantuan.Sayu hatinya melihat keadaan adiknya sebegini.
Azie,Nana dan Linda yang baru sampai hanya berdiri di hadapan pintu bilik Shaf.Sayup-sayup mereka mendengar suara orang teresak.
"Adikkk...kenapa buat ude macam ni..adik sayang ude kan..adik bangunlah..adik kan selalu cakap yang adik kuat..adik bangunlah..ude rindu nak dengar suara adik..adik tolonglah bangun.."Rossa makin teresak di tepi katil Shaf.
Azie,Nana dan Linda hanya mampu pergi melihat dari luar kerana hanya seorang yang dibenarkan masuk dan mereka bertiga hanya mampu berdiri di hadapan pintu.Belum pernah mereka melihat Kak Rossa air mata Kak Rossa mengalir dan hari ini ialah hari bersejarah bagi mereka bertiga.
Lebih setengah jam Rossa berada di dalam bilik Shaf dan lebih setengah jam juga air mata Rossa dan juga air mata Azie,Nana dan Linda turut mengalir.Kesedihan Rossa merupakan kesedihan mereka,mereka sudah menganggap Rossa itu seperti kakak mereka sendiri.Tiada orang lain yang boleh menggantikan tempat Kak Rossa sekiranya suatu hari nanti Kak Rossa tiada.
"Ya Allah..ude...tolong jangan nangis..adik tak suka dengar ude nangis..adik janji tak buat ude nangis dah lepas ni..ude..berhentilah nangis..adik nak bangun..adik tak nak duduk dekat sini...dekat sini gelap.."Shaf mengalirkan air mata tanpa sedar.
Rossa menatap wajah adik kesayangan lama dan satu kucupan hinggap di dahi adiknya.Rossa terkesima melihat ada air mata yang mengalir dari tubir mata adiknya.Dengan perlahan Rossa mengesat air mata itu dengan jarinya.Dia tahu,adiknya tidak sedar lagi tetapi dia tahu adiknya dengar apa yang dia katakan.Rossa mendekatkan bibirnya ke telinga Shaf.
"Ada orang tengah tunggu adik...adik rehat cukup-cukup sebab nanti adik nak guna tenaga banyak masa jumpa orang tu...adik rehat dulu tau...nanti dah habis rehat...adik bangun ye.."Rossa tersenyum penuh makna dan mengucup lagi dahi adiknya sebelum melangkah keluar dari bilik adiknya.Azie,Nana dan Linda tertunduk melihat senyuman Rossa.Senyuman yang boleh membuatkan orang yang melihat tertunduk ketakutan dan senyuman itu hanya ada pada dua manusia yang bernama Rossazuliana dan Nur Shafiqah.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Storie d'amore"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...