Rossa pergi menjemput Shaf yang sudah dibenarkan pulang selepas seminggu dia sedarkan diri.Otaknya masih berkira-kira untuk membawa Shaf jauh dari Malaysia.Tak akanlah hanya sebab semua orang dah tak percayakan Shaf,dia harus membawa Shaf lari seperti ini.Seperti Shaf pula yang bersalah dalam hal ini.Rossa menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam wad Shaf.
"Assalamualaikum tuan puteri..how's today?..feeling better?"Shaf berpaling kearah Kak Rossa yang sedang melangkah kearahnya bersama seorang bodyguardnya.
"Eh ude...hmm..more better..kenapa tak tunggu dekat bawah je..Shaf boleh turun pergi dekat kereta.."Rossa memberi isyarat kepada bodyguardnya supaya mengambil beg yang berada dalam genggaman Shaf.
"Adik tu tak sihat sepenuhnya lagi..dah jom balik..ke nak tinggal lama lagi dekat sini?"Shaf laju berjalan beriringan dengan Rossa apabila mendengar ayat Rossa.
"Ingat orang ni baik hati sangat ke sampai nak penuhkan katil hospital"Rossa meletuskan tawanya mendengar kata-kata Shaf.
Di dalam kereta hanya suara radio yang kedengaran.Shaf sudah terlena,Rossa pula hanya memandang skrin telefonnya.Situasi ini berlanjutkan sehingga mereka semua sampai ke rumah.Shaf terus bangun dan meluru masuk ke dalam rumah apabila dirasakan kereta sudah berhenti dari bergerak.
Rossa hanya melihat adiknya yang laju naik ke tingkat biliknya dan kemudian hilang dari pandangan.Rossa tersenyum sendiri dan tangannya laju mendail nombor seseorang di Iphonenya.
"Aku rasa kau dah boleh datang sekarang..cepat sikit..flight pukul 4 petang bukan 4 pagi"Rossa naik ke biliknya untuk membersihkan diri.
Shaf tersedar dari lenanya apabila dirasakan seperti dirinya hendak jatuh dari katil.Sepantas kilat dia bangun menyebabkan kepalanya terhantuk pada sesuatu yang keras dan dapat dirasakan yang bahagian terhantuk itu mula membengkak.Shaf melihat keatas kepalanya.
"Katil?..sejak bila aku pakai katil dua tingkat ni?"Shaf melihat sekelilingnya.Macam dia kenal je tempat dia berada sekarang ini.Jangkaannya semakin tepat apabila matanya tertancap pada tubuh seorang pramugari yang sedang melihat kearahnya.
"Eh..aku buat apa dalam kabin kapal terbang ni?..macam ada yang tak kena je..."Shaf segera bangun dan mendapatkan pramugari yang sedang melihat kearahnya.
"Ermm..saya nak tanya..flight ni ke mana ye? Dan siapa yang bawa saya?"
"Cik yang sedang duduk tu yang bawa cik...dan kita sedang menuju ke London"Bagai mahu melompat keluar kapal terbang Shaf mendengar kata-kata pramugari itu.Tiada orang lain yang selalu buat dia macam ni kalau bukan kakaknya sendiri.
Pramugari itu tersenyum kearah Shaf sambil menudingkan jari kearah seorang perempuan bertudung krim yang sedang berborak dengan seorang lelaki berkot hitam.Dari belakang sahaja,Shaf sudah dapat mengecam siapa wanita bertudung dan lelaki berkot hitam itu.Siapa lagi kalau bukan kakaknya Rossa dan Adam abang sepupunya.
"Ude!"Shaf menyergah akaknya dari belakang.
Rossa hanya memandang Shaf sekilas sebelum kembali berbincang sesuatu dengan Adam.Shaf mendengus kuat sebelum melangkah duduk di belakang tempat duduk Rossa.
"Tidur dulu..ada lagi beberapa jam sebelum kita sampai.."Rossa bersuara tanpa memandang ke arah adiknya.Shaf hanya berdiam diri dan memasang telinga mendengar perbualan kakaknya dan Adam.
"Dia tak boleh terus jadi orang lain..dia kena jadi diri dia Kak Rossa.."Adam mengerling kearah Shaf yang sedang menutup mata seperti tidur.
ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...
