Bab 38

335 11 6
                                    

"Shaf hilang?!"Kelam kabut keluarga Shaf dan Daniel apabila mendapat berita bahawa Shaf telah hilang.

Daniel hanya mampu mengalirkan air mata.Sekarang barulah dia faham maksud kata-kata Shaf sebentar tadi.Daniel teringat akan surat yang ditinggalkan oleh Shaf sebelum dia pergi.

Dah lama saya tunggu saat ni,saat semua dendam terbalas.Awak kena rasa bersyukur sebab saya tak balas dendam macam dekat dalam novel..yelah..balas dengan cara MEMBUNUH.Tapi awak jangan risau..saya ni jenis tak suka balas dendam dengan cara yang tak MENYEKSAKAN.Sewaktu awak baca surat ni,apa perasaan awak?..saya rasa perasaan tu sama macam apa yang pernah awak buat dekat saya dulu..malu?sedih?kecewa?..itu semua saya dah rasa..dan sekarang saya bagi awak pula rasa.Saya nak mengaku yang dulu Asri Hafiz Daniel bin Tan Sri Iskandar ialah orang yang paling saya sayang.Tapi sekarang Asri Hafiz Daniel ialah orang yang paling saya benci.Just nak bagitahu,cari saya bila awak dah ada semua jawapan bagi persoalan yang ada dalam minda awak selepas awak selesaikan semua urusan awak dengan orang yang rapat dengan saya.

-ASRI HAFIZ DANIEL-

Daniel terus bangun dan mencari Kak Rossa.Dia sudah faham dengan ayat yang ditulis oleh Shaf.Mata Daniel menangkap susuk tubuh Kak Rossa yang sedang berbual dengan seseorang di sebalik pokok.

"Kak Rossa"Rossa berpaling kearah suara yang memanggil dirinya dan lelaki dihadapan Rossa turut melihat kearah yang sama.

"Tolong bagitahu Daniel yang akak tahu dekat mana Shaf sekarang...please akak.."Rossa memandang Daniel dan tersenyum.

"Dam..give him the second clue"Adam yang berdiri di hadapan Rossa tersenyum.

"Qayyum..fine him to get the next clue"Adam dan Rossa sudah melangkah ingin meninggalkan Daniel.

"Game yang kau cipta dulu dah nak sampai ke penghujung..tak sangka pula yang Shaf akan kuasai game yang kau cipta..tak sabar nak tunggu siapa yang menang..tamatkan cepat game ni sebelum terlambat.."Rossa bersuara tegas sebelum terus pergi meninggalkan Daniel.

"Nana..Riz dah penat...boleh tak berehat kejap je.."Muqriz menayang muka kasihan.

"Berehat?..Keluar peluh pun tak lagi dah nak berehat..lembik betullah.."Nana menggeleng kepala.

Macam mahu jatuh rahang Muqriz mendengar kata-kata Nana.

"Tak berpeluh?!..Nana..kita dah lari 5 pusingan tahu tak..Nana ni alien ke manusia..Riz ni dah sampai boleh mandi dah guna air peluh ni.."Nana yang mendengar mencebik.

"Ala..tengok Azie dengan Qayyum tu..relax je..Dulu masa berlajar dengan Pak Ngah lagi teruk.Seorang tak cukup 10 pusingan,habis semua kena lari balik..Tapi yang paling best setiap bulan kiteorang akan pergi camping dalam hutan..Wuuhhuu...rindu zaman tu"Nana tersenyum apabila mengimbau kembali kenangan mereka bertujuh.Tapi tidak bagi Muqriz yang bagaikan mahu tercabut rahang mendengar cerita Nana.

"Kiteorang 6 orang dah anggap Pieqa tu macam kakak kiteorang sendiri walaupun saya dengan Ana yang lahir dulu dari dia."Azie bercerita sambil berlari perlahan.Qayyum disebelah hanya memasang telinga mendengar cerita Azie.

"Tapi perkara yang saya tak boleh lupa sampai sekarang ialah masa saya dan 5 orang kawan saya kena paksa dengan Pieqa belajar seni mempertahankan diri..masa tu kiteorang semua okey je..tapi bila dah mula belajar..macam mahu putus nyawa rasa nak habiskan belajar..hahaha"Azie ketawa sendiri mengingat kenangan mereka bertujuh.

Qayyum mengerutkan dahinya seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Kiteorang ada 7 orang seorang lelaki..tapi yang lelaki tu sekarang dekat oversea..biasalah orang nak jadi doktor.."Qayyum tersenyum apabila Azie menjawab persoalan yang belum sempat ditanya sebentar tadi.

"Ooo..untungnya ada kawan macam tu.."Nana memandang kearah Muqriz yang sudah mula berdiri untuk berlari.

