"Kau buat ape datang sini lagi, kau baliklah wei, aku benci tengok muka kau." Shaf terus menarik pintu rumahnya dan berlalu meninggalkan Hafizi. Hafizi pergi mengejar dan menarik tangan Shaf.
"Adik, maafkan aku, aku tahu aku salah." Shaf terus berhenti dan menyentap tangannya dari pegangan Hafizi.
"Kau dah lupa ke apa yang aku pesan sebelum kau pergi UK dulu, ha Hafizi, kau dah lupa ni aku rasa." Shaf hanya memandang sinis kearah Hafizi.
"Aku tak lupa apa yang kau pernah cakap dekat aku...tapi... " Hafizi menunduk.
"Tapi apa?! Kau nak cakap yang kau tak boleh ikut cakap aku tu. Kau nak cakap aku ni kejam buat kau macam tu. Ke kau nak cakap ni semua salah aku?!" Shaf merenung tajam kearah Hafizi.
"Tak, ni bukan salah kau.." Hafizi hanya menundukkan mukanya merenung lantai.
"So...Encik Hafizi Danish...kau dipersilakan berambus dari rumah aku ni...sebab mulai hari ni...aku tak nak kau muncul lagi depan aku atau depan siapa-siapa saja yang berkaitan dengan aku..terutama depan Azie..." Hafizi yang mendengar terus mengangkat mukanya dan merenung Shaf.
"Sampai hati kau buat aku macam ni dik...okey aku ikut cakap kau...tapi tolonglah bagi aku jumpa Azie...Aku nak minta maaf dengan die..." Shaf yang berjalan menuju ke kereta Nana terus berhenti dan memusingkan badannya menghadap Hafizi.
"Apa sebab kau nak jumpa dia...kau nak sakitkan hati dia lagi ke?! Kalau aku izinkan kau jumpa dia pun...kau ingat dia akan terima kau ke?...huh..mustahil" Shaf terus menyambung perjalanannya. Nana yang baru sampai terus keluar dari kereta dan menuju ke arah Shaf. Nana meneliti raub wajah yang berdiri dihadapannya.
Nana seperti dapat mengecam manusia yang berdiri dihadapannya. Nana hanya tersenyum melihatnya.
"Wow!! Pelakon lelaki terbaik dah balik Malaysia. Kenapa awal sangat? Kenapa dah habis ke perempuan kat sana kau rosakkan...nak rosakkan perempuan dekat sini pulak ke?" Nana bertanya kepada Hafizi dengan nada yang menyindir.
Hafizi hanya menunduk tanpa berniat nak membalas kata-kata Nana. Shaf yang berada di situ hanya tersenyum sinis sahaja. Shaf melihat sekeliling di kawasan rumahnya, selamatlah kawasan rumahnya itu sunyi pada waktu malam jadi tiadalah jiran yang melihat pergaduhan mereka.
"Kenapa kau diam? Pelakon lelaki terbaik diam membisu macam ni...wah...pelik betul..." Nana tidak habis lagi menyindir Hafizi.
Nana memang sudah tidak suka kepada Hafizi selepas kemalangan yang menimpa Azie.
Sedang mereka bertekak disitu, tiba-tiba berhenti sebiji kereta di hadapan mereka. Mereka semua terkejut melihat orang yang keluar dari kereta itu."Azie..." Hafizi berkata perlahan.
Azie yang keluar dari kereta terus menuju kearah mereka bertiga.
"Hye beb..." Azie melihat jejaka dihadapannya dengan pandangan pelik.
"Wei...siapa mamat ni? Tak pernah jumpa pun selama ni...pakwa kau ke pakwa Nana ni..hahaha..." Azie bertanya kepada Shaf mengenai jejaka itu. Hafizi terkesima mendengar kata-kata Azie.
"Azie...betul awak tak kenal saya?" Azie memandang Hafizi dengan pandangan yang pelik.
"Tak. Kenapa? Aku memang wajib kena kenal kau ke? Dah lah, jom Pieqa, Nana, kita dah lambat ni. Dah pukul 9:30 dah ni. Jom lah, nanti tutup pula kedai tu." Azie terus menarik tangan kedua-dua rakannya itu.
Hafizi hanya melihat sahaja Azie dan yang lainnya pergi dari situ.
"Dia memang tak ingat aku. Ya Allah. Apa yang aku dah buat ni, sebab aku dia hilang ingatan, sebab aku hidup dia berubah.Ya Allah, semuanya sebab aku.." Hafizi tanpa sedar mengalirkan air mata lelakinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Любовные романы"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...