BAB 8

606 21 0
                                    

Sampai sahaja di universitinya. Shaf terus memarkirkan keretanya dan terus keluar dari keretanya dan menuju ke library. Sampai sahaja di perpustakaan, dia melihat Nana dan Azie sudah ada mununggu di dalam perpustakaan. Shaf terus menuju ke tempat duduk mereka dan mengambil tempat di sebelah Nana.

"Awal kau sampai harini, selalu lambat" Nana menegur Shaf yang berada disebelahnya.

"Aahlah Pieqa..awal betul kau sampai harini..selalunya lagi 15 minit kelas nak start baru kau sampai..harini awal betul kau sampai..lagi 1 jam lagi kelas nak start.."Azie meniyakan kata-kata Nana sambil melihat jam di tangannya.

"Ye eeaa lagi 1 jam.." Nana melihat Azie dengan tanda tidak percaya.

"Iyelah, kau tak pakai jam ke Nana..ooo..lupa..kau dari sekolah lagi memang tak pakai jam..it's okay, aku faham.." Azie berkata kepada Nana sambil sebelah tangannya menepuk-nepuk bahu Nana.

"Nana memang...dari dulu lagi memang tak pakai jam, berapa kali dah pesan, macam jam tu berat 10kg" Shaf yang dari tadi diam akhirnya menyelit juga dalam perbualan mereka. Ketawa mereka bertiga akhirnya bergema di dalam perpustakaan itu.

Sedang mereka asyik berborak,sampai lagi 2 orang kawan mereka,siapa lagi kalau bukan Ana dan Shaf. Ana mengambil tempat disebelah Azie dan Syah duduk disebelah Shaf.

"Weh korang..korang tau tak yang nanti kita semua kena gabung dengan budak senior untuk siapkan assigment yang kena hantar masa naik cuti semester nanti, bukan gabunglah lebih kepada kita kena cari senior untuk dijadikan mentor, lebih kurang macam itulah." Shaf dengan Azie terus berkata kepada rakan-rakannya. Shaf dengan Azie siapa tak kenal, dari sekolah menengah lagi memang muka 2 orang itu lah yang menjadi wartawan sekolah tidak bergaji.

"SERIOUSLY??!!" Suara mereka bertiga serentak bergema didalam library itu. Orang di sekeliling sudah memandang kearah mereka berlima.

"Weh aku tau lah korang teruja..tapi takyah lah sampai macam tu..ni library okey..bukan shopping mall.." Azie sudah bengang dengan kawannya yang 3 orang ni,kalau mereka bertiga ini terkejut lain macam sikit jadinya. Kalau dia dengan Shaf yang terkejut lagi lain macam.

"Haahlah korang ni...yang korang macam terkejut sangat ni dah kenapa, kita kena gabung dengan budak senior je...bukan gabung dengan artis or pembunuh bersiri pun sampai korang nak kena terkejut macam ni" Shaf sudah menggeleng kepala dengan reaksi kawan-kawannya.

"Tengkorak kau tak terkejut. Kau nak tahu kenapa kita orang terkejut sangat? "

"Of causelah nak.." Shaf dan Azie menjawab serentak.

"Kalau korang nak tahu...jap...Syah cerita" Syah yang tengah tercengang ni terus tersedar apabila bahunya ditepuk Nana.

"Eeh..Aku pula yang kena. Redha jelah aku dengan kau ni.." Syah dah menggeleng-geleng kepala. Syah memulakan ceritanya.

"Okey macam ni cerita dia, haritu kitaorang pergi lepak bilik Kak Lyn. kitaorang pun tanyalah pasal senior sem ni...kau nak tahu dia cakap apa? Dia cakap, senior sem ni ialah senior book of record kau tahu, diaorang punya tahap kejam...ish3.. MasyaAllah..kau bayangkan.. dulu masa diaorang junior diaorang boleh pergi bergaduh dengan senior sampai senior tu tak berani nak angkat muka dengan diaorang, itu cerita masa diaorang junior, sekarang ni dah jadi senior, korang expect diaorang macam mana? lelaki perempuan sama je...kalau diaorang tak suka budak tu..confirm diaorang akan buat sampai budak yang diaorang tak suka tu lesap dari U ni. Especially senior yang seorang ni, memang hot gila dalam U ni, bukan semua orang boleh dekat dengan dia dan tak semua orang beruntung kalau rapat dengan dia, sebab nanti dia akan buat budak yang baru yang nak masuk geng dia macam hamba abdi..tu untuk budak lelaki yang rapat dengan dia...kalau budak perempuan pula..confirm jadi macam bola kena bagi kat orang tu, bagi kat orang ni, memang selamatlah, sampai orang gelar dia KING OF CROCODILE AND GHOSTtttt" Syah melentukkan kepala diatas meja setelah habis bercerita. Habis air liurnya bercerita.

"Owhh, Syah. Apa nama mamat tu dan kenapa dia dapat gelaran tu? Takkan lah sebab tu je orang gelar dia macam tu, mesti sebab dia playboy kan.. Kak Lyn tak cerita ke?" Azie bertanya kepada Syah. Syah yang baru sahaja ingin menutup mata terus menegakkan badannya.

"Ha?..hmm...nama dia...hmmm...nama dia...apa ekk...AS..AS..AS..ha..ASRI HAFIZ DANIEL BIN TAN SRI ISKANDAR, and yes, dia dapat gelaran tu sebab dia tu buaya darat a.k.a playboy and then sebab perangai dia macam setan." Shaf yang mendengar dah tercengang.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now