"Apa cerita sepupu awak tu?"Nana bertanya malas.

"Hmm...entahlah...dah nak dekat dua tahun dah Pieqa hilangkan diri..tapi satu clue pun tak dapat lagi tentang dekat mana Pieqa sekarang..minta-minta ni tahun terakhirlah.."Muqriz menjawab dengan satu keluhan dilepaskan.Nana mengangguk tanda mengerti dan melajukan lariannya.

"Sebulan lepas Pieqa menghilang,Daniel jumpa awak kan..boleh saya tahu apa kaitan awak dengan Pieqa?"Azie bersuara perlahan.

"Kenapa baru tanya sekarang?"Qayyum memperlahankan lagi lariannya.

"Sebab sebelum ni saya tak ada keberanian nak tanya soalan tu..hehe"Azie tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Hahaha...macam-macamlah awak ni..Pieqa tu sebenarnya sepupu saya...sepupu paling rapat."Azie terus berhenti berlari dan memandang kearah Qayyum dengan pandangan kurang percaya.

"Shafiq?! Kembar Pieqa tu kan..jadi kaulah Shafiq yang selalu Pieqa cerita tu kan..tapi bukan kau dah berubah ke arah yang tak berapa nak betul ke?"Qayyum mengangguk sambil berdehem kuat apabila panggilan 'awak' sudah bertukar menjadi 'kau'.

"SAYA berubah sekejap je..tapi biasalah kan...SAYA kan rapat gila dengan Pieqa,tu yang bila renggang sekejap pun dah rasa lain macam and now,back to our topic..Daniel sekarang ni dalam perjalanan ke London...cari kawan AWAK dekat sana..."Azie hanya tersenyum mendengar setiap perkataan yang ditekan oleh Qayyum.

"Macam mana awak boleh tahu?"Azie bergerak ke arah bangku yang berdekatan.

"Pagi tadi Daniel call saya cakap yang dia dah tahu dekat mana Pieqa.."Qayyum menjawab mendatar.

"Bilalah Pieqa nak balik sini..dah nak dekat dua tahun dah tak dengar suara dia..hmmm"Azie menayang muka sedih.

"Tak lama lagi baliklah tu..Daniel dah pergi sana...confirm lagi satu atau dua minggu dieorang dah balik sini silap-silap esok dah ada depan mata kita dah...tak percaya tengoklah nanti..Daniel tu dulu KING OF CROCODILE,satu universiti kenal perangai playboy mulut manis dia tu..so...mengikut ramalan saya...Daniel boleh handle Pieqa dekat sana.."Qayyum meletakkan jari telunjuk di dagunya.

"Antara Pieqa dengan Daniel yang mana akan menang dalam game dieorang tu ekk..macam best je.."Azie tersenyum sendirian.

"Apa yang best?"Qayyum menayangkan muka tidak faham.

"Betting nak?"Azie menjongket kening sebelah kanannya.

"Betting apa?"Qayyum masih terpinga-pinga memandang Azie.

"Betting di antara Pieqa dengan Daniel siapa yang akan menang dan kalau diantara kita ada yang betul,maka orang tu boleh minta apa saja dari orang yang kalah..deal?"Azie tersenyum sinis kearah Daniel.

"Okey deal...kalau macam tu saya pilih Daniel dan kalau saya menang saya nak minta awak terima lamaran saya.."

"Dan saya memang confirmlah pilih Pieqa dan saya nak minta satu je dari awak kalau tekaan saya betul"Azie mengangkat kening sebelah kanannya.

"Apa?"

"Minta hantar rombongan meminang boleh?"

Azie mengenyit mata pada Qayyum dan terus berlari meninggalkan Qayyum yang masih terpinga-pinga dengan kata-kata Azie.Qayyum tersenyum dan terus berlari mengejar Azie yang sudah jauh ke hadapan.

"Sweetnya dieorang tu.."Muqriz menuding kearah Azie yang sedang dikejar oleh Qayyum.

"Biarlah dieorang..Riz jealous ke?"Nana memperlahankan lariannya dan memandang kearah Muqriz.

"Tak jealous..just cemburu je..orang tu bukan nak bersweet dengan kita..kesiannya diri...hmmm"Muqriz membuat muka.

"Okey saya nak tanya awak satu soalan..kalau awak boleh jawab soalan ni..saya akan terima lamaran awak."Muqriz yang tadinya tidak bersemangat terus memandang wajah Nana dengan mata yang bersinar-sinar.(Hiperbola😂😂)

"Bila nak hantar rombongan meminang?"Nana menjongket kening.

"Esok!...Dah jom balik...saya nak bagi tahu umi dengan abah berita gembira ni.."Muqriz terus menarik lengan baju Nana menuju kearah kereta mereka.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now