"Huh..bazirkan masa aku je" Shaf terus bangun dan ingin berlalu pergi tetapi Daniel lebih pantas menarik tangan Shaf untuk menahan Shaf dari masuk ke dalam rumah.
"Duduk je lah sini teman aku." Daniel berkata sambil tangannya masih memegang tangan Shaf. Shaf yang bagaikan baru tersedar terus menyentap tangannya dari genggaman Daniel.
"Kau ni dah asal pegang-pegang tangan aku..tak belajar eeaa yang perempuan dan lelaki yang bukan muhrim tak boleh bersentuhan?! Kalau tak belajar meh sini biar aku tolong ajar." Shaf yang perasan akan air didalam pasu yang berada diatas meja itu. Shaf terus mengambilnya dan dituangkan ke atas kepala Daniel. Shaf berlalu pergi dengan perasaan yang bercampur-baur. Malu, geram, pelik dengan dirinya, semua rasa dirasakan seperti menjadi satu rasa. Rasa suka sahaja yang tiada. Daniel yang seperti baru tersedar terus pergi ke keretanya dan mengambil baju untuk disalinnya.
Selepas siap menyalin pakaian. Daniel terus masuk kedalam rumah Shaf. Dia melihat uminya masih rancak berborak dengan Aunty Saharah.
'Mak dia punyalah baik, lemah lembut. Tapi dia, MasyaAllah. Tak tahu nak cakap apa' Daniel sudah bermonolog seorang diri. Daniel memerhati seluruh ruang rumah Shaf.
'Hmm...cantik deko rumah dia ni...maklumlah rumah wedding planner tersohor dalam Malaysia kan.'
Daniel sangat menghormati kakak kepada Shaf iaitu Kak Rossa a.k.a uda Shaf. Kak Rossa ialah seorang wedding planner dan mempunyai butik pengantin yang bernama LOVELY WEDDING ROSE, dulu perniagaan ini ialah perniagaan arwah kakak mereka tetapi ketika perniagaan mereka sedang meningkat naik. Kakak mereka berdua telah ditimpa kemalangan yang telah mengorbankan 2 orang kakak Shaf iaitu Kak Cik dan Ateh. Daniel juga dapat tahu dari Puan Saharah bahawa ketika kemalangan itu, Shaf juga turut berada di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Ciknya. Tapi dengan izin Allah SWT, Shaf terselamat dari kemalangan itu dan tidak sedarkan diri selama 2 minggu dan hanya Shaf seorang sahaja yang selamat dalam kemalangan itu.
Kak Rossa dan Shaf ketika itu baru berumur 17 dan 14 tahun. Jadi hanya abang mereka yang menguruskan butik arwah, tapi tidak lama kerana hasad dengki orang sekeliling butik tersebut terpaksa ditutup. Setelah Kak Rossa menamatkan pelajarannya. Kak Rossa dan Shaf nekad untuk membuka semula butik LOVELY WEDDING ROSE, semakin hari butik mereka semakin maju sehinggalah sekarang. Mereka telah menjadi wedding planner terkenal di dalam Malaysia. Selepas itu,Kak Rossa telah mendapat pangkat Dato', masa mula-mula dia mendengar cerita ini dari Aunty Saharah, dia sedikit terkejut dan kagum dengan Kak Rossa dan Shaf, kalau dirinyalah yang berada di tempat mereka memang buntu lah jawabnya. Dalam Daniel mengelamun, dia tidak sedar yang dia telah berada di depan kolam renang selamatlah ada orang yang menepuk bahunya. Kalau tidak, memang selamatlah dia jatuh ke dalam kolam renang.
"Jalan tu pandang depan jangan nak mengelamun, nanti jatuh dalam kolam tu, aku juga kena ambil tuala bagi kau..menyusahkan!" Shaf terus berpaling dan meninggalkan Daniel berseorangan disitu.
"Terima kasih..." Daniel menjawab perlahan mengiringi langkah Shaf.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